Chapter 56 : Penculikan.

1.5K 156 3
                                    

Dari melawat tasik dan taman, berjalan-jalan sekejap di shopping mall sebelum makan malam di sebuah restoran mewah, perjalanan mereka di akhirkan di sebuah panggung wayang. Davina dan Declan tonton sebuah movie yang berdurasikan selama dua jam. Bila tamat saja tayangan movie tersebut, jam sudahpun masuk 11 malam.

Keluar-keluar saja dari situ, mereka di sambut dengan hujan yang sangat lebat. Sampaikan ramai yang terpaksa bertempiaran lari untuk ke kereta masing-masing sebab di parker jauh dari pintu masuk panggung itu.

Termasuk la Davina dan Declan sendiri.

"Hujan la.."beritahu Declandari balik topeng mulutnya, yang agak terpinga sendiri sebab keretanya berada jauh dari situ.

Davina tak dengar sebab bunyi hujan dan guruh berdentum lebih kuat dari suara yang di lontarkan oleh Declan, Tamabahan pula ketika ini dia sedang termenung memandang ke langit malam yang sedang mencurahkan air hujan dengan lebat sekali di situ.

"Tunggu sini..saya ambil kereta tu. Awak jangan ke mana-mana."pesan Declan dengan kuat di tepi Davina sebelum lari dari situ meredah hujan untuk ke tempat parkir kereta. Tak lama Declan berlari, kelibatnya tidak lagi kelihatan kerana hilang di selimuti dengan air hujan.

Sedang Davina termenung memandang kosong ek ari hujan yang turun merintik-rintik di depan pintu masuk itu, cahaya lampu sorot kereta dengan terang benderangnya secara mengejut menyulut ke arah dia dari arah sebelah kanan jalan.

Dek kesilauan, Davina kemudiannya tersentak lalu angkat tangan hendak lindungkan mata dari cahaya itu. Sambil mengecilkan mata hendak pandang, dia palingkan kepala ke arah kanan jalan. Mahu lihat siapa la yang kurang ajar sangat ni suluh ke arah dia!Cari pasal ke!

Baru saja Davina pandang, sebuah van hitam bergerak mendekati dia dengan laju sebelum pintu van tersebut terbuka dan lengan tu di Tarik dengan sepasang tangan dengan mengejut hingga buatkan Davina dengan paksa masuk ke dalam van itu.

Dalam sekelip mata sahaja, pintu van itu di tutup dan kenderaan itu meluncur laju ke jalan raya dan menjauh begitu saja.

Sesaat kemudian, muncul la kereta Declan di tempat sama Davina berdiri tadi. Namun apabila Declan keluar dari kereta dengan payung, dia hanya di sapa jalan yang kosong dan ketiadaan Davina di situ. Bingung dengan keadaan tersebut, Declan pandang kanan dan kiri dia. Cuba mencari kelibat Davina. Namun tiada. Yalah mana mungkin Davina hendak pergi ke tempat lain dalam keadaan hujan begini?

"Davina!"panggil Declan dengan lantang sambil mundar mandir di depan bangunan panggung wayang itu. "Davina awak dekat mana!"panggil dia dengan cemas sewaktu palingkan kepala ke kanan dan sekelilingnya. Ke mana pula Davina telah pergi?

Teringat mungkin Davina masuk ke dalam semula untuk ke tandas, Declan tanpa berlengah pergi masuk ke dalam keretanya lalu matikan enjin dan capai kunci kereta lalu berlari masuk ke dalam bangunan tersebut. Pada masa yang sama, sambil berlari dia keluarkan telefonnya untuk cuba hubungi Davina.

Ketika berlari itu, Declan bawa telefonnya ke telinga, dia mula naik tangga untuk naik ke tingkat atas semula sambil menunggu panggilannya di jawab. Nada dering panggilan kedengaran yang mana beritahu dia panggilan dia di sambungkan, tapi tidak di jawab.

Begitu la beberapa ketika kemudiannya, Declan keliling bangunan itu sambil cuba mencapai Davina melalui panggilan tanpa putus asa. Berharap Davina jawab panggilannya. Sehingga pusat pawagam itu hendak tutup Declan cari. Setelah itu dia mengalah untuk cari di dalam bangunan tersebut. Dia mula pandu kereta dan cuba cari di sekitar kawasan itu.

Jauh dalam hatinya sepanjang masa itu, Declan hanya dapat rasakan sesuatu yang tak baik bakal berlaku!Dia tak tahu apa yang berlaku jadi hal itu buatkan dia tertekan yang amat sangat! Pelbagai persoalan bermain dalam fikirannya.

Ke mana Davina pergi?

Kenapa Davina tiada?

Kenapa panggilan dia tidak di jawab?

Davina hilang ke?

Ada orang culik Davina?

Sesuatu yang buruk berlaku pada Davina ke?

Dring!

Dring!

Telefon yang berada di tripod dashboard kereta bercahaya apabila satu panggilan masuk muncul di skrin tersebut.

Declan yang sedang memandu dan focus memandang kanan dan kiri jalan itu tekan butang jawab panggilan di stereng keretanya ."Hah..ada apa Dritan?"sapa dia dengan nada susah hati. Sekarang jugak ke Dritan call dia?Memangnya tak ada masa lain?

"Kapten dekat mana?"tanya Dritan dalam panggilan tu.

Bersama muka kesal dan bengang dia, Declan kuak rambut dia yang basah ke belakang lalu sikukan lengannya di cermin kereta dan gigit jari telunjuk sebab resah. "Kenapa?Something urgent ke?"

"Tak...saja nak tahu sebab saya ada maklumat yang kapten mahukan untuk misi kita tu nanti."beritahu Dritan.

Keluhan letih lepas dari bibir Declan setelah itu. Macam mana ni?Esok dia dah kena bertolak untuk ke pangkalan. Davina pula hilang tiba-tiba begini! "Apa maklumatnya?"

"Kapten ingat lagi misi beberapa bulan lepas semasa kita serbu satu markas dimana seorang saintis dikurung dan ditahan di situ??"tanya Dritan.

Buat seketika Declan hanya mendiamkan diri sebab cuba ingatkan balik semula misi yang di maksudkan. Saintis? "Kenapa dengan misi tu?"

"Penyelidik yang kita selamatkan tu dah sedarkan diri dari koma dia dan telah buat keterangan mengenai apa yang berlaku."luah Dritan yang kedengaran sedikit teruja semasa berkata. "Menurut keterangan beliau, dia telah di tahan sejak 27 tahun yang lalu oleh mereka di situ untuk sesuatu bernama Formula Rahsia suatu virus. Katanya lagi oleh kerana dia tak nak beri kerjasama mereka seksa dia selama puluhan tahun ini demi maklumat tersebut. Yang mana menjelaskan kenapa dia dalam keadaan parah begitujadi misi kita adalah kesan orang yang bertanggungjawab mahu mencipta virus berbahaya ni"

Declan eratkan cengkaman pada stereng kereta lepas dengar. Bunyi macam serius je. Takkan la dia nak biarkan macam tu je...tapi Davina macam mana pulak! "Siapa nama penyelidik tu?"soal dia yang kemudiannya pegang stereng dengan kedua-dua tangan sebab nak ubah Lorong.

"Rowan Callison."beritahu Dritan.

26. UNKNOWNWhere stories live. Discover now