Bab-3: Wertaz Land

2.2K 161 4
                                    

"Borak apa tu,"

Mereka tersentak dengan suara yang datang secara tiba-tiba itu. Semua menoleh kebelakang dan tidaklah terkejut sangat.

"Ryan buat apa kat sini?" tanya Luna kepada pemilik suara itu. Ryan tersengih dan menggosok tengkuk belakangnya. Jika dahulu sewaktu Luna remaja Ryan masih kecil, sekarang dia sudah 25 tahun.

"Tidak ada apalah. Saja melawat kawasan," ujar Ryan berlagak dirinya seorang Ah Long pengutip hutang tegar. Irene mencebik. Dasar.

"Ha alang-alang Ryan dekat sini apa kata tolong budak-budak tu," ujar Miya dan mendapat anggukan dari Lizz.

"Uncle Ryan ikut? Huu mahunya rosak rancangan," kata Darwin dengan gelengan kepala. Daryan menahan gelak dengan kata-kata adiknya. Faham benar apa yang ingin dimaksudkan.

"Kau ni tak baiklah, kan Uncle Ryan kan." Rayana terangguk-angguk mengiakan kata-katanya sendiri. Rayana ini seorang gadis anggun, sopan, dan paling diminati ramai jejaka di Querna Land ni. Kiranya macam model la senang.

"Hmm, betul tu betul," ujar Ryan dengan hari di dagu dan terangguk-angguk. Luna menggelengkan kepalanya. Ryan tak berubah sangat dari dahulu sampai sekarang. Tapi berkat Luna dan asahan dalam latihan membuat kuasa Ryan tiada tandingannya. Siapa je dapat kawal kuasa Cahaya? Inikan pula Ryan dapat kuasa bayang sekaligus?

Istimewa.

Ariyan hanya melihat. Malas mahu membuka mulutnya. Cukup dengan melihat adegan mereka.

"Okey, kembali ada topik asal." Mata semua ditumpu kearah Luna. Luna membuka satu medan magik dan satu peta jalan dan segalanya ada disitu dengan bercahaya berselang-seli dan terapung.

"Kejap, korang dapat tugas apa kali ini?" tanya Ryan dengan kerutan. Sebagai pelajar dibawah pengawasan diraja, mereka akan mendapat tugas di luar kawasan academy dan Land. Kalau pelajar biasa itu hanya dapat tugas di dalam Querna Land sahaja. Itu keistimewaan mereka. Undang-undang baharu yabg ditetapkan oleh Luke selaku King Wonderland.

"Menjadi pengawal perarakan Raja Wertaz Land," kata Irene dengan bersahaja bagaikan itu tidak menjadi masalah baginya. Ryan angguk sekali. Bukan apa, Ryan tahu mereka pernah mendapat tugas pelik dan dia juga terikut sama. Nasib baik berjaya. Inilah yang Ryan takutkan jika dia perlu menyertai mereka.

Kesemua mereka bukan remaja biasa tetapi luar biasa. Ryan seram!

Sikit.

"Seriuslah? Dah kenapa King Edward perlukan pasukan pengawal lagi? Diorang tak cukup lagi ke?" tanya Ryan pelik. Irene rasa nak hempuk je pakcik dia seorang ini.

"Rasanya ada sesuatu akan berlaku. Peramal diraja sudah ramalkan sesuatu akan berlaku disana dan..." kata Luna terjeda.

"Kami sahaja yang boleh selesaikan?" kata Irene, Daryan, Darwin dan Rayana serentak. Ariyan kerutkan dahinya seperti berfikir sesuatu.

"Bagus juga... boleh Ryan beraksi kan kak Luna?" tanya Ryan kepada Luna. Tangan-tangan sasa dia direnggangkan kekiri dan kanan. Cukuplah dia sendu masa perang kedua itu Luna tidak bagi dia beraksi. Untuk kanak-kanak berumur 5 tahun seperti dia waktu apalah sangat.

"Ryan."

Ryan menoleh kearah Lizz.

"Jangan guna kuasa bayang kamu. Mungkin apa yang diramalkan itu adalah musuh seperti yang sebelum ini. Kalau dia dapat tahu kau ada kuasa kegelapan itu...mungkim juga ku akan mati," ujar Lizz dengan tangan dilipatkan didada. Luna terdiam beberapa saat begitu juga semua orang.

"Kuasa cahaya?" tanya Ryan dengan bersinar. Biarlah dah 25 tahun pun umur. Tetap manja mengalahkan Irene. Tapi Irene lah yang selalu membuli Ryan. Tak termasuk dengan Daryan dan Darwin lagi.

"Pun tidak," kata Luna sebaris dengan nada mendatar.

"Senang kata... tugasan ni ialah tugas paling sukar yang korang pernah dapat. Wertaz Land itu bukan calang-calang tempat. Kamu semua akan meredah lautan dan pulau. Dan konco Karnos masih berkeliaran di luar sana."

Sampuk seseorang yang berdiri di bahagian bucu dinding. Semua yang berada disitu menoleh.

"Maksud Ayahanda?" tanya Irene perlahan.

Khai menurunkan tangan yang dilipat didada itu dan perlahan-lahan berjalan kearah mereka. Dia berhenti di tepi Luna dan memegang bahu Luna lembut.

"Kamu kena bersedia. Kawal kuasa cahaya kamu."

Irene tersentak. Loket kristal di lehernya disentuh lembut. Logo naga disitu seperti berpusing-pusing.

"Jangan biarkan loket itu terlepas keapada orang yang salah, Rin." Luna tersenyum nipis. Dalam loket itu terselit satu kuasa agung.

Kuasa yang tiada orang pernah catat di dalam sejarah mahupun ramalan dan Lagenda.

Ini satu sejarah yang baru. Evolusi Dragon yang baru dan Irene yang terpilih.

"Sekurang-kurangnya King Edward selaku Raja Wertaz Land baik daripada Raja Tressa Land," ujar Darwin perlahan. Bukan apa dia pernah bertemu Raja Tressa Land sewaktu dia ikut Ayahandanya Luke ke sana. Daryan? Abang kembarnya sibuk dengan pedang dan kuasa.

"Ariyan ada rancangan," kata Ariyan dengan tiba-tiba memecah kesunyian.

"Apa dia?" tanya Rayana. Idea dan rancangan Ariyan ini selalunya yang terbaik dari rancangan Darwin. Dan bila Ariyan mula diam dan berfikir, jangan ganggunya.

Klau tidak mahu Putera dingin meletus.

Putera dingin nama yang digelarkan kepadanya. Biarpun baru berumur 12 tahun.

"Dekat sana aku cakap,"

Semua mengeluh. Memang susah nak buat Ariyan membuka mulutnya.

"Ryan jaga mereka kat sana. Daryan, Darwin..."

Kembar itu menoleh.

"Jaga Irene,"

Rambut merahnya diraupkan kebelakang.

"Ya..."

"Jaga satu sama lain,"

Mereka memandang sesama mereka.

'Cerita kita sudah bermula.'

.

♛♛♛

To Be Continued...

Book 1 sudah siap Edit. Ini Book 2 ya anak ikan sekalian.


(S2) Dragon: The Next Heir ✔Where stories live. Discover now