Chapter 1 : Heartless

3.8K 260 13
                                    

Loss.

Pain.

Hurt.

Scar.

Semua itu datang dari satu nama yang sama.

LUKA.

Bezanya sekarang, luka tu bentuknya macam mana.
Adakah luka itu berdarah atau tidak?

Adakah luka itu dalam atau tidak.

Adakah luka itu
boleh di lihat secara fizikal atau tidak.

Namun bagi dia semuanya tetap sama. Luka itu luka. Sakit itu sakit.

Konsepnya bertujuan untuk buat semua orang menangis dan alirkan air mata gara-gara menahan rasa yang dirasai oleh kerana suatu luka tu.

Dibesarkan sejak bayi di rumah anak yatim selepas kehilangan ibubapa kerana kemalangan maut di suatu malam kerana dilanggar pemandu mabuk. Dia telah belajar apa itu rasa kehilangan.

Didera fizikal dan mental sewaktu membesar bersama keluarga angkat sejak berusia 7 tahun sehingga 12 tahun telah mengajar dia apa itu rasa sakit.

Bercinta dengan seorang teman lelaki ketika di kolej sejak 18 tahun sehingga 20 tahun namun dicurangi dengan dua orang rakan satu kelasnya sendiri. Dia telah belajar macam mana sakit bila dikhianati.

Dan semua itu telah tinggalkan bekas di hatinya secara mendalam. Semua yang terjadi telah jadikan dia lali rasa apa itu sakit. Sampaikan dia tak boleh nak rasa apa-apa bila tengok orang lain rasa sakit atau di sakiti.

Simpati?Empati?

Pergi mati dengan semua tu.

Bagi dia beri perasaan pada orang lain hanya akan buatkan diri dia menjadi lemah.

Tunjukan ekspresi dan cepat rasa kasihan hanya buatkan orang mudah ambil kesempatan.

Beritahu apa perasaan yang kita rasai hanya akan berikan kepuasan pada orang yang mahu lihat kita sakit dan susah.

Jadi sepanjang dia membesar, dia belajar semua ini. Nak suruh dia jadi manusia  yang ada perasaan?Tak payah. Sebab tiada gunanya pun!

Terutama sekali terhadap manusia!

Namun begitu, di sebalik semua ini dia tetap ambil keputusan untuk menjadi seorang doctor. Kenyataan yang dia bencikan manusia telah jadikan dirinya Seseorang yang mahu selamatkan manusia lain.

Ironik bukan?

Sebenci-bencinya dia, dia pilih untuk tidak menjadi seorang yang kejam. Cuma tak ada perasaan saja bila handle mereka semua ni!

Bagi Davina, bersimpati pada orang lain dan tunjuk emosi secara depan-depan buat diri tu seperti orang yang lemah dan tidak berguna.

Sebab itudia pilih ubtuk jadi manusia heartless.

"Davina!"tempik suara tu dengan lantang dari arah belakang.

Dia yang sedang tunduk meneliti carta perubatan pesakit tidak peduli untuk angkat kepala apa lagi hendak menyahut. Dekat sini agaknya semua orang pekak mungkin sampai perlu terpekik-pekik tak cukup anak tekak.

"Hei! Aku panggil kau ni! Pekak ke!"bahu Davina di pegang lalu tubuh itu dipalingkan dengan kasar.

Bila dia berpaling, sambil buat muka tak kisah dia pandang doctor lelaki senior dua tahun di depannya dengan renungan dingin. Dia tak pekak, cuma tak nak bazirkan tenaga untuk lelaki tak guna macam orang depannya ini.

"Kau yang beritahu pada professor supaya keluarkan aku dari pembedahan tumor otak tu kan!"jerkah Kaden dengan bengang.

Davina kerling ke sekeliling ruang wad di mana pesakit sedang terlantar dan berehat buat seketika sebelum pandang ke lelaki di depannya. "Bukan saya. Tapi prof sendiri yang deduct awak dari team dia."balasnya dengan mendatar.

Tidak semena kolar jubah doktor Davina di cekau kasar dengan Kaden lalu digoncang badan tu depan dan ke belakang.

Kaden berdengus tak percaya. "Kau fikir aku nak percaya?Kau ingat aku tak tahu kau yang bawak mulut tentang aku masuk ke bilik bedah dalam keadaan mabuk! Kau je yang ada dalam bilik bedah masa aku sampai hari tu! Kalau bukan kau siapa lagi!"jerkah Kaden.

Davina pandang tak kisah ke Kaden.

Haih..ingat dia ni mak jemah ke sampai nak bawak mulut dan canang baik buruk orang bagai? Dia ada banyak benda nak fikir dari sibukkan hal  la. "Jaga sikit bila bercakap tu."dia tepis tangan tu dengan papan carta yang di pegang dengan kuat.

Terus Kaden tarik tangannya sebab sakit dipukul dengan objek tersebut.

Pesakit-pesakit yang Davina handle dekat situ perhatikan kejadian tersebut. Mereka lihat doctor wanita dengan muka dingin tiada perasaan dan doctor lelaki berwajah ketat itu silih ganti.

"Kau cemburu kan sebab aku selalu dapat kes besar sementara kau hanya dapat sisa aku je! Aku beritahu kau ya! Jawatan ketua kaunselor tu bakal jadi milik aku. Jadi kau dengan perangai tak guna ni kau boleh berhambus!"tengking Kaden sambil tunding jari ke depan muka Davina.

Davina hanya beri renungan bosan dia ke jari  tu sebelum pandang ke Kaden. "Awak tahu...dekat sini.."dia kerling kanan dan kirinya merujuk pada pesakit yang memasang telinga setiap bait kata-kata Kaden.

Kaden pandang kanan dan kirinya dengan kening berkerut.

"Ada mata...ada telinga...ada mulut. Bukan satu bukan dua...tapi berpasang-pasang."beritahu Davina dengan renungan dingin membunuhnya. Berani sungguh lelaki hingusan ini maki dia depan semua orang. Ingat dia hairan sangat ke! "Sebelum awak malukan diri awak lebih lagi, sebaiknya awak bertenang."pesan dia. Kena tampar jugak nanti anak director hospital ni kang!

Kaden tersentak. Dia pandang Davina dengan mata terbutang luas. Sh*t dia baru tersedar! Tak terkata dengan keadaan itu, Kaden terus berpaling dari situ dan tinggalkan wad tersebut.

Setelah itu, barulah keadaan kembali tenang.

Tanpa berkata apa-apa lagi, Davina beralih ke arah katil pesakit yang seterusnya. Dia check dari IV drip, ke mesin yang ada di situ sehingga la bekas luka balutan dan jahitan yang ada pada setiap pesakit di situ.

Sedang dia memeriksa seorang pesakit wanita berusia 57 tahun, wanita itu bersuara. "Doktor tak apa-apa?"tanya pesakit itu.

Davina yang dengar soalan itu pandang ke mata pesakitnya. Dia cuba cari keikhlasan dari pertanyaan tersebut. Sibuk nak kisah pasal dia dah kenapa!?"Kenapa?"tanya dia dengan nada kosong tanpa perasaan.

"Tak ada...saya cuma risaukan doctor lepas apa yang doctor lelaki tadi lakukan."

Lantas Davina perhatikan papan carta pesakit depannya semula lalu dicatit sedikit maklumat pemeriksaan didalamnya. Ini la orang...acah kisah sedangkan nanti dekat belakang dah kutuk dia bagai, macam semuanya berpunca dari dia. "Tak perlu risaukan saya...risaukan saja diri anda tu." ujarnya sebelum berpaling ke arah katil yang lain. Sama sekali tidak peduli akan reaksi yang diberikan oleh pesakit tadi.

Terasa?

Kejam dan tak berhati perut?

Bukan masalah dia!

Sebab dia memang tak ada hati!

26. UNKNOWNWhere stories live. Discover now