Chapter 32 : Face To Face.

1.7K 184 5
                                    

"Da-Davina..."sebut Doktor Hanna tergagap-gagap.

Bersama muka tiada perasaannya, Davina beri renungan gelapnya ke Doktor Hanna.

Ya...perempuan ini la orang yang pecah masuk pejabatnya tempoh hari. Orang yang di syak sebagai Budak suruhan unknown yang mahukan jurnal rahsia ayahnya. Dan Davina tahu Doktor Hanna rancangkan sesuatu sejak kali pertama dia temui wanita ini di khemah rawatan semalam.

"Apa yang kau buat dekat sini?Depan almari aku?"tanya Davina dengan mendatar dan muka tanpa ekpresinya. Dia dah agak tujuan Hanna ke sini bukan kerana hendak jadi kakitangan perubatan, tapi sebaliknya, iaitu mahukan sesuatu dari dia! Tapi nak buat macam mana...dia dah tahu dari awal. Hanna patut pelan sesuatu yang lebih baik dari rancangan picisan ni!

"Patutnya aku tanya kau...kenapa kau ada dekat sini?Bukan ke ada pesakit yang kau kena uruskan?"tanya Hanna yang perlahan-lahan jarakkan diri dari almari Davina ke tepi. Mahu keluar dari situ.

Davina but muka hendak naik anginnya. Perempuan di depannya ni memang tak faham Bahasa agakny!

"Doktor Kai dah tolong uruskan"jawab Davina sewaktu perhatikan langkah Hanna yang sepertinya mahu larikan diri dari situ. "Dan kau belum jawab soalan aku tadi. Apa yang kau nakkan dari almari aku tadi?Sesuatu yang penting hilang ke sampai almari aku tempat kau selongkar?"tanya dia lagi dengan mendatar.

Mata Hanna terbutang luas.

Oh sh*t!Macam mana la dia boleh tertangkap ni!Apa pulak di nak cakap pada Davina. "Sorry...aku ingatkan almari aku tadi."tipu Hanna yang jelas-jelas ada nama dekat setiap almari di sini. Susah payah dia Tarik sengih serba salahnya.

Berasa jengkel dengan jawapan yang diberikan itu, Davina ambil keputusan untuk dekati Hanna lalu cekau kolar baju kemeja yang dipakai oleh wanita itu sebelum mencampak badan tersebut sekuat hati ke lantai tersebut.

KEDEBUK!

"Argh!"teriak Hanna dalam keadaan bersimpuh sebaik tubuhnya terhempas di situ.

"Beritahu aku...apa yang kau nak dari aku?"tanya Davina yang jalan menghampiri Hanna dengan langkah pemangsanya.

Hanna pandang gerun ke Davina lalu angkat tangan menyerah sambil geleng kepala tak mahu. "Tak..Davina. Please. Jangan macam ni...aku berani sumpah. Aku tersalah almari!"rintihnya dengan terdesak. Dia tak pandai pertahankan diri!Dia buat semua ni sebab nak dapatkan kelebihan. Itu saja.

"Wrong answer."Davina tunduk membongkok mendapatkan kolar Hanna semula lalu dia Tarik badan tu supaya berdiri semula.

"Maafkan aku Davina...aku takkan buat lagi.."minta Hanna sambil pegang tangan Davina yang sedang mencengkam kolar kemejanya.

Tanpa hiraukan rayuan itu, Davina tarik Hanna keluar bersamanya dari khemah itu. Mereka jalan merentasi Lorong celah khemah di situ. Bertembung dengan para tentera milik Declan, pasukan perubatan yang lain, termasuk kumpulan Eden dan Declan sepanjang laluan itu. Mereka semua Nampak dan dengar Hanna meraung dan minta tolong. Namun disebabkan mereka bingung dan tak tahu nak buat apa mereka ikut saja ke arah yang sama dimana Davina heret Hanna.

"Arghh!Sesiapa tolong saya!!!!!"jerit Hanna dengan terdesak sepanjang perjalanan itu.

Namun begitu Davina tidak peduli. Dalam kepala dia ada satu. Dia kena tahu siapa yang mahukan formula rahsia milik ayahnya. Dari situ dia boleh tahu siapakah orang yang bertanggungjawab di atas kematian ibu dan ayahnya pula. Dia ingatkan dia mahu settlekan semua ini selepas pulang ke mainland. Tak sangka pulak 'tikus' ni masuk ke dalam lubang perangkap sendiri!

