Chapter 40 : Farewell Kiss!

1.8K 185 11
                                    

Seminggu kemudian...

Sejak kejadian yang menimpa Hanna, tiada siapa yang tahu akan punca kehilangannya. Bagi semua orang di situ, kehadiran Hanna sangat tak terkesan. Jadi Hanna ada atau tidak, tiada siapa pun yang kisah atau ambil peduli mengenainya.

Declan samarkan kehilangan Hanna dengan alasan wanita itu sudahpun berangkat ke tempat lain begitu sahaja. Menggunakan kuasa yang di miliki olehnya, dengan mudah Declan dapat tangani masalah tersebut dan tidak lagi di isukan kepada mana-mana pihak.

Kaden yang tahu hal sebenar tidak besar-besarkan hal itu. malah dia minta ayahnya uruskan soal peletakkan jawatan hanna dari hospital tempat Hanna bertugas. Ayahnya tanpa banyak tanya pun uruskan hal tersebut.

Jasad Hanna telah di kebumikan di suatu tempat yang tidak di ketahui, jauh dari pengetahuan orang lain mahupun umum.

Eden ikut tolong jalankan siasatan untuk cari tahu akan latar belakang Hanna. Malangnya tiada maklumat yang jelas mengenai Hanna. Hal ini kerana wanita ini tiada kesan cap jari mahupun identity wajah yang sama dalam system daftar manusia. Tak kira la di scan berapa kali dalam data base. Tiada satu pun maklumat mengenai Hanna.

Selebihnya semua berjalan seperti biasa. Para petugas staf yang lain jalankan tugas mereka yang tersisa sebelum semua di situ pulang ke tempat masing-masing. Memandangkan air laut sudahpun surut. Kawasan pangkalan Utama pula telah di baik pulih dan di selenggara kepada keadaan sedia kala selama dua minggu itu.

Kaden pulang ke hospital.

Para petugas termasuk Davina sendiri balik ke pangkalan Bersama pasukan tentera yang lain.

Sementara Davina kekal mendiamkan diri sejak dua hari selepas kejadian berlaku sebaik dia sedar dan dalam keadaan stabil. Dia malah menyalahkan Declan kerana lelaki itu telah bunuh Hanna. Dia beri alasan, Hanna serang dia kerana ingin balas balik apa yang dia lakukan terhadap Hanna. Dan kini Davina hilang satu-satunya sumber maklumat yang dia ada. Kerana Declan!Habis musnah semuanya!

Namun tidak lama selepas mereka pindah semula ke pangkalan tersebut Declan dapat surat arahan untuk lepaskan Davina. Mahu tak mahu, maka Declan dengan terpaksanya lepaskan Davina. Dia pulangkan semula Davina ke mainland setelah dia gagal untuk memujuk Davina bercakap dengan dia dan beritahu apa yang berlaku.

DI lapangan pelepasan, sebuah helicopter sedia menunggu di situ, dan kelihatan beberapa orang berkumpul di sekitar tempat itu untuk untuk melihat keberangkatan Davina dari situ selepas hampir sebulan Davina berada di situ bersama-sama dengan mereka.

Dengan renungan kosong Davina pandang akan Eden yang sedang berdiri tidak jauh dari tempat dia berdiri. Abangnya itu menyilang tangan ke dada sambil beri renungan mencerun ke arahnya.

"Peluang terakhir Davina..."beritahu Declan semasa berdiri di depan Davina membelakangkan helicopter yang sedia hendak berlepas.

Perlahan-lahan Davina gerakkan matanya ke Declan dan pandang muka itu dengan renungan kosong. Dia renung wajah tu untuk beberapa ketika. Cuba fahamkan apa niat Declan sebenarnya?Adakah lelaki ini benar-benar membantu dia atau kerana lelaki ini sebahagian dari mereka yang mahukan formula rahsia ayahnya?

"Saya cuba bantu awak...kalau awak mendiamkan diri seperti ini, ianya takkan membantu sesiapa."ujar Declan lagi dengan susah payah sebab angin kuat dan deru kipas helicopter di situ. Rambutnya hitam paras dahinya itu terbang ke merata arah dengan serabut.

Tanpa berkata apa-apa, Davina mengecilkan matanya untuk pandang Declan dengan jelas kerana silau cahaya matahari di luar itu. Kalau dia beritahu Declan, bukan dia saja yang akan dapat masalah tapi Declan sekali. Jadi baik lelaki ni uruskan masalah sendiri dan dia akan uruskan masalahnya sendiri. Lagipun ini kali terakhir mereka bertemu. Dan di harap dia takkan bertemu dengan mana-mana mereka yang ada di sini. terutama sekali Eden! Sebab lepas ni dia yakin, banyak perkara buruk akan terjadi. Memandangkan Hanna telah terkorban, pasti orang atasan Hanna tahu yang dia sudahpun mengetahui bahawa dirinya sedang di buru.

Untuk itu dia tak nak ada sesiapa yang terkorban lagi kerana dia!

"Selamat tinggal Declan.."ucap Davina yang tidak menghiraukan permintaan Declan sebentar tadi.

Jatuh air muka Declan. Dari risau kepada kecewa. Dia berdiri dekat situ kerana terkilan dengan ucapan Davina.

Tanpa berlengah lagi, Davina jalan melepasi Declan dan gerak ke arah helicopter di depannya dengan langkah yang perlahan dan tenang walaupun angin kuat bertiup menerbangkan anak rambutnya ke belakang. Kepalanya ditundukkan ke bawah memandang langkahnya itu.

Juliet yang saksikan pemergian Davina sudah tersengih puas. Pergi sudah perempuan menyemak ni akhirnya. Tanpa berlengah dia dekati Declan dan dapatkan kaptennya. "Mari la kita masuk.."ajak dia sambil merangkul lengan tu dengan lembut.

Declan berpaling, dia pandang belakang badan Davina bersama perasaan nekad. Fine! Memandangkan selepas ini dia mungkin tidak akan dapat bertemu dengan Davina lagi, ini saja peluang yang dia ada! Lengannya yang di pegang oleh Juliet direntap sebelum dia lari ke arah Davina.

Terpempan dengan rentapan itu, Juliet ikut berpaling memandang langkah Declan bersama mulut ternganga kerana tercengang!What the hell!

Sampai saja di situ, Declan capai lengan Davina dan tarik badan itu berpaling menghadapnya dengan mengejut.Tanpa berkata apa-apa lagi, dia pegang tepi kepala Davina dan tarik wajah itu dekat padanya.

Tidak sempat hendak buat apa-apa, Davina hanya pegang tepi lengan tu sebaik dirinya dipeluk rapat ke dada tu. "Apa yang aw-"

Satu kucupan hinggap di bibir Davina setelah Declan mengatup bibirnya ke bibir itu dengan mata terpejam rapat.

Habis semua yang ada di situ pandang terkejut dan tergamam dengan apa yang terjadi di situ. Terutama sekali Juliet dan Eden orang pertama yang melihat semua itu terjadi. Masing-masing buat muka 'what the f*ck' mereka!

26. UNKNOWNWhere stories live. Discover now