Chapter 59 : The Crew Part 2

1.4K 152 0
                                    

Selepas bercerita, Vernon diam seketika mahu melihat reaksi Davina. "Jadi...kamu dah dengar semuanya. Sekarang beritahu saya...dimana saya boleh dapatkan jurnal tu?"

Sambil buat muka bersahaja tiada emosinya Davina pandang ke Vernon. Jadi selamani bukan ayahnya yang terlibat kemalangan tapi ibunya saja. Dan sekarang ayah dia masih hidup cuma tak tahu dekat mana keberadaan lelaki tu? Ayah dia masih hidup? "Di mana ayah saya kalau macam tu?"tanya dia selepas itu.

"Bukan itu perjanjiannya."deram Vernon.

"Said it or nothing."jawab Davina dengan nada mendatar.

Jengkel kerana dicabar oleh anak muda di depannya itu, Vernon bangun dari duduknya lalu dekati Davina sebelum menampar pipi kanan tersebut sekuat hati dia sehingga menyebabkan kepala Davina berpaling laju ke tepi!

"Wah!Perempuan ni memang pandai buat orang marah betul!"Vernon mencekak pinggang bila takat didih kesabaran dia meledak bila lakonan dia untuk tunjuk baik pada Davina di pandang rendah oleh Budak tak guna di depannya ini. "Hoi!"dia kemudiannya turunkan tangan ke sisi dan pegang bawah dagu Davina untuk di palingkan muka tu supaya memandang dia.

Sama seperti tadi, Davina sikit pun tak tunjukkan ekspresi di wajahnya walaupun pipi yang di tampar tadi sudah kemerahan dan tepi bibir itu berdarah. Dia hanya pandang kosong ke Vernon.

"Aku tak ada masa yang banyak untuk di buangkan pada Budak hingusan macam kau ni!Beