Bab-40: Draggy

317 42 6
                                    

Tang!
Tang!
Ting!

      Bunyi mata pedang kedengaran bergema di segenap ruangan latihan. Hal ini menyebabkan Ryan yang melalui kawasan tersebut mencari-cari sumber bunyi tersebut.

      Siapa yang sakit sangat sampai berlatih pada jam 3 pagi seperti ini?

      Kelibat seorang gadis bertubuh kecil dan berambut putih mula kelihatan disebalik dinding bilik latihan. Ryan melipatkan kedua belah tangannya ke dada manakala kakinya disilangkan dan bahunya beesandar di salah satu tiang rom yang berdekatan dengannya.

      Tingkah laku Irene diperhati secara teliti. Ryan tanpa dipinta menganalisa permainan pedang Irene. Bibirnya tanpa disedari mengukir senyuman nipis. Irene sememangnya pakar dalam seni pedang dan sudah handal dalam seni pedang milik keturunannya.

      "Rin." Ryan memanggil. Irene yang dari tadi melibas pedangnya ke arah patung kayu berhenti apabila mendengar namanya dipanggil.

      "Apa Uncle buat disini?" soal Irene yang perlahan-lahan mendekati Ryan. Pedangnya dimasukkan ke dalam sarungnya dengan berhati-hati.

      "Sepatutnya Uncle yang tanya. Rin buat apa dekat sini pagi-pagi? Rin kan masih tidak sembuh. Kenapa datang sini? Kalau ye pun, datang lah waktu petang besok." Ryan masih melihat Irene. Irene melabuhkan punggungnya ke salah satu bangku di tepi Ryan. Kebetulan ada satu disitu.

       "Uncle expect bonda bagi ke Rin masuk sini besok kalau dia tahu?"

      Ryan menggelengkan kepalanya perlahan. Dah tahu diri tu kena banned nak juga masuk.

       "You can feel the power now?" soal Ryan berterus terang. Irene menoleh ke arah Ryan lalu mengangguk satu kali. Ryan tersenyum nipis.

       "Sekarang Rin dah boleh kawal kuasa cahaya Rin, Rin perlukan seseorang yang berkebolehan dalam mengawalnya untuk ajar Rin cara menggunakannya," kata Ryan dengan nada yang mendatar. Irene berfikir sejenak.

       "Siapa? Uncle rela ke nak ajar Rin?" soal Irene. Tanpa disedari tawa Ryan terletus hebat.

      "Uncle!" Irene cuba menghentikan Ryan yang galak ketawakannya.

       "Apa Rin merepek ni. Uncle mana tahu nak guna kuasa yang Rin pegang tu. Tapi kalau Rin mahu tanya pendapat atau soalan, Uncle boleh aje bagi." Ryan yang bersandar di dinding dari tadi mula berdiri tegak dan kakinya bergerak ke arah Irene. Bahu Irene ditepuk perlahan daripada belakang.

      "What about... Ask your sweet Bonda to teach you how to control it? I swear she willing to do it." Kening Ryan terangkat tinggi beberapa kali.

      "Isn't it the same with you ask me to die on the spot?" Macam lah Irene tidak tahu bertapa tegasnya apabila Bondanya mengajarnya sesuatu. Disebalik personaliti manis dan ayunya, jangan sesekali tertipu kerana ada keganasan terlindung. Kadang-kadang Irene terfikir bagaimana Ayahndanya dapat menjinakkan Bondanya.

    Cinta itu sungguh luar biasa.

     Walaupun sudah meningkat umur, Ayahnda dan Bonda masih sweet mengalahkan kekasih yang baru berpasangan semalam!

     Irene menggeleng kepalanya beberapa kali, mahu menghilangkan pemikirannya yang kian menjauh daripada apa yang dia mahu fikirkan sebenarnya.

     "Apa-apa sahaja lah Rin ni. Sudah lah tu, berhenti dahulu. Pergi masuk ke bilik Rin sekarang." Laju Ryan mengarah. Irene mencebik.

    "Alaa, cukup la Bonda je yang suka mengarah Rin. Uncle jangan la jadi macam Bonda depan Rin pula." Perlahan-lahan Irene bangun juga dari duduknya lalu menghulurkan pedang kayu yang digunakan untuk latihan kepada Ryan apabila Ryan menghulurkan tapak tangannya menanti Irene untuk menyerahkan pedang kayu tersebut kepadanya.

(S2) Dragon: The Next Heir ✔Where stories live. Discover now