Chapter 10 : New Comer.

1.9K 200 0
                                    

Seminggu kemudian.

Pangkalan Utama Ketenteraan Diraja. Pangkalan latihan dan operasi dimana semua para tentera dan pasukan ditempatkan. Tempat dimana segala kegiatan di jalankan untuk memastikan keselamatan negara terjamin. Oleh kerana ia didanakan oleh badan diraja, maka pangkalan ini di lengkapi dengan segala kelengkapan yang mewah dan berkualiti tinggi.

Dari pesawat juang, jet, kapal selam, helicopter, pesawat perang, jentera dan segala jenis kenderaan darat semuanya custom made dan khas untuk petugas di tempat ini saja. Bukan setakat itu sahaja semua jenis senjata dan alat komunikasi mereka antara yang tercanggih dan paling berkualiti tinggi. Semua ini diselaraskan dengan kualiti para tentera di sini jugak!

Tempat ini terdapat empat bangunan. Tiga darinya setinggi 10 tingkat, satu lagi adalah headquarters setinggi 20 tingkat. Terdapat dua buah Gudang besar dan satu lapangan terbang yang seluar beribu hektar persegi.Di dasar laut terdapatkan ruang operasi rahsia khas untuk pasukan tentera laut menjalankan latihan. Dan camp base ini terletak betul-betul berada di tengah laut yang di sempadankan dengan beberapa buah negara. Dan merupakan tempat yang paling di kawal ketat di kepulauan itu.

Platun operasi terbahagi kepada empat kategori, iaitu pasukan tentera darat, tentera Udara, tantara laut dan pasukan khas di raja sendiri. Semuanya mempunyai tempat di situ dan menjalankan latihan Setelah menerima laporan mengenai kehadiran pesawat terbang, mereka yang bertugas menyambut kehadiran pendatang baru pun keluar dari bangunan dan bertapak di laman lapangan terbang pada tengah hari itu. Berdiri saja mereka di situ, sebuah kapal terbang perang pengangkut mula bergerak mendarat beberapa meter dari tempat mereka menunggu.

Deru angin dan bunyi enjin mula memekakkan gegendang telinga taktala kapal terbang perang mendarat di situ.Sebaik saja ia selamat di parkir pada tempat yang sepatutnya, kokpit belakang pesawat itu pun terbuka. mendedahkan laluan keluar dari situ untuk para penumpangnya.

Tiga orang lelaki yang mengenakan seluar askar dan t-shirt round neck di situ kecilkan mata dari balik cermin mata hitam yang terpasang di muka mereka untuk lihat dari kejauhan.

"Kau rasa dia orang bagi kita pasukan perubatan yang cikai- cikai ke?"

"Kalau ya...aku sanggup hantarkan dia orang balik ke tempat dia orang..."

"Kau ingat lagi pasukan perubatan yang tolong kita untuk misi di Kazahkstan hari tu?"

"Oh..aku ingat...doctor tu muntah lepas tengok orang di bunuh depan mata dia."

"Hahha...kelakar pulak aku ingatkan balik"

Borak mereka bertiga ketika perhatikan beberapa orang lelaki dan perempuan yang mengenakan pakaian biasa keluar dari perut pesawat itu.

"Kau dah beritahu Declan pasal hal ni?"

"Dah...tapi dia ada urusan..jadi dia tak sempat nak datang."

Sedang mereka sibuk berbual, Sembilan orang pasukan perubatan yang dipindahkan dari beberapa buah hospital terkenal itu pun tiba di depan mereka semua di situ.

Seperti sekelompok kambing biri-biri yang tunggu giliran hendak di cukur bulunya, para doctor dan staf perubatan di situ pandang dengan perasaan gusar dan gemuruh bila berhadapan dengan abang-abang tentera bertubuh sasa dan kelihatan intimidating di depan mereka itu.

Seorang doctor lelaki berambut hitam menutup dahi dan bercermin mata pandang dengan reaksi takut dia apabila terpandang akan tiga lelaki di depannya. Sementara dua orang jururawat yang ada dekat depan sekali dah tersengih seperti kambing berjanggut depan. Baki yang lain hanya sibuk pandang kanan kiri ingin tahu, ada yang buat muka bosan tak berminat, ada yang sibuk sapu sunscreen di lengan dan leher takut hangus dekat situ, dan ada yang hanya berdiri di situ menggunakan telefon membelek sesuatu.

"Semua dah ada di sini?"laung abang tentera dekat tengah-tengah tiga orang tu dengan lantang.

Melompat terkejut semua staf perubatan di situ dek suara lantang tu. Yang sibuk buat kerja tadi terus berdiri tegak seperti mereka kadet baru belajar. Kecuali seorang tu je yang sikit tak terkutik apa lagi beri reaksi untuk apa yang berlaku di sekelilingnya ketika itu.

"Dah!"sahut mereka teragak-agak dan seorang demi seorang.

Abang tentera yang ada di sebelah kanan tarik sengih meleret mahu ketawa bila lihat reaksi mereka di situ. "Baik...ada peraturan yang kau orang semua kena ambil berat sebelum masuk ke sini.."

"Terlebih dahulu, biar kami perkenalkan diri pada awak semua.."sampuk abang tentera sebelah kiri pula.

Dan bila mereka bertiga dengan serentak tanggalkan cermin mata, hampir seluruh staf wanita di situ ternganga dan buat muka tergamam kerana terpana akan visual yang di miliki oleh mereka bertiga.

Disebabkan mereka bertiga sedar yang diri mereka kacak, sikit pun tak buatkan mereka terkutik akan reaksi yang diberikan oleh pendatang baru di depan mereka. Yalah dalam tempat ni ramai lagi yang kacak, bukan mereka saja. Nanti dah biasa, mungkin mereka takkan hairan dengan mereka.

"Saya Staf Sarjan Garvien."beritahu abang tentera yang ada di tengah.

"Hai...saya Connall.."ujar abang tentera sebelah kiri.

"Dan aku, Dritan."beritahu abang tentera sebelah kanan pula.

Dan mereka semua di situ hanya dengar dengan mulut ternganga.

"Kalau macam tu...masa untuk peraturan-peraturannya pula."ujar Garvien dengan tangan di belakang badan dan dada mendabik ke depan penuh aura dominannya.

Seperti anak kena marah dengan bapak, mereka di situ telan air liur hendak sediakan diri untuk apa saja yang bakal mereka dengar sebentar lagi.


p/s. sorry kalau ada banyk typo. jari gemuk. jd tertekan entah apa2. nnt ada masa tinta try edit ya^_^

26. UNKNOWNWhere stories live. Discover now