Bab-11: Nightmare

1.5K 114 9
                                    

"Rin, kejap."

Irene berhenti dari berjalan apabila Ayahnda memanggilnya. Dia menoleh dan tersenyum manis bak madu.

"Ya, Ayahnda? Ada apa lagi?" soal Irene pelik. Tadi dia sudah berpelukan dengan Bonda dan Ayahndanya.

"Perjalanan kamu mesti akan mengambil masa, dan jauh. Ini Ayahnda sediakan karung magis untuk Rin. Lilitkannya di pinggang dan Rin boleh simpan seberapa banyak alatan mahupun bekalan," ujar Raja Khai dengan senyuman segaris. Dengan baju emas diraja dikenakan dengan busana merah mantel di lehernya. Tampak segak bergaya walaupun sudah berumur.

"Cantiknya..." gumam Irene sambil menilik karung magis itu. Dia mengikatnya di pinggang dan ianya elok tersisip rapi disebelah pedang bersarung miliknya.

"Daryan, Darwin jaga Rin baik-baik ya. Walau dia tu ganas dan degil, dia masih seorang gadis yang perlu dijaga permatanya," kata Permaisuri Daisy dengan senyuman manis. Irene seperti nak marah apabila diperkatakan sebegitu. Tetapi dia juga mengaku bahawa dia agak keras kepala. Kata Ayahnda, sifat ini diturunkan dari Bondanya. Betul ke?

"Yelah, yelah. Bonda pun jaga diri," kata Daryan dan Darwin secara serentak. Sangat serentak sehingga tidak dapat tangkap suara siapa yang bersuara.

Permaisuri Daisy memberi senyuman lembut. Kini mereka semua dihadapan golongan tertinggi Wonderland dan Querna Land. Mengambil restu dan kepercayaan.

"Dah, ambil alatan dan kelengkapan. Kita akan lalui perjalanan merentasi bahtera ombak laut," ujar Ryan dengan penuh karisma. Dia hanya mengenakan busana yang memudahkan pergerakannya.

"Serius? Kita tak boleh teleport ke?" tanya Darwin dengan riak tidak puas hati.

"Tak, nanti tenaga akan cepat habis. Kita taknak itu berlaku sebelum tiba kedestinasi yang dikehendaki. Kalau boleh elakkan. Guna teleport kalau terdesak dan tetapkan koordinat ke Querna terus. Saya taknak sertakan orang yang tidak mahu patuh arahan," kata Ryan panjang dan lebar sambil menyerap beberapa ubat-ubatan ke dalam karung miliknya.

Mereka mungkin akan memerlukan ubat secara tradisional. Ryan tidak mahu manjakan mereka sangat dengan kuasa. Kerana Ryan sejak dari kecil membesar di tempat terpencil di hutan, dan kaedah ubatan ini jugalah yang membantunya merawat kakak angkatnya, Luna.

"Ehem. Kita boleh pergi dah ni. Kapal dan tunggu di sana," kata Ariyan lalu meninggalkan kawasan itu setapak demi setapak dengan kedua tangannya di dalam poket seluar.

"This is epic,"

Daryan menggekengkan kepalanya. Mereka menaiki kapal yang besar itu. Bagi Irene ianya bagaikan kapal persiaran. Ada ruang untuk makan, dan dapur untuk memasak. Tempat mengemudi, dan ruang untuk rehat. Tidak besar sangat walaupun tidak bertingkat-tingkat. Hanya sederhana dan cukup untuk mereka.

Seorang demi seorang menaikinya. Dan yang terakhir adalah Irene.

Satu langkah dia menaikinya.

"You're coming, dear."

Satu suara seakan berbisik di telinganya. Irene menoleh kebelakang. Tiada sesiapa. Tetapi bisikan itu sangat kuat dan jelas.

Satu langkah lagi dia mara.

"Welcome to your nightmare,"

Sekali lagi suara itu berbisik. Irene mendengus. Dia paling tidak suka adegan seperti ini.

"Rin? cepatlah naik, ada masalah ke dekat situ?" Irene tersentak dengan suara Rayana. Dia mengawal riak wajah.

"Eh, takde apa lah. Ni ha, ada ketam cari pasal gigit kasut aku," ujar Irene sambil menghentakkan kakinya ke lantai kayu itu.

"Banyaklah kau. Dah jom, Uncle Ryan tunggu tu. Cepat sikit," kata Rayana sebelum pergi ke tengah kapal.

"Go away from me. Kau akan tahu nasib kau kalau terus kacau aku," bisik Irene dengan keras. Dia kembali melangkah naik ke kapal.

"Buat apa lama sangat dejat bawah tu tadi?" soal Daryan pelik. Kaca matanya disimpan dan diselit di kolar bajunya.

"Ketam," jawab Irene sepatah. Daryan menggaru kepalanya. Tak kena ni, ketam jawapan dia.

"Siapa bawa peta?" tanya Ryan kepada remaja yang dijaganya. Ariyan bangun dari duduknya.

"Nah."

"Okey, kita akan ke timur,"

Pinggggg!

Bunyi dari kapal menandakan mereka akan bertolak pergi.

"Ariyan kena jaga batu kaca tu elok-elok. Gunakan dimasa Ariyan terdesak dan kalau memerlukan. Ianya akan makan separuh dari tenaga kamu, kalau memaksa kamu akan mati." Sempat Ryan memberi pesanan ringkas sebelum masuk kedalam kabin untuk menyertai pemandu kapal diraja itu.

Ariyan diam beberapa saat.

Batu kaca segi tiga itu dikeluarkan dari karung simpanannya. Ianya bercahaya dan ombak lautan di sekeliling kapal juga seakan bersinar juga.

"Dah, masuk dalam dulu. Kita akan tempuhi banyak halangan sebentar lagi," kata Rayana lembut dan dipersetujui oleh mereka.

Keharmonian, Wertaz Land, Tressa Land, Querna Land bersatu membangunkan Wonderland dan menghalang Darkland.

Daratan, Kayangan, Kepulauan.

Bersatu.

Menjadi kuasa yang tidak terjangka.

"Satu persoalan yang sentiasa bermain di minda, siapa yang mengatur semua ini?" gumam Irene perlahan.

Kesemuanya akan terjawab, itu yang Irene pasti.

♚♚♚

To Be Continued...




(S2) Dragon: The Next Heir ✔Where stories live. Discover now