Chapter 23 : The Hatred.

1.8K 194 2
                                    

15 tahun yang lalu

Masa ni semua Budak-Budak seronok main skateboard, rollerblade dan basikal masing-masing dekat taman permainan. Semua orang ada sendiri punya. Kecuali dia. Berasa terkilan dan mahu ikut sama bermain sama seperti mereka. Jadi dia pergi jumpa abangnya yang sedang melepak dengan geng lelaki tu. Nak pinjam skateboard tu.

"Boleh la."

"Tak boleh ya tak boleh, Kau pekak sangat ke sampai tak faham Bahasa apa aku cakap! Kalau dah tak ada buat cara tak ada la. Nak meminta tu kenapa!"bentak Eden pada dia.

"Pinjam aje kan..bukannya aku nak rosakkan!Kalau ibu boleh belikan lama dah aku tak mintak kau!"bentak dia pula kerana jengkel dengan Eden. Abang jenis apa la Eden ni!Sikit pun tak boleh bertolak ansur dengan dia.

"Pinjam dekat orang lain!Tak pun balik je la rumah sana. Semak tahu tak!Dah cakap tak payah ikut, kau nak ikut jugak!Sekarang nak kacau aku. Blah la sana!"halau Eden yang menolak bahu dia ke belakang hingga buatkan dia jalan mengundur ke belakang.

Rakan-rakan sebaya Eden yang saksikan semua tu bukannya nak tolong malah mengejek dan ketawakan dia lagi adalah!

Kalau bukan dia berusia 13 tahun dan Eden 17 tahun, sudah lama dia terkam badan lampai tu dan di kerjakan cukup-cukup! Berasa merajuk dengan Eden, dia pun berpaling dari situ. Hendak pergi balik rumah!Buat apa duduk taman tapi tak boleh main!

Oleh kerana terlalu marah, dia terus seberang jalan tidak pandang-pandang. Yang mana ketika itu ada sebuah kereta sedang menuju ke arahnya.

"DAVINA!"

PIINNNNNN!!!!!!

Dalam sekelip mata, dia dapat rasakan belakang badannya di tujah ke depan dengan kuat sebelum segalanya menjadi gelap dan berpusing-pusing. Dia ingatkan dia dah mati ke apa, namun dia tak rasa apa-apa pun lepas tujahan tu. Buka saja mata, dia perasan yang dia ada di atas badan seseorang dan badannya di peluk erat dengan satu tangan.

Sesaat kemudian, perkara yang dia nampak adalah wajah Eden dan darah mengalir turun di kepala tu.

BANG!

BANG!

SPRANG!

Tidak semena cermin kaca yang berada tidak jauh dari tempat dia sedang berdiri tampung dirinya dari di tengelamkan dengan air pecah berderai sebaik saja di rempuh dengan seseorang. Davina yang sudah tenggelam dengan air laut yang paras dada itu pandang terkejut ke kanannya setelah lihat Eden bergayut pada bingkai cermin di situ.

"Kau menungkan apa..cepat la ke sini!"panggil Eden pada Davina yang berada beberapa meter dari dia jauhnya.

Sambil cengkam kuat tembok kecil yang ada di tepinya, Davina bersuara. "Aku tak boleh berenang."beritahunya kerana takut nak bergerak sebab air dah sampai dada dia ketika ini.. Kalau dia gerak dari tempat dia berada sekarang, silap masa dia boleh hanyut.

Eden buat muka jengkelnya. Dia lompat dari bingkai itu lalu jatuh masuk ke dalam air tersebut lalu berenang dengan tanpa masalah kerana dia memang tentera laut dan sudah terlatih dalam situasi seperti ini.

Sewaktu Davina sedia hendak mencapai tangan ke arah Eden, kaki kiri dia yang dia letakkan atas alat pemadam api yang sudah di tenggelami air itu tergelincir dan buatkan dia hilang tempat penyokong lalu tenggelam dalam air sesaat kemudian akibat arus air laut di situ. Terkapai-kapai Davina hendak timbulkan diri, namun dirinya yang tak pandai berenang itu tenggelam sepenuhnya tak lama kemudian.

Pada masa itu Eden nampak Davina tenggelam dalam air tu. Dia yang masih terikat dengan tali itu terpaksa masuk ke dalam air dan lawan arus sedaya upayanya untuk dapatkan Davina. Mujur la pada masa ini Davina di hanyutkan ke arah Eden yang mana membantu dia cepat-cepat dapatkan adiknya itu.

10 saat kemudian mereka berdua timbul semula ke permukaan. Eden peluk badan Davina dengan sebelah tangan sementara sebelah lagi di gunakan untuk dayung dirinya ke arah tingkap yang pecah tadi. Menggunakan tenaga lelakinya, Eden panjat keluar dari bangunan itu dengan mudah sebelum Tarik tali itu beri isyarat supaya mereka yang ada di atas bangunan bawa mereka naik pula.

Perlahan-lahan Eden dan Davina pun di tarik naik keluar dari air hingga tiba di tingkat empat bangunan bertentangan oleh mereka semua yang sedang menunggu di dalam bangunan sebelah.

"Kapten tak apa-apa?"

"Kenapa lama?Apa yang berlaku?"

Tanya mereka sebaik saja Eden tiba di atas bersama Davina dalam pelukan.

Jacob tolong ambil Davina dari Eden, sementara Rudy tolong bukakan abah-abah dari badan Eden pada masa yang sama setelah kapten mereka tiba dengan selamat di atas tingkat tersebut.

Eden tak sempat nak jawab sebab dia sendiri masih dalam keadaan terkejut dengan apa yang sedang berlaku. Ramai-ramai orang kenapa la Davina jugak yang dalam masalah!Tak faham dia tahu tak!

"Dia sedar tak?"tanya Eden semasa kelam kabut tarik tali yang terikat di pinggangnya.

"Tak.."jawab Jacob sewaktu baringkan Davina yang berwajah pucat di atas lantai berkarpet.

Dengan keadaan basah kuyupnya, Eden terus melutut dekat sebelah Davina dan mula beri bantuan CPR pada adiknya. Dia hembus nafas beberapa kali melalui mulut itu sebelum beri tekanan pada dada tersebut dengan kuat.

Semua di situ perhatikan dengan cemas sewaktu Eden tidak berhenti untuk sedarkan semula doctor mereka yang semakin lama semakin pucat lesi wajah tu.

Setelah empat kali cubaan, akhirnya Davina terbatuk-batuk mengeluarkan air lalu sedarkan diri.

"Uhuk!Uhuk!"muntahnya air masin dari mulut sebelum mengiring ke tepi menahan senak di dalam kepalanya ketika ini. Sakit yang dirasai ibarat seperti nak pecah otak dibuatnya. Davina pandang abangnya dengan mata kemerahan. Dia tak tahu nak rasa apa sekarang ni!

Terduduk Eden selepas tu. Dia pandang Davina dengan muka kesalnya.

26. UNKNOWNWhere stories live. Discover now