Chapter 28 : Back up Team.

1.7K 189 2
                                    

Dua buah helicopter terbang di atas kawasan perkampungan tempat mangsa bencana tinggal. Deru kuat dari kipas helicopter tersebut telah membuatkan ramai orang yang di luar mahupun di dalam khemah sibuk mendongak hendak lihat siapa yang datang.

Dua helicopter tersebut kemudiannya mendarat dengan selamat di kawasan lapang tidak jauh dari kawasan khemah-khemah di situ.

Declan dan yang lain termasuk pasukan perubatan mereka berdiri di situ untuk lihat dan sambut kedatangan pasukan baru yang dihantar ke sini untuk bantu mereka. Pasukan yang Declan minta sendiri pada kerajaan untuk diaturkan ke sini bagi membantu pasukan perubatan yang ada supaya cukup kakitangan. Bukan senang dia nak aturkan semua ni. Baru hari ni mereka dapat tiba ke sini.

Terbuka saja pintu, keluarla beberapa orang lelaki dan perempuan berpakaian jubah doctor dan uniform jururawat dari dua buah helicopter tersebut.

Sembilan orang pendatang baru itu jalan dalam satu kumpulan sebelum berhenti di hadapan Declan dan Juliet. Mereka saling bertukar renungan sebelum seorang dari mereka hulur tangan mahu berjabat.

"Kaden Howard...ketua pasukan."beritahu doctor lelaki itu kepada Declan.

Declan sambut tangan itu lalu dijabat sekejap. "Declan Alastair. Kapten pasukan keselamatan di sini."beritahunya.

"Dan mereka semua adalah pasukan perubatan dari beberapa buah hospital lain yang diminta oleh kerajaan untuk ke sini.."aju Kaden lagi sambil tunjuk ke meraka yang sedang berdiri di belakang mereka.

Anggukan sapa diberikan oleh Declan selepas dia kerling setiap seorang itu dengan sekilas pandang saja. "Kalau macam tu...kamu semua boleh jalankan tugasnya...mereka akan pimpin tempat dimana pesakit dan ruang rawatan berada"beritahunya sambil tunjuk akan doctor dan jururawat pasukan perubatannya yang ada di situ.

Kaden beri anggukan kecil lalu ikut langkah Jururawat Natasha yang sedia hendak tunjuk jalan. Lalu di ikuti dua lagi staf yang sama dari hospital Kaden di belakang. Sementara baki enam lagi di pimpin oleh jururawat dan doctor lain.

"Dua khemah di depan ini adalah bilik operasi, tiga di sebelah kiri pula adala penempatan mangsa yang hilang tempat tinggal mereka...yang dua sebelah kanan ni adalah khemah untuk pesakit luar"beritahu Natasha pada mereka bertiga dengan lekas. Eloknya cepat selesai, cepat mereka dapat jalankan tugas. Memandangkan doctor dan jururawat lain sudah penat sangat. Sampai ada yang tak sedarkan diri sebab penat sangat.

"Tempat untuk doctor menginap dimana pulak?"tanya Doktor Hanna yang berada di sebelah Doktor Kaden ketika itu.

Tersentak Natasha. Dia yang dengar berpaling sekejap untuk pandang akan doctor itu. Sekali lepas dia pandang, perasaan dia terus beritahu doctor wanita ini mesti mempunyai perangai tidak menyenangkan. "Ada...di sini.."tunjuk dia ke arah depan.

"Tunjuk..saya nak tengok"arah Doktor Hanna dengan renungan judging dia. Rasa jijik dan tak suka dengan persekitaran basah dan tak terurus di tapak bencana itu. Loya tekak di buatnya! Kalau bukan kerana dia nak tunjuk muka pada Profesore Vernon tak adanya dia ke sini susahkan diri.

Doktor Kaden dan seorang lagi jururawat wanita yang ada di situ tidak bersuara. Mereka hanya diam memerhati keadaan sekeliling yang begitu kasihan dan tersedak itu.

Tidak lama berjalan, mereka tiba di sebuah khemah dimana para staf perubatan menginap untuk berehat dan tidur sepanjang masa mereka di situ. "Di sini tempatnya.."dia selak plastic yang menjadi pintu penutup untuk khemah tersebut.

Doktor Hanna terlebih dahulu yang masuk lalu di ikuti oleh Doktor Kaden kemudian jururawat natasha dan seorang lagi jururawat dari belakang. Masuk saja ke ruang itu, perkara pertama yang Hanna Nampak ialah deretan katil tentera yang tersusun dalam bentuk tiga barisan dalam khemah yang luas di situ. Lalu almari plastic yang tersusun di tepi sebelah kanannya pula. Dan bila dia palingkan kepala ke kiri khemah, dia ternampak seseorang sedang terlantar dengan stand IV drip di sebelah katil tersebut.

Sambil berkerut kening, Hanna pun bersuara. "Siapa yang terlantar tu?"tanya dia.

Jururawat Natasha tersentak. Dia cepat-cepat berdiri di depan tiga orang pendatang baru itu menghadang katil Davina. Tidak mahu mereka buat bising atau menganggu waktu rehat doktornya ini. "Maaf ya...Doktor Davina dia tak sihat kerana overwork selama seminggu ni tanpa rehat. Jadi dia perlu terima rawatannya terlebih dahulu."

Kaden yang dengar terus pandang ke Jururawat Natasha. Siapa!?Davina? Keningnya terangkat sebab terkejut. Davina ada dekat sini? "Dia kenapa?"soalnya semasa gerak hendak ke katil tu.

Jururawat Natasha halang Doktor Kaden dengan reflex. Dah kenapa pulak doctor ni sibuk tanya! Tak dengar dia beritahu apa tadi. "Maaf..kalau doctor berdua tak kisah..boleh kita ke khemah pesakit sekarang?Ada yang perlukan perhatian di sana."minta dia dengan nada hormat. DIa tak mahu suara mereka bangunkan Doktor Davina. Dia nak Doktor Davina rehat secukupnya memandangkan doctor ini telah bertungkus lumus tanpa rehat untuk beberapa hari ni.

Kaden yang tak nak dengar kata itu tolak Natasha ke tepi lalu tiba di tepi katil itu. Tunduk saja dia ke orang yang terlantar di situ, wajah lena Davina terus di pandangnya dengan kening berkerut. Dia ingatkan Davina berada di pangkalan ketenteraan. Kenapa boleh ada di sini pulak!?

26. UNKNOWNWhere stories live. Discover now