Chapter 49 : The Crew.

1.5K 182 11
                                    

Sarah yang dengar tarik sengih meleret bangga dia.Dia memang pandai buat kerja. Baru tahu ke!?"Siapa yang akan ganti tempat Mason kalau macam tu?"

Davina tidak jawab. Namun tak lama lepas tu baru dia bersuara. "Beritahu Janice dengan yang lain, aku akan ubah doctor pembantu. Tapi jangan beritahu Mason."jawab Davina dengan nada mendatar dan perlahan tanpa memandang Sarah. "Biar dia tahu sendiri masa hari pembedahan nanti."

"Apa kau nak buat dengan Mason lepas ni?"soal Sarah lagi.

DING!

Pintu lif terbuka dan Davina keluar dari situ lalu diikuti Sarah di sisi. Mereka berdua mula jalan seiring merentasi koridor yang sibuk dengan orang dan pesakit lalu Lalang di situ. Setibanya mereka di Lorong koridor yang membawa mereka ke pejabat Davina, mereka jalan masuk ke situ dan menghampiri pejabat tersebut.

Berdiri saja di depan pintu itu, Davina berhenti di situ sambal memegang tombol pintu tersebut dia pandang ke Sarah.

Sarah ikut memandang Davina dengan kening terangkat. Menanti apa yang bakal rakannya katakan kepada dia.

"Kita kena dapatkan apa saja rahsia yang dia simpan mengenai Profesor Vernon. Lepas tu kita buatkan dia tikam belakang Profesor Vernon sendiri. Buat apa nak kotorkan tangan kalau dah ada orang lain yang boleh lakukannya."

"Macam mana?Kalau kita berdua, aku tak rasa ianya kerja yang senang.."beritahu Sarah dengan perlahan.

"Sebab itu aku bawa krew kita ke sini.."beritahu Davina sambil tolak pintu pejabat itu ke dalam dengan sengih meleret penuh muslihatnya.

Terbuka saja pintu itu, mata Sarah terarah pada dalam bilik tersebut. Dia pandang akan dua orang yang berdiri di situ. "Oh my god..Kai!Natasha!"sebut dia dengan girang lepas tengok dua orang rakan lama univerisiti mereka di situ.

Kai dan Natasha yang lihat ikut tersenyum. Mereka hulur tangan menyambut sapaan Sarah. "Hai..!"

Davina tutup pintu itu lalu di kunci. Seusai itu dia pandang Kai dan Natasha. Seterusnya, kenalkan rakan subahat Davina. Kai Hades. Anak kepada professor yang turut terbunuh kerana menjadi mangsa formula rahsia ayah Davina. Mereka bertemu di university. Kai sendiri yang temui Davina dan beritahu siapa dirinya. Niat Kai nak tanya apa yang berlaku pada ayah dia sekali tu mereka berakhir menjadi rakan sehingga tamat belajar.

Sementara Natasha adalah rakan satu akademi jururawat dengan Sarah. Mereka bersahabat baik dan sama-sama mahu membantu Davina untuk selesaikan isu ini. Jadi mereka berempat sama-sama jalankan siasatan dan mencari apa saja sumber yang menjurus pada kes kematian dan punca kemalangan yang menimpa ibubapa Davina serta Kai.

Mengenai pertemuan mereka di Pangkalan Diraja Declan pula hanya kebetulan saja. Mereka tak sangka akan turut sama disertakan dalam pasukan perubatan tersebut. Tak nak rosakkan apa yang mereka rancangkan. Davina hanya sibukkan hal sendiri. Begitu juga Natasha dan Kai. Mereka berpura-pura tidak kenal antara satu sama lain.

Kes di kem bencana pula...Kai dan Sarah jugak terlibat.

Pada hari kejadian, Hanna tertangkap sewaktu menyelongkar almari Davina, dan Davina tolak Hanna jatuh dari cenuram itu, semuanya hasil intipan Kai serta Sarah la. Sebab itu Davina boleh tahu apa akan terjadi dan kenapa pesakit tu muncul.

Dan pada malam Davina menerima rawatan, Kai yang tarik Sarah dari tepi khemah tu untuk dapatkan barangan Hanna dan hapuskan segala maklumat mengenai Hanna. DIsebabkan tindakan mereka ini la, Declan mahupun Eden sendiri tak dapat nak cari maklumat siapa Hanna sebenarnya. Ini kerana Kai dan Sarah masing-masing godam sistem dan padam semuanya profile melibatkan Hanna. Segalanya telah di rancang dari awal selepas kejadian itu berlaku! Mereka berbuat begitu sebab tak mahu sesiapa ganggu rancangan mereka atau masuk campur.

Selesai berjabat tangan dan bertanya khabar, tiga orang itu berpaling memandang Davina. Bersedia menerima arahan dari ketua kumpulan itu.

"Apa rancangan kau sekarang Davina?"soal Kai.

Dengan renungan dingin dan wajah tanpa emosinya. Davina pandang mereka bertiga. "Kita selamatkan Permaisuri Kaira dulu. Kau orang berdua akan menyamar menjadi ahli pasukan bedah aku. Memandangkan tak ada sesiapa dalam hospital ni boleh di percayai, aku tak nak apa-apa terjadi masa pembedahan tu dijalankan."

"Tak bahaya ke?Macam mana kalau kita orang tertangkap?"soal Natasha pula.

"Jangan risau...aku akan uruskan yang lain."beritahu Sarah.

"Declan ada dekat sini?Tak apa ke?"tanya Kai lagi.

Davina tarik sengih meleretnya. "Aku dah uruskan dia. Jangan risau. Sekalipun kita tertangkap. Aku jamin identity kau orang takkan terdedah."beritahu dia yang terus teringat scene kiss dia di bilik siding siang tadi.

"Kalau macam tu kau kena briefing kita orang kes apa yang kita orang akan handle nanti."beritahu Kai.

"Sure.."angguk Davina yang palingkan kepala ke meja kerja Mason yang berada di tepinya ketika itu. "Sekarang masa untuk kerja. Geledah semua yang ada dekat meja tu dan jangan ada yang tertinggal."beritahu dia.

Natasha, Kai dan Sarah dengan serentak ikut pandang ke meja Mason.

"Aku akan lengahkan Mason dengan pura-pura nak bincang tentang pembedahan tu nanti.."kata Davina yang berpaling semula ke arah pintu. "Kau orang ambil masa yang kau orang nak...lepas siapa mesej aku."kata dia sambil buka selak pintu itu semula dan tarik daun pintu tersebut sebelum keluar dari situ meninggalkan tiga orang itu.

Tertutup saja pintu itu, tiga orang itu saling memandang antara satu sama lain lantas tersenyum jahat. "Aku suka buat kerja baik dan jahat pada masa yang sama.."ujar Natasha ketika itu. Kai dan Sarah yang dengar hanya geleng kepala tak percaya dengan komen itu sebelum gerak mendapatkan meja kerja Mason dan mulakan kerja menggeledah mereka.

26. UNKNOWNWhere stories live. Discover now