Bab-27: Poison

479 67 17
                                    

IRENE dari tadi hanya mundar-mandir di tempat yang sama.  Di tepinya terdapat tubuh kaku seketul Raikarl Christ yang tidak bangun-bangun dari pengsannya. Walaupun Raikarl sangat annoying, Irene masih risaukan dia. Iye lah orang sakit kan?

Irene duduk di tepi Raikarl seketika kerana letih berjalan di kawasan yang sama. Kalau sebulan begini rasanya kurus Irene kejap lagi.

Wajah suci tanpa dosa Raikarl ditenung lama. Hidungnya mancung seperti puak bunian, kulitnya pula putih kemerahan tidak seperti kuasa kegelapannya. Rambutnya sangat gebu dan hitam gelap. Bibirnya...

Merah bak delima madu yang mekar di kebun-kebun Istana. Matanya merah saga yang bercahaya jika dipantul oleh cahaya bulan purnama.

Eh mata?

"Ergh..."

Suara lelaki itu menarik perhatian Irene daripada terus merenung wajahnya.

Raikarl memicit pelipisnya kerana silau dengan cahaya matahari. Irene hanya perhatikan tingkah laku jejaja tersebut. Tiada niat mahu membantu.

"Apa dah jadi? Kenapa aku disini?" soal Raikarl apabila kawasan persekitarannya berbeza daripada apa yang dia selalu lihat.

"Kau dibilik sakit Istana. Tadi Ryan baru sahaja keluar untuk pengetahuan kau. Aku je nak rehat kejap disini," dalih Irene. Sememangnya Ryan ada disini seketika tadi. Setelah memberi maklumat tentang keadaan Raikarl yang diselidik kepada Irene, dia keluar mengambil angin.

Raikarl mengangguk perlahan. Kemudian dia batuk beberapa kali dan kepalanya berpusing.

"Kenapa dengan aku?" soal Raikarl. Irene mengeluh. Dia sendiri pun tidak tahu bagaimana untuk memberitahu tentang perkara ini kepada Raikarl.

"Kau diracun." Irene menjawab ringkas.

"What poison?" tanya Raikarl tentang jenis racun yang diberikan kepadanya. Dia menekan dahinya, masih pening dariada kesan racun tersebut. Kalau dia tahu jadi seperti ini, memang dia tidak akan ikut Ryan datang ke Istana ini.

Ianya sangat menyusahkan dirinya.

"Lily Poison." Irene terduduk. Siapa sahaja tidak tahu tentang Lily Poison?

Racun paling bahaya di dunia. Setitis racun Lily dapat membunuh sepuluh ekor kuda sekaligus. Tetapi lain kesannya kepada manusia memandangkan manusia mempunyai sistem penghalang yang dibuat dari kuasa sendiri.

"I'm sorry..."

Air mata Irene menitis. Apa yang diberitahu Ryan, Raikarl hanya mempunyai peluang sebanyak satu bulan sahaja. Dan kemudian, ianya akan memberikan kesan sepenuhnya kepada tubuh mangsa.

Air matanya diseka oleh Raikarl. Tubuh Irene dipeluk lembut. Tangan Raikarl mengusap rambut putih Irene perlahan.

"It's not your fault." Irene terpempam.

"Kalau aku mati pun, tiada apa yang berkait dengan kau," kata Raikarl. Ya, mereka berdua langsung tiada memori indah untuk dikongsi.

Kenapa perlu Irene risau kepada Raikarl yang bukan sesiapa baginya? Mereka pun bukan kenal masing-masing. Berjumpa apatah lagi baru beberapa kali.

Krekk...

Pintu dibuka dari luar. Wajah Permaisuri Luna tersembul di muka pintu. Dengan pantas Irene menolak Raikarl ketepi dan melepaskan pelukan. Mereka hanya beriak seperti tiada apa yang berlaku langsung.

"Macam mana kondisi Raikarl?" soalnya.

"Dia dah sedar," jawab Irene. Raikarl ditepinya berpaling kearah yang lain. Sebenarnya dia tidaklah suka sangat dengan keluarga darah diraja. Baginya semua talam dua muka. Zaman kecilnya membunuh semuanya.

(S2) Dragon: The Next Heir ✔Where stories live. Discover now