Chapter 60 : The Dark Horse.

1.4K 170 7
                                    

Pada masa itu la pintu bilik terbuka dan seorang lelaki berjalan masuk ke dalam dengan langkah lekas yang cemas lalu berdiri di situ sebelum berkata. "Tuan...masalah. Pangkalan kita telah di serbu oleh pasukan pengawal Diraja sekali lagi. Mereka dah dapat tahu siapa identity tuan...tak lama lepas tu kediaman tuan sudahpun di serbu oleh pihak polis lepas berita mengenai kegiatan seludup dadah dan penghasilan di kediaman tuan." beritahu lelaki tu dengan satu nafas.

Serta merta rambut Davina di lepaskan oleh Vernon kerana dia terlalu terkejut mendengar.

"Apa!?"serunya. "Macam mana boleh ketahuan?"dia palingkan kepala ke sekeliling ruang itu untuk mencari kelibat Mason. "Mason mana kamu?"panggil dia.

Lalu lelaki yang bertopi dan bertopeng mulut tadi majukan diri bila nama Mason disebut.

Menyangkakan, orang itu Mason, Vernon lantas berkata. "Apa yang berlaku?Macam mana mereka boleh tahu?Bukan ke saya pesan supaya simpan maklumat jangan sampai tertangkap!"bentaknya.

Ketika itu la Davina mula ketawa sekali lagi, dia angkat kepalanya lantas dongak memandang Vernon. Well...well..nampaknya kawan-kawan dia dah buat kerja yang sepatutnya. Tak sia-sia la dia buangkan masa Vernon dekat sini.

"Kau dah kenapa?ketawa tiba-tiba?Ada yang lawak ke dekat sini?"Vernon pandang pelik ke Davina lepas tu.

"Ha'ah...ada yang lawak."angguk Davina sambil tarik sengih jahat meleretnya.

Mata Vernon menjegil bulat. Dia buat muka tak faham masa pandang Davina. "Mason!Kau uruskan perempuan ni!Bunuh dia ke apa...buat apa kau nak buat!Apa aku tahu perempuan ni mati!"tunjuk dia ke Davina sambil memandang lelaki bertopi dan bertopeng mulut di depannya itu.

Dengan satu anggukan, lelaki yang di sangkakan sebagai Mason itu gerak mengeluarkan pisau belati dari belakang badannya lalu di hunus ke arah Davina. Ingatkan mahu mengelar Davina, jadi Vernon dengan muka terujanya pandang dengan penuh tidak sabar. Sekali tu, pisau tersebut gerak memotong pita pelekat yang melilit sekeliling badan Davina.

Pada masa yang sama, empat orang yang berdiri dekat dalam bilik itu keluarkan senjata dan mula melepaskan tembakan ke anak buah Vernon yang lain disitu. Seorang demi seorang tumbang kerana tak sempat hendak pertahankan diri mahupun berlindung.

Vernon yang kebetulan sedang pegang pistol itu apa lagi, cepat-cepat dia lepaskan tembakan, tapi tersasar malah dia sendiri yang terkena tembakan seorang daripada empat orang di situ. Bunyi tembakan itu telah menarik perhatian beberapa lagi anak buah Vernon yang menunggu di luar, Masuk-masuk saja mereka ke situ, habis ditembak mati dalam sekelip mata.

Tak sampai 30 saat pun, bilik yang tadi penuh dengan orang bersenjata dan samseng, kini lengang dan basah dengan darah dan mayat.

Bila pita pelekat yang terakhir di lepaskan dari kaki dan tangannya, Davina kemudiannya berdiri tegak. Bersama dengan lima lagi orang bertopeng mulut dan bersenjata di belakangnya menghadap Vernon yang dalam keadaan cedera di situ.

"A-apa yang berlaku...kau-"Vernon tak dapat habiskan kata-katanya lepas darah keluar dari mulut akibat luka tembakan yang berada di dada, perut dan tepi lehernya itu.

Bersama renungan dingin, Davina tunduk memandang Vernon. Mengingatkan semula hari dimana dia menemuni Sarah, Kai dan Natasha di kediamannya tiga hari sebelum semua ini terjadi. Hari dimana dia mahu sampaikan pelan untuk serahkan Vernon dan dedahkan kejahatan lelaki ni pada pihak berkuasa.

Awalnya Davina rancang supaya Sarah godam semua maklumat yang Mason dan Vernon selepas itu di failkan dalam bentuk USB dan dokumen lalu di serahkan kepada pihak berkuasa seperti polis dan CIA dengan sembunyi. Selepas itu Kai dan Natasha pula bertanggungjawab untuk dedahkan lokasi kegiatan rahsia Vernon yang suka jual virus dan dadah di pasaran gelap kepada pasukan Pangkalan Ketenteraan Diraja dimana Declan berkerja. Namun begitu sedang mereka sibuk meeting. ketika itu la kediaman Davina di serbu oleh satu kumpulan orang.

Dan kumpulan itu tidak lain tidak bukan, kumpulan Eden sendiri. Ya!Lelaki tu yang telah perhatikan Davina secara sembunyi telah dapat tahu apa yang Davina rancangkan intercept pada hari tersebut. Eden beritahu, dia tak nak Davina bahayakan diri, jadi serahkan semuanya kepada Eden agar dia yang tolong cover up semua tindakan Davina dan rakan-rakannya yang lain.

Dengan itu nama baik dan identity Davina serta rakan-rakannya sebagai doctor takkan terjejas dan mereka berdua dapat jalani hidup dengan baik.

Jadi pada masa Davina di culik, van yang dinaiki olehnya telah di serang oleh pasukan Eden. Mereka tukar tempat dan orang-orang dalam kenderaan itu telah di tangkap dan di tahan oleh orang-orang Eden.. Jadi yang membawa Davina ke bangunan lama itu adalah Eden dan rakan-rakan sekumpulan lelaki tu.

Menggunakan kepakaran dan kemahiran yang dimiliki lima agen tentera itu dengan jayanya dapat yakinkan kepada para penyangak di situ yang mereka adalah orang yang di upah oleh Vernon sendiri. Dari situ la segalanya bermula.

"Sejak awal lagi semuanya di rancang Vernon...cuma kau je yang tak perasan.." Davina bercangkung dekat depan Vernon yang sedang nyawa-nyawa ikan itu dengan kepala terlentok sedikit. Dia tenung mata tu dalam-dalam. "Ini adalah bayaran untuk apa yang kau dah buat terhadap ibu dan ayah aku.."ucap dia sebelum menarik sengih mengejek.

"Kita kena gerak sekarang...Declan dan team dia dalam perjalanan ke sini.."beritahu rakan Eden tiba-tiba.

"Secepat ni?"tanya Eden yang bertopi dan bertopeng mulut tu.

"Well...nampaknya ada yang dah buat kerja dia orang dengan baik.."tambah rakan Eden yang satu lagi.

Tersentak-sentak hendak bernafas, Vernon akhirnya melepaskan nafas terakhir dia dengan mata terbutang luas dan ekspresi terkejut di wajahnya. Terlampau terkejut dan dumbfounded dengan kenyataan itu dia pun mati.

Setelah melihat Vernon menghembuskan nafas dia yang terakhir Davina pun bangun dari cangkungannya lantas berdiri menghadap Eden. "Tak apa ke kau buat semua ni?"tanya dia dengan perlahan. "Kalau dia orang tahu macam mana?"

Eden berdengus. "Ini Eden la...kau jangan risau...kita orang dah di ajar macam mana nak tutup sesuatu kejadian tu dengan baik dan nampakkannya seperti suatu kemalangan. Sekalipun Declan cuba siasat dia takkan dapat kesan dengan mudah."getusnya dengan bangga.

Tersengih Davina lepas dengar. Dia pandang Eden dengan perasaan hangat di dalam dada. Tak kira la teruk macam mana perangai Eden dekat dia, lelaki ini tetap di anggap sebagai pelindungnya. "Kalau macam tu aku mintak tolong...coverkan untuk aku."

"Ya...tapi kan...betul ke kau dengan Declan tu serius?Mamat selenge tu?"soal Eden dengan nada jengkel. "Memangnya tak ada lelaki lain ke?Tak kuasa aku nak ada adik ipar macam dia."

Rakan-rakan Eden yang ada di situ ketawa kecil mendengar komen tersebut.

Sementara Davina beri tumbukan kecil ke dada tu kerana menyampah!

26. UNKNOWNWhere stories live. Discover now