Chapter 17 : Pencarian Jurnal Rahsia.

1.8K 171 1
                                    

Ketika orang lain sedang focus melakukan kerja mereka, kelihatan seorang doctor dengan renungan memerhatinya jalan melintas semua orang di situ dengan bersahaja malah sempat beri senyuman pada pesakit yang lalu di depannya. Namun senyuman di bibir serta merta hilang selepas dia jauh dari perhatian orang. Setiba saja di depan lif, dia tekan butang naik dan tunggu di situ buat sementara waktu.

Apabila pintu lif terbuka, doctor itu berjalan masuk ke dalam lif tersebut. Masuk saja di situ, butang nombor 4 di tekan sebelum butang tutup disentuh kemudiannya. lalu bersendirian la dia di dalam lif itu menunggu destinasinya tiba.

DING!

Pintu lif terbuka tidak lama kemudian. Doktor itu pun berjalan keluar dari lif dan ambil selekoh sebelah kanan koridor tersebut. Setibanya dia di depan pejabat untuk doctor bedah hospital itu, dia masuk ke dalam begitu saja.

Pintu itu di kunci olehnya setelah dia masuk ke dalam dan menghadap ruang yang dipenuhi dengan enam buah meja. Dan meja ke tiga sebelah kanan bilik itu yang jadi perhatiannya. Tanpa membuang masa lagi, telefon bimbit yang ada di dalam poket kotnya di keluarkan. Dia sentuh itu dan ini di skrin tersebut sebelum di tekap ke telinganya.

Tut!

Tut!

Tut!

Untuk seketika nada panggilan kedengaran sebelum ia di jawab oleh si penerima sesaat kemudian.

"Hello?Saya dah ada dalam pejabat dia sekarang.."beritahunya sewaktu tiba di meja mangsanya.

"Cari jurnal tu...ada tak?"

"Dekat mana?"

"Mana la saya tahu...kamu dah ada dekat situ kan..cari la."

Dia yang dengar pun duduk dekat kerusi di situ. Mana-mana saja yang dia rasa buku atau apa saja jurnal yang dimaksudkan boleh di simpan, dia cari dan selongkar.

Bila dah check semua bahagian atas meja dan bekas yang terletak di situ, dia gerak ke laci pula. Ada dua bahagian laci di meja tu. Di sebelah kanan ada tiga laci. Dia buka setiap satu tanpa halangan. Dan sayangnya ketiga-tiga laci tu tiada apa yang dia mahukan.

Dalam kepalanya hanya ada satu perkataan saja.

JURNAL.

Jurnal yang mengandungi maklumat yang diperlukan oleh tuannya. Dan kalau dia gagal perolehkannya, hidupnya yang jadi pertaruhan.

Lantas dia gerak ke laci sebelah kiri pula. Terdapat dua buah laci saja. Dia buka laci atas sekali. Di dalamnya hanya terdapat bekas makanan dan snek ringan. Jadi dia tak ambil masa untuk check dengan lama. Dia gerak ke laci bawah serta merta. Sekali bila dia hendak tarik, laci itu tidak berganjak keluar dari situ.

Ketika ini la dia yakin bahawa jurnal yang dia cari selama ini tersimpan di dalam laci yang berkunci ni!Assa! Boleh la dia dapat kenaikan gaji selepas ni.

Tak nak buang masa yang terhad ni, dia seluk tangan ke dalam poket jubah doktor yang dipakai lantas mengeluarkan dua set bobby pin dari situ. Bobby pin itu diluruskan menjadi panjang. Menggunakan hujung besi kedua-dua bobby pin itu, dia until lock laci tersebut.

Dengan cekap, lock laci itu pun terselak. Dan laci itu berjaya di buka. Sambil menarik sengih bangga dan senang hati, dia tarik keluar laci tu.

Bersemangat nak tengok jurnal tu, dia pandang penuh semangat. Sekali tu....hmph!Hampeh.

Laci berkunci ni kosong!

Jurnal tak ada.

Habuk pun tak ada.

Jatuh terduduk dia di lantai tu kerana tak terkata. Serius la! Bersungguh dia cuba kopak kunci laci ni!

Last tu tak ada apa-apa!

Brit!

Brit!

Brit!

Merasai getaran melalui telefonnya,  dia pandang skrin telefon dengan lemah longlai tiada tenaga. Sebaik dia melihat ke skrin tangannya jatuh semula ke bawah. Tidak kuas hendak menjawab panggilan tu.

Yalah, kalau dia jawab atau tidak apa bezanya. Dia tetap bakal di marahi kerana gagal sekali lagi.

Mana aje la perempuan ni simpan jurnal ni? Hah!Apahal susah sangat nak cari! Jenuh tahu tak dia menyelongkar dan mencari buku tu!

Brit!

Brit!

Brit!

Sekali lagi telefonnya bergetar-getar dalam cengkamannya itu. Buatkan dia hampir hendak sumpah seranah di situ.

Ugh!Rimas betul la dia kalau lama-lama macam ni. Laci itu di tutup semula sebelum dia bangun dari situ. Susun semula apa yang dia sentuh pada kedudukan asal dengan lekas sebelum gerak keluar dari ruang pejabat itu serta merta.

26. UNKNOWNWhere stories live. Discover now