Chapter 24 : Tak masuk akal!

1.7K 196 0
                                    

BAM!

Pintu bilik di hempas dengan kuat dekat belakangnya.

"Kau nak mati sangat ke?"bentak Eden semasa berjalan dengan marah mendekati almari pakaian lalu di buka dengan kasar. "Memangnya telinga kau tu ada masalah sampai tak boleh nak dengar alarm kecemasan yang dah memekak bagai nak apa sejak tadi sampai boleh terperangkap dalam bangunan tu!"

Davina yang sedang kedinginan dan kebingungan itu pandang ke Eden dengan kening berkerut. Kepala dia yang masih sakit akibat lemas tadi masih lagi terasa pedih, seluruh badannya basah, rambutnya jangan cakap, dah macam anjing baru habis mandi hujan. Dan lelaki depannya ini tak habis-habis nak memekak sejak tadi.

Selepas dapatkan pakaian kering, Eden berpaling dan jalan dengan marah mendekati Davina sebelum pakaian itu di lempar tempat ke muka tu dengan kasar.

Berkedip mata Davina apabila pakaian itu mengenai matanya. Dia pandang ke Eden dengan renungan kosong dan muka penat tanpa berkata apa-apa. Bukannya dia sengaja. Dia sendiri tak tahu. Lagipun badan dia letih sebab itu dia ambil ubat tidur supaya dapat berehat. Memandangkan penyakit insomnia dia semakin melarat. Hanya ubat tidur saja la rawatan untuk dia.

"Tak habis-habis nak menyusahkan aku!Memangnya aku hutang apa dengan kau sampai aku kena hadap semua nasib malang kau ni?Dari dulu sampai sekarang...ibu dan ayah aku ambik kau dari rumah anak Yatim...tak lama tu ayah aku meninggal kemudian ibu yang sara kau bagi kau makan minum kemudian dia pulak yang tinggalkan aku...lepas tu siapa pulak yang kena mati untuk kau? Aku!?"luah Eden dengan nada keras.

Setelah habis berkata, Eden perhatikan Davina buat seketika.Menunggu adiknya untuk katakan sesuatu. Tapi tidak. Doktor di depannya ini malah diam membisu dengan muka pucat lesi seperti baru bampak hantu.

"Woi!Aku cakap ni!Kau dengar ke tak!?"jerkah Eden kerana sudah hilang sabar dengan sikap tenang dan pendiam Davina. Hairan dia macam mana Davina boleh tinggal sendirian di dalam bangunan tu. Tak ada ke orang yang cuba panggil atau bawa Davina keluar sekali ke tempat selamat sewaktu amaran di maklumkan? Apa yang mereka buat sebenarnya!

"Aku makan ubat tidur...jadi tak dengar. Sebab tu la.."jawab Davina tak lama kemudian. Dia tunduk memandang beg sandang dia yang sedang menitiskan air. Pasti jurnal ayahnya sudah basah di dalam beg ni!

"Apa?"kening Eden mencerun. "Ubat tidur?"

Davina tak cakap apa-apa lagi. Dia sendiri cuba nak proses semua kejadian yang baru terjadi. Sebab semuanya berlaku sangat cepat. Ditinggalkan seorang diri, terperangkap. Sekelip mata saja semua tempat dilimpahi dengan air, kemudian Eden datang, dia lemas dan terselamat. Kemudian di marahi!

Eden pegang lengan Davina lalu di goncang sikit nak sedarkan adiknya yang sedang termenung ketika itu. "Hei!Aku tanya ni!Kenapa kau makan ubat tidur!?"

Ah!Serabut betul la!Davina rentap lengannya dari cengkaman Eden sebelum menempik bengang. Dia dah geram sangat! "Aku tak sihat okay! Aku ada masalah insomnia...kalau tak makan ubat tu aku tak boleh tidur.tiga hari aku dekat sini tiga hari jugak aku tak boleh tidur. Baru hari ni aku dapat tidur...puas hati sekarang!?" luahnya dengan mata menjegil bulat. Tahunya nak marahkan dia je! Bukannya dia yang suruh Eden selamatkan dia. Kalau tak nak selamatkan dia hantar la orang lain! Tak semua kejadian yang berlaku tu salah dia!

Tiba-tiba Davina rasa pening nak pitam, jadi terduduk dia dekat lantai tu sambil pejam mata. Kenapa la masa ni jugak bencana alam nak berlaku. Apa lah nasib dia ni! "Please. Jangan tinggikan suara lagi.."minta Davina dengan perlahan sambil merenggut kepala dia untuk hilangkan rasa berdenyut yang sakit dekat kepalanya ketika tu.

Eden tunduk ke bawah selepas Davina terduduk di depannya. Sambil mengepal penumbuk menahan sabar Eden lalu bergerak keluar dari bilik tu dengan derap langkah marah.

KEDEGANG!

Bunyi pintu di hempas sekali lagi apabila Eden keluar dari situ.

Melompat terkejut badan Davina dengan bunyi kuat tu. Dia kemudiannya hanya tunduk merenggut rambutnya sambil pejamkan kepala untuk tenangkan diri dia dari hilang kawalan di situ. Bukan sekarang masanya dia nak naik gila. Kalau Eden tak suka berjumpa dengan dia, inikan dirinya sendiri.

Rasa seperti mahu berhambus je dari sini sekarang jugak!

26. UNKNOWNWhere stories live. Discover now