Chapter 38 : The Trio

1.7K 174 1
                                    

Pelekat terakhir di tampal pada belakang tangan tu setelah jarum IV drip di tusuk ke dalam urat tersebut. Apabila kerjanya telah selesai, dia berpaling ke belakang lalu memandang tiga lelaki yang sedang bertekak antara satu sama lain sejak tadi sebelum memandang muka orang yang sedang terlena tidak sedarkan diri seusai menerima rawatan sebentar tadi.

"Tugas kau orang untuk pastikan keselamatan dia.."

"Kita orang pulak...kau yang bawak entah siapa-siapa ke sini...salahkan kita orang?"

"Boleh tak jangan nak bertekak. Ni aku nak tanya, siapa sebenarnya doctor hospital kau tu?Apa kaitan dia dengan Davina."

"Mana la aku tahu...dia orang memang dah bermusuhan sejak dekat hospital dari dulu lagi."

"Itu maknanya salah kau sebab tak tengokkan doctor psiko kau tu!"

"Hei!Kau ni siapa pulak ha!Dah lah datang-datang nak marahkan orang?Kekasih dia ke?"

"Aku abang dia..kau ada masalah ke!"

"Hah?Abang dia anak Yatim okay. Anak tunggal. Aku Bersama dengan dia selama 8 tahun selama ni tak pernah sekali di ungkit pasal abang atau family okay."

"8 tahun?Memangnya kau siapa?Kekasih dia?Nak melebih reaksi kenapa?"

"Kau tu siapa pulak..kalau dah tentera tu buat gaya tentera la nak melebih kenapa?Kan aku beritahu dia adalah anak didik ayah aku.."

"Well..kau 8 tahun. Aku 21 tahun. Kau nak cakap apa hah?"

Masing-masing tak mahu mengalah, masing-masing dengan ego sendiri. Sampaikan yang menengok perbalahan mereka jadi tak senang dekat situ.

"Doktor Kai?"Jururawat Natasha palingkan kepalanya ke sebelahnya. "Perlu ke kita hentikan mereka?"

Keluhan Panjang lepas dari bibir Doktor Kai setelah itu. Dia seluk tangan dalam poket jubah doktornya sewaktu memerhati tiga lelaki di depannya ketika ini. "Kamu rasa mahu ke mereka dengar?"balas dia dengan nada letih. Elok je dia tidur dibuai mimpi makan stik yang sedap, sekali tu di bangunkan pula hanya untuk merawat Davina yang cedera entah macam mana...kemudian menghadap tiga orang ni berbalah lagi.

"Um..better try right?"kata Jururawat Natasha lagi.

Mengalah dengan permintaan itu, Doktor Kai gerak ke arah tiga lelaki yang berdiri di depan pintu masuk khemah rawatan itu lalu berdiri betul-betul menghadap tiga orang tu. "Ehem.."dehem dia sebagai permulaan.

Tiga orang itu tidak mempedulikan Doktor Kai, malah menyambung-nyambung lawan kata antara satu sama lain.

Mengetap bibir Doktor Kai di buatnya. "Maaf menganggu...boleh tak kamu bertiga bertekak dekat luar sana?Ada orang sakit perlukan rehat sekarang ni."beritahunya.

Dengan serentak tiga kepala itu berpaling ke Doktor Kai dan pandang dia dengan kening mencerlung.

Menikus serta merta Doktor Kai dekat situ. Dia angkat tangan surrender. "Okay-okay..saya takkan ganggu lagu..tapi jangan la bergaduh dekat sini. Davina perlukan rehatnya.."beritahu Doktor Kai dengan kekok sewaktu dirinya di pandang begitu.

Declan kerling ke katil dimana Davina sedang terlantar dari balik bahu Doktor Kai sebelum pandang ke Eden dan Kaden semula. Dia kepal penumbuk erat-erat kerana jengkel dengan kejadian yang berlaku di sini. Bukan sebab Davina cedera, tapi disebabkan Hanna telah terbunuh selepas di tembak oleh Dritan tadi. Dan sekarang dia kena buat laporan dan siasat kenapa Hanna serang Davina. Semuanya jadi serabut!Dan dua orang di depannya malah menambahkan lagi tekanan dia.

"Bawa Davina pulang ke mainland secepat mungkin."cadang Eden.

"Betul tu..yang ni aku setuju. Lepaskan Davina supaya dia boleh pulang dengan aku dan hal ni takkan terjadi sekali lagi."beritahu Kaden pula.

Kening Declan mencerlung. Dia beri renungan seriusnya kepada Eden dan Kaden silih ganti. "Tak boleh.Selagi hal ni tak disiasat selagi tu Davina tak boleh ke mana-mana."

Doktor Kai yang merasakan apa yang dia cuba lakukan itu tiada gunanya pun berputus asa. Lantak la situ apa yang nak jadi. Tugas dia dah selesai. Dia nak masuk tidur semula! "Jururawat Natasha...ayuh la kita keluar. Kalau duduk sini buat sakit kepala aje buat apa."ajaknya yang bergerak ke tepi untuk melewati mereka dan terus ke laluan keluar khemah tersebut.

Jururawat Natasha yang dengar teragak-agak. Dia pandang ke Davina lalu ke arah pintu keluar khemah lalu ke tiga lelaki di situ. Berfikir sekejap patut ke dia stay atau ikut keluar dari situ. Dan bila dia dengar tiga orang tu mula bertekak, semula, dia akur. Langkahnya terus di atur keluar dari situ tanpa berlengah. Siang saja nanti la dia tanya Davina apa yang berlaku. Sekarang biarkan Davina rehat.

Membiarkan tiga orang itu di situ, Jururawat Natasha pun keluar dari situ. Dia jalan ke kirinya lalu melintasi beberapa khemah sebelum satu tangan muncul dari sebelah kanan lorong di situ lantas menarik lenggannya ke situ dengan mengejut.

"Mak!!"latah Jururawat Natasha dengan terkejut dan mata terbutang luas sewaktu dirinya di masuk ke Lorong itu.

26. UNKNOWNWhere stories live. Discover now