Bab-10: Lily the Phoenix

1.7K 121 14
                                    

1)Boleh buka audio di atas?

Lets start.

.

.

.

♚♚♚

When you feel my heat
Look into my eyes
It's where my demons hide
It's where my demons hide
Don't get too close
It's dark inside
It's where my demons hide
It's where my demons hide

Irene, Rayana, Daryan, Darwin dan Ariyan hanya melihat sekumpulan remaja dari Wertaz itu pergi meninggalkan Akademi itu. Sebentar rasanya dapat berjumpa mereka. Namun sudah rasa seakan lama berjumpa. Kalau hati sama-sama baik, hubungan baik juga terjalin dengan cepat. Kalau hati sama-sama busuk, baik pergi kubur jelah.

"Kesian dia..." gumam Irene dengan perlahan. Daryan melihat Irene dari tepi kanan. Begitu juga Darwin yang berada di tepi kiri Irene.

"Tapi Rin dan tahu kan apa akan jadi nanti kalau tak tegah dulu?" tanya Daryan dengan kening dinaikkan sedikit.

"Yeah... Dia macam ancaman lah jugak. Tapi aku tak rasa dia tahu seluruh cerita tentang ni," ujar Darwin perlahan. Irene hanya anggukkan kepalanya. Mereka bertiga tahu apa akan terjadi di masa hadapan. Masa lalu? Lebih dari itu. Tetapi Queen Luna tidak beri mereka gunakan kelebihan dari kuasa cahaya itu. Lagi-lagi Irene. Kerana untuk itu, mereka harus mengeluarkan tenaga yang banyak. Tetapi mereka pernah buat sekali dan bayangan tentang Ariyan keluar.

Peraturan dicipta untuk dilanggar.

Eh.

"Just let her go. One day..." kata Ariyan dengan terjeda.

"Tidak mengapalah Riyan... Yana ada dekat sini bantu Riyan," kata Rayana dengan lembut. Rayana sayangkan Ariyan seperti adiknya. Faktor kerana menjaga Ariyan sejak kecil mungkin. Irene hanya tahu membuli si kembar sahaja. Tidak percaya Irene sebaya dengan Rayana.

Ariyan angguk sekali.

"Berapa lama lagi dekat sana? Balik, balik!"

Irene tersentak apabila satu suara muncul dimindanya.

"Dahlah, jom. Uncle Ryan buat telepati suruh kita balik." Irene menggulingkan matanya keatas. Uncle Ryan memang suka buat telepati mengejut. Daryan tergelak kecil.

Memang Ryan tu pemalas orangnya.

Ariyan membuat portal keistana. Kalau mahu menggunakan kereta kuda, itu akan mengambil masa.

Keluar sahaja dari portal, wajah Ryan tersembul dihadapan. Dengan baju kemeja kemas diraja, dan pedang besi disinsing di pinggang. Pakaian tidak rasmi diraja.


Rambut hitam Ryan dikuak kebelakang. Anak mata kelabu Ryan merenung remaja dihadapannya itu.

Di Wonderland, sangat langka jika ada yang berambut hitam atau merah. Kerana keturunan mereka berkurang dan ada yang hilang suatu masa dahulu. Ryan seorang sahaja di Wonderland yang memiliki rambut hitam. Kecuali di Darkland dimana kesemuanya berambut hitam.

"What? Dont stare at me like that," ujar Irene dengan nada menyampah sedikit.

"Ayok, Rin merajuk. Uncle Ryan kena pujuk, ayok." Darwin menambahkan lagi perisa.

(S2) Dragon: The Next Heir ✔Where stories live. Discover now