Chapter 39 : Hussh...Silent.

1.7K 171 3
                                    

Beberapa hari selepas kejadian tsunami berlaku

Dengan langkah senangnya dia pegang roti panas yang baru siap di masak dengan sebotol jus oren di tangannya menuju ke khemah dimana Davina berada. Pasti doctor seorang tu tak sempat nak makan apa-apa sebab kesibukan. Namun baru saja dia hendak tiba di khemah itu, dia terdengar suara orang marah-marah.

""Hah!Itu pun kau!Hei doctor!Apa kau buat hah!Tahu tak ada pesakit perlukan rawatan sekarang ni!"

Dia yang Dengar apa lagi, cepat-cepat la lari ke khemah mahu membantu.

"Hei!Pekak ke!Aku tengah cakap dengan kau ni!Check aku sekarang!Kalau aku mati sebab kelalaian kau macam mana!"

Setibanya di pintu masuk khemah itu dia terdengar suara lelaki marah-marah lagi. Niat dia mahu masuk, namun belum sempat dia nak berbuat begitu, dia Nampak Davina sudahpun menikam picagari di atas kaki lelaki tu dalam sekelip mata sebelum lelaki atas katil tersebut rebah tak sedarkan diri. Melihatkan tindakan itu buatkan hatinya terdetik rasa teruja. Entah kenapa bila tengok Davina tenang dan kelihatan tidak terganggu sering buat dia rasa begini.

Dan ketika itulah Davina bergerak mahu keluar dari situ. Tak nak buatkan Davina marah padannya, dia cepat-cepat sembunyikan diri di tepi khemah tersebut cepat-cepat sebelum intai sedikit untuk lihat kemana Davina mahu pergi. Rupanya Davina tak pergi jauh. Hanya ke depan cenuram di depan itu saja.

Oleh kerana dia berniat mahu berikan makanan dan minuman kepada Davina, dia ekori Davina senyap-senyap dari belakang sehingga la Davina duduk di atas batu menghadap pemandangan atas bukit tersebut. Dia pun tunggu la situ untuk beri ruang pada Davina bernafas sekejap. Sekali tu dia Nampak Davina terumbang ambing hendak rebah ke sini.

Tanpa berfikir Panjang roti dann botol minuman yang ada di tangannya itu di campak ke bawah sebelum berlari ke tepi itu dan sambut kepala tu tepat pada masa yang sama.

"Ibu..tolong berhenti...sakit.."rintih suara tu dengan perlahan sewaktu mata masih terpejam.

Declan yang dengar terus buka mata dia dan duduk tegak dari bersandarnya. Dia capai tangan Davina sebelum usap rambut itu dengan perlahan-lahan. "Shhh.it okay...itu cuma mimpi.."bisiknya dengan perlahan.

Teresak-esak seperti dalam kesakitan, Davina mula mengigau akan sesuatu hingga buatkan air mata mengalir turun dari tepi mata tu. "Maafkan Ina..ibu..Eden..tolong.."rintihnya dengan terdesak.

Berkerut kening Declan di buatnya. Mimpi apa aje la yang buat Davina susah hati macam ni sekali? Dia perlahan-lahan tepuk tepi lengan kanan Davina mendodoikan wanita itu supaya kembali tenang. Yang mana Berjaya sebab tak lama kemudian, Davina senyap. Dia ingatkan Davina kembali lena, sekali bila dia alihkan matanya ke muka itu, dia terpandang sepasang mata sedang merenungnya.

Shoot!

Mata Declan terbuka luas kerana terperanjat sebab Davina Nampak dia. Yalah...sejak Davina suruh dia jauhkan diri sebelum kejadian tsunami terjadi, sejak itu dia cuba elakkan diri dari bertembung dengan Davina sebab tak nak buatkan Davina marah dan bencikan dia lagi. Kerana itu dia sentiasa senyap-senyap perhatikan Davina dan pastikan keselamatan Davina terjamin.

Ingat dimalam hari sewaktu Davina tidak dapat tidur, hari itu, Declan la yang kejutkan Kaden supaya temui Davina dan temankan wanita itu supaya tidak duduk sendirian di situ. Memandangkan dia tahu mengenai Kaden setelah siasat latar belakang Devina tempoh hari, hanya Kaden saja yang dia benarkan untuk dekati Davina. Tidak Eden!Dan tempoh hari semasa Davina pengsan sebab penat, Declan jugak la yang tolong berikan IV drip kepada Davina dengan bantuan Jururawat Natasha. Dan pada hari kejadian dimana Hanna menyerang Davina, Declan jugak yang berikan darah untuk merawat Davina. Semua itu kerana Declan sudah pun terambil berat ke atas Davina.

Sebab dia dah tersuka pada wanita berwajah dingin ni!

"Apa awak buat?"tanya Davina dengan suara serak orang sakitnya.

Declan kejung dekat situ. Dengan kedudukan dia duduk di kerusi sebelah katil sambil peluk badan Davina dengan sebelah tangan dan mukanya betul-betul di depan bibir Davina. "Hai?"sapa dia akhirnya selepas sekian lama cuba hendak bercakap dengan Davina sejak beberapa hari ni!

Kening Davina berkerut sewaktu perasan akan jarak mereka yang begitu rapat seperti itu. "Jauhkan diri awak dari saya.."arahnya dengan nada tegas.

Selajunya Declan jauhkan diri dan duduk tegak semula di kerusi itu. "Sorry..awak mengingau tadi."beritahu dia. "Saya cuba tenangkan awak.."

Davina menjeling marah ke Declan. "Kenapa awak buat macam tu tadi?"bisiknya yang teringat akan kejadian dimana Hanna mati ditembak depan matanya. "Kenapa awak lepaskan tembakan?"tahu tak sebab Declan, kini semua maklumat yang dia inginkan terkubur sama dengan Hanna!

Declan pandang ke Davina dengan muka tak dapat ditafsirkan. Dia hanya merenung tepat ke mata itu. "Sebab dia nak sakiti awak"jawabnya sambil tu.

"Biarkan saja la...kalau saya mati sekalipun saya takkan rugikan sesiapa. Tiada siapa akan menangisi pemergian saya"bisik Davina lagi sambil menahan rasa sakit pada dada dan kaki kanannya ketika itu.

Mata Declan berkedip kerana rasa tergamam. Boleh pulak Davina cakap macam tu!Tahu tak betapa takutnya dia lepas Nampak Hanna acu pistol dekat kepala tu!Mujur dia sempat datang tadi, kalau tidak!Habis!Melayang sudah nyawa tu!Bukan nak berterima kasih!Malah dia pulak yang disalahkan! Dia buat muka bengang mahu marah, namun begitu setelah reality menghentaknya, Declan tunduk ke bawah, memegang jari jemarinya kerana susah hati. Bukan sekarang masanya untuk dia bertekak dengan Davina. Davina perlukan rehatkan. Jadi dia akan biarkan saja hal ini dulu.

"Awak rehatla dulu...kita bincang selepas awak stabil sepenuhnya.."beritahu Declan sambil angkat kepalanya memandang Davina. Dia tenung sekejap wajah pucat itu sebelum berdiri, Setelah itu, dia membongkok untuk betulkan selimut di badan tu.

Davina pandang Declan dengan kening mencerlung marahnya.

"Selamat berehat Davina.."ucap Declan sewaktu dia berpaling dan berjalan keluar dari khemah itu.

Tersentak melihat pemergian lelaki itu, Davina cepat-cepat gagahkan dirinya untuk bangun. Tapi rasa sakit buatkan dia terbaring semula. "Tunggu...saya belum habis lagi dengan awak. Declan!"panggilnya.

26. UNKNOWNWhere stories live. Discover now