Bab-41: Rael

241 33 6
                                    

     KTAK!

         Bunyi pintu dibuka daripada dalam kedengaran lalu keluar lah sosok tubuh Raikarl daripada bilik Irene. Tanpa disedari olehnya, gerak-geri dirinya diperhati oleh seseorang yang kebetulan melalui di hadapannya.

      Raja Khai menaikkan keningnya apabila jejaka itu tiba-tiba muncul keluar daripada kamar puterinya.

       "Apa dia buat di sini?" gumam Raja Khai sendirian. Matanya tidak lepas daripada memandang jejaka muda yang berlalu pergi.

        "Why? Kanda lihat apa tu?" sergah Luna entah dari mana. Hampir sahaja membuat jantung suaminya gugur dek terkejut.

     "Tu." Bibir Raja Khai dijuihkan ke arah sesuatu tempat. Luna turut melihat ke arah yang sama lalu tersenyum.

      "Kenapa dia ada disini lagi?" soal Raja Khai.

      "Jangan la risau sangat. Putera Raikarl hanya nak jenguk Rin aje. Kanda kan baru tahu yang Rin baru je sedar." Kedua suami isteri tersebut berpandangan. Raja Khai menggelengkan kepalanya beberapa kali.

      "Kanda fikir yang bukan-bukan ke tu?" Luna tahu yang apabila suaminya diam tambah lagi kerutan didahinya, ada lah tu senario-senario yang tidak pernah berlalu berputar di mindanya.

     "No... Lets go." Raja Khai menyambung langkahnya, diikuti dengan Luna yang masih lagi cuba menjenguk melihat Raikarl sehingga terteleng kepalanya.

     "Sudah la tu, dinda." Kepala Luna ditarik oleh Raja Khai merapati dirinya. Tidak tahan melihat isterinya seperti mahu tercabut kepalanya.

    "Heheh."

     Di tempat yang lain, namun waktu yang berbeza pula, Irene kelihatan sedang berfikir akan sesuatu. Dragon yang enak duduk di kerusi malas dengan kakinya dilipatkan ke meja hanya memerhati Irene.

    "Apa yang kau fikir?"

     Fikiran Irene terhenti. Dia memandang Dragon tersebut dengan pandangan yang teruja.

    "Okey, aku dapat. Nama kau Rael!"

    Kening Dragon ternaik. "Rael?"

     Irene mengangguk. "Yes, Rael. Are you okay with that?"

     Dragon ataupun nama barunya iaitu Rael hanya menganggukkan kepalanya beberapa kali.

     "Its cool enough. Even your mom didn't even give me a name. So I will just use it."

     Irene ketawa kecil. "Bonda tak bagi kau nama ke?"

     "Tak pun. Dia hanya lebih kasih dekat Lily sahaja. And I dont even show myself to her in my human form. Bersyukur lah kau dapat lihat wajah kacak aku ni," ujar Rael dengan sinis.

    Irene menayang wajah jengkel. "Urgh, whatever. Kau jangan sesekali tunjuk diri kau di tempat awam. Tolong jangan berlegar-legar dalam Istana ni sesuka hati kau juga. I dont want to clean you mess."

      "And kau kena berhenti daripada merungut dan berlatih guna kuasa kau tanpa alasan."

     "Deal."

     "Oh, tolong beri makan dekat Mazu." Irene membuka pintu biliknya untuk keluar mengambil udara segar.

     "Siapa Mazu?" soal Rael.

      "My cute white tiger. Please took care of him properly. Thankyou, Rael," balas Irene sebelum meninggalkan Rael keseorangan.

    "Apa? Kau ada chimera?" soal Rael keseorangan. Rael kemudian menghilangkan dirinya dengan menjadikan dirinya halimunan dan mengikuti Irene daripada belakang.

(S2) Dragon: The Next Heir ✔Where stories live. Discover now