Tidak lama selepas mereka berjalan, Davina akhirnya berhenti di tepi tebing bukit, tempat sama dia terlena tempoh hari. Berdirinya dia di situ, Hanna di tujah ke arah cenuram tersebut dengan satu tangan. "Beritahu aku siapa hantar kau ke sini dan kau nak apa dari aku?"tanya dia.

"ArghhH!!!!"teriak Hanna dengan hysteria ketika itu. Dia sedaya upaya nak jauhkan kakinya dari tebing tu!

"Davina!"tempik Declan yang tiba di situ Bersama dengan Dritan dan anak buah Eden sendiri. "Apa yang awak cuba buat tu!Hentikannya!"

Sikit pun tidak terkutik, Davina malah tolak Hanna hampir ke cenuram tersebut. Dia tak peduli kalau dia bunuh Hanna di sini jugak. Sebab akhirnya nanti dia turut akan terbunuh. Jadi sekarang atau kemudian, dia tetap akan lakukan sesuatu yang beri risiko pada namanya sendiri.

"3..."hitung Davina dengan renungan tanpa perasaannya kepada Hanna.

Hanna geleng kepala sambil berkerut kening susah hati di situ. "Tak...aku mintak maaf Davina. Aku mintak maaf!Tolong jangan bunuh aku"rayu dia sambil pegang lengan tu.

"2.."hitung Davina lagi.

Pada masa itu Declan dan Dritan sudah berlari ke arah Davina selaju mungkin. Mahu menghalang tindakan Davina dari menolak Hanna jatuh dari situ.

"Tak!Please Davina!!!!!!!!"jerit Hanna sekuat hati di situ.

"1..."lepas saja nama nombor itu dari bibir Davina, lepas juga tangan tu dari kolar Hanna.

Tubuh Hanna gerak jatuh ke belakang apabila badannya di tolak oleh Davina ke arah cenuram tersebut. "DAVINA!"jerit Hanna sewaktu dia gerak jatuh ke belakang ketika itu.

"Arghhh!!!"jerit mereka yang menonton sejak tadi di belakang itu bila Nampak Hanna jatuh ke bawah cenuram tersebut.

Bersama muka tiada perasaan, Davina hanya berdiri di situ sambil tunduk memandang ke bawah cenuram di depannya itu.

"Apa yang kau buat ni!"jerkah Dritan sewaktu berlari ke tepi cenuram tersebut mahu lihat dimana Hanna mendarat. Tunduk saja dia ke bawah, dia lihat rupanya Hanna jatuh tak dalam mana. Dibawah cenuram itu ada lagi tanah landai. Kalau diukur tak tinggi pun. Hanya dua depa saja dari tempat mereka berdiri ketika itu.

Declan yang tiba tak lama kemudian Nampak Hanna sedang baring di atas tanah dengan muka berkerut menahan sakit di bawah itu. Lantas dia pandang ke Davina dengan muka tercengang pula. "Awak dah hilang akal ke!Kenapa awak buat macam tu?"marah dia. Hish Davina ni kan!

Tanpa berkata apa-apa, Davina pergi dari situ dengan langkah bersahajanya. Ya...dia tahu cenuram tu ada tanah di bawahnya. Dia sengaja buat macam tu sebab nak tunjuk dekat Hanna, dengan siapa perempuan tu berurusan! Lain kali fikir dulu kalau nak macam-macam dengan dia.

Mereka yang ada di situ cepat-cepat beri laluan pada Davina bila doctor itu menghampiri mereka. Takut mereka kalau giliran mereka pula yang jadi mangsa doctor menakutkan itu.

"Doktor tak apa-apa ke?"panggil Dritan di atas pada Hanna di bawah itu.

Berasa takut dan tak percaya dengan apa yang berlaku, Hanna hanya mengangguk kepala sambil menangis. Dia serik!Dia tak nak libatkan lagi dirinya dengan apa saja urusannya dengan Davina. No!Dia tak nak mati!

"Tunggu..kami akan dapatkan doctor sebentar lagi."laung Dritan lagi.

26. UNKNOWNWhere stories live. Discover now