Bab-44: Spirit Forest

210 34 3
                                    

          "ARE you sure?" soal Irene. Setelah sehari selepas Irene meminta tolong kepada Daryan, dirinya telah dihubungi oleh Daryan melalui alat magis tersebut.

      Daryan mengangkat kedua bahunya. "Nampaknya begitu lah. Ini akan jadi salah satu misi Rin untuk diselesaikan."

     "Kali terakhir Rin dapat misi ialah sewaktu belajar di akademi. Nostalgia rasanya mahu menyelesaikannya." Irene menongkat dagunya.

     Ingatannya kembali mengingati salah satu peristiwa yang berlaku semasa dia mendapat satu misi. Irene dan Rayana ditempatkan dalam satu kumpulan memandangkan mereka adalah sebaya. Masih dia ingat lagi apabila Rayana dikejar oleh beberapa gergasi hanya kerana terpijak ranting kayu. Dan Irene terpaksa menghentikannya dengan memberi kuasa renjatan elektrik terhadap gergasi tersebut.

     Waktu itu juga lah dia hargai sedar dengan kuasa yang diturunkan oleh Ayahndanya adalah hebat!

     "Okay, please take care of yourself. Tell me if something bad happen," kata Daryan dengan nada risau. Apabila diingat kembali bahawa Irene pergi bersama Raikarl dan Naga, hatinya kembali tenang sedikit.

     "Noted."

      "My lady... Ada apa-apa yang patik boleh bantu?" soal Yena sambil mendekati Irene. Irene hanya menggelengkan kepalanya.

     "Oh ya. Tolong sediakan kantung koin emas Rin." Tanpa berkata banyak, Yena menangguk lalu mempamit pergi.

     "We're gonna spend a lot this time," gumam Irene perlahan.

     "Is there anything fun to do? Everything is bored here," kata Rael dengan tiba-tiba. Entah sejak bila sang Naga itu muncul dalam keadaan berbaring di atas kusyen sambil memakan buah anggur.

     "Rael, kita akan pergi ke spirit forest dalam waktu terdekat ini," beritahu Irene. Dengan pantas Rael berpalingkan wajahnya ke arah Irene.

     "Jadi kau memang mahu berurusan dengan puak demon tu?" Soalan Rael dibalas dengan anggukan yakin oleh Irene.

     "Tak ada jalan lain lagi. Ayahnda dan Bonda juga dah setuju dengan cara ini," balas Irene. Kerana dia tidak mendapat halangan daripada kedua orang tuanya, mungkin kerana Bondanya Luna yang sememangnya sudah mengetahui apa yang akan terjadi.

      "Okey, bagus lah. Tapi kau kena ingat spirit forest tu bukan hutan biasa. Banyak sesuatu yang mustahil akan berlaku. Tapi dah tentu lah semua itu tak akan dapat kalahkan aku." Rael memberikan amaran sekaligus mengangkat bakul.

    "Bagus lah, kau buat lah sesuatu untuk lindungi kita. Kau kan Naga." Irene menunjukkan jari telunjuknya kepada Rael.

    "Ap-"

    "What happen here?" Kata-kata Rael dipintas oleh seseorang yang masuk melalui jendela. Irene dan Rael menoleh ke arah empunya suara tersebut.

      "Good thing you are here already. Now get ready. We're gonna go somewhere far." Irene dan Raikarl berpandangan.

     "To spirit forest?" soal Raikarl.

    "Yeah," balas Irene dengan anggukan. Rael melipat kedua tangannya ke dada sambil memandang ke arah lain. Merajuk gamaknya.

     Mendengarkan jawapan Irene tersebut, Raikarl hanya diam. Tanpa disedarinya, dia teringat kembali segala kenangan pahit ketika berada di hutan tsrsebut.

    "Rai?" Irene memetik jarinya di hadapan wajah Raikarl. Setelah beberapa kali baru lah Raikarl tersedar.

    "Oh apa? Okey. Bila?"

(S2) Dragon: The Next Heir ✔Where stories live. Discover now