Chapter 44 : Doktor Pilihan.

1.6K 166 2
                                    

"Oh my god~! Kau orang mesti takkan percaya ni!"

"Kenapa-kenapa?Ada apa?"

"Kau orang tahu tak...Raja Isaah datang ke hospital ni untuk jalankan rawatan buat permaisuri Kaira.."

"Hah?Serius?"

"Ya..aku Nampak tadi..heboh satu hospital pasal ni..tak cukup dengan tu..aku nampak putera mahkota sekali...oh my god!Handsome betul dia wei!!!"

"Iya ke..bestnya...aku tak tahu pun..."

"ahahahah...aku ada ambil gambarnya sekali..kau nak tengok.."

"Mana-mana tunjuk dekat aku.."

Dengan rancak jururawat dan doctor yang duduk dekat meja cafeteria itu bergosip mengenai kehadiran keluarga kerabat di raja ke hospital yang tersebar luas tak sampai setengah jam orang istana tiba di situ. Lalu di ikuti pihak media yang sudahpun memenuhi kawasan laman hospital. Namun mujurlah pihak hospital Berjaya mengawal keadaan tersebut. Dan pihak media beransur mengosongkan kawasan hospital tanpa sebarang rusuhan.

Lepas sejam giliran para pesakit pula yang hebohkan berita itu. Setelah itu siaran berita di televisyen dan mana-mana social media sebarkan berita mengenai Permaisuri Kaira yang jatuh sakit dan menerima rawatan di Hospital Univerisiti Howard Bernard ini.

Dua jam kemudian, berita yang bahawa pesakit mula berpusu-pusu masuk hendak dapatkan rawatan di hospital ini. Habis!Huru hara di buat negara hanya kerana keluarga diraja yang terkenal dengan sikap low profile dan sorokkan diri ni!

Jadi kemunculan keluarga diraja ini amat la dinantikan oleh semua orang terutama sekali pihak media. Mereka perlukan wajah dan sebarang bukti lensa supaya boleh paparkan di dada akhbar dan majalah mereka!

FLONK!

Pin pada tin minuman ditarik dengan jari telunjuk.

Pssst!

Diikuti dengan bunyi gas keluar dari mulut tin minuman tersebut.

Dengan muka kesal dan letihnya, tin minuman itu di bawa ke bibir lalu di teguk dengan rakus untuk hilangkan rasa dahaga yang di tanggung sejak beberapa jam yang lepas!

"Ahh!"luah Davina dengan lega setelah meneguk hampir separuh minuman bergas itu. Tin itu kemudiannya di letakkan dengan kasar atas permukaan meja bulat depannya. Ugh!Leganya dia! Rasa macam nak pengsa je dibuat kerjanya ini!Susah sungguh nak ada masa terluang. Ada saja kerjanya!

Untuk hilangkan rasa letihnya, Davina pun gerak sandar dengan malas ke kerusi itu lalu dongakkan kepalanya ke atas siling itu sebelum memejam mata mahu cari ketenangan. Tidak pedulikan akan suara dan perbualan orang yang ada di sekitar, dia atur nafasnya naik dan turun dengan ,perlahan-lahan dan moderate.

Terpejam saja mata dia, imej muka tu tiba-tiba muncul dekat dalam fikiran. Dengan mengejut, dia yang sendiri terperanjat terus tersentak dan duduk tegak. Matanya di buka seluas-luasnya. Rasa seperti terancam, Davina kerling kanan dan kiri dia. Nak pastikan yang lelaki tu tiada berdekatan dengannya. Hish!Teruk betul!Tak tenang dia dibuat Declan ni la!Mana-mana pasti dia akan teringatkan si berlagak tu!

Argh!

Sambil buat muka bengang, Davina hantukkan dahinya ke atas meja itu dengan perlahan dan hentak kakinya di atas lantai itu dengan jengkel!Kenapa dengan dia ni!Tak boleh ke dia berhenti dari fikirkan Declan. Lelaki tu apa?Putera?Anak raja negara ni?Jadi selama ni?Dia?Declan?Oh my gosh!Teringat dia di atas semua tindakan kasar dan kata-kata kesat yang di lemparkan pada Declan tempoh hari!

Uhhh...apa dia nak buat kali ni!

Sudahnya, satu family ada dekat dalam hospital ni sekarang!

Knock!

Knock!

Siapa pulak ni!Tak Nampak ke dia tak nak diganggu sekarang ni! "What!"bentak Davina dengan berang sewaktu mengangkat kepala dia untuk pandang siapa pengacau tak guna ni!

Jururawat Sarah kebilkan mata masa pandang Davina. "Maaf"ucapnya dengan muka serba salah.

Ugh!Dia ni ke! "Ada apa?"soal Davina dengan malas sambil capai tin minuman lalu di teguk sisa yang ada dengan perasaan berbuku jengkel.

"Doktor okay?"tanya Jururawat Sarah dengan sengih serba salahnya. "Maaf la saya tak ada niat nak menganggu pun..."

"Saya tak apa-apa.."renggus Davina setelah itu.

Jururawat Sarah pun tersenyum. "Bagus la kalau macam tu. Kalau sudi, Doktor nak ikut serta sekali saya makan tengah hari dengan yang lain? Doktor Mason pun ada sekali.."ajaknya memandangkan Davina duduk sendirian di sini. Itu yang dia datang dekat. Tangannya di aju ke arah meja dimana pasukan bedah Davina berkumpul. Menikmati makan tengah Bersama di situ.

Mata Davina ikut pandang ke arah yang di tunjukkan. Dia baru saja hendak buka mulut untuk menolak, sekali tu telefon yang ada dekat atas meja itu bergetar kuat hingga hasilkan bunyi buzz di permukaan meja tersebut.

Jururawat Sarah dan Davina pun serentak pandang ke telefon itu.

"Sorry.."ucap Davina sambil capai telefonnya.

Jururawat Sarah menggeleng lalu berkata. "tak apa. Saya faham. Mungkin lain kali. Selamat tengah hari kalau begitu."beritahu dia sambil beri tundukkan pamit meminta diri pada Davina lalu berpaling dari situ.

Sambil perhatikan Jururawat Sarah pergi dari situ, Davina jawab panggilan tu. "Ada apa?"balasnya dengan nada tak suka. Yalah siapa suka kalau yang menghubunginya ialah Kaden.

"Kau dekat mana?"tanya Kaden dalam panggilan tu.

"Asal?"balas Davina dengan kening berkerut. Ni lagi seorang. Tukang menyerabutkan lagi fikiran!

"Datang ke bilik sidang sekarang. Ada kes yang perlu di bincangkan.."maklum Kaden dengan nada tak suka lelaki tu sebelum putuskan panggilan begitu saja.

See!Davina pandang geram ke skrin telefonnya sebelum bangun dari situ dengan marah dan atur langkah ke arah lif untuk naik ke tingkat bilik sidang!Dia harap Kaden berdoa sebelum dia tiba ke situ. Sebab lelaki tu betul-betul akan dapat masalah dari dia nanti!

26. UNKNOWNWhere stories live. Discover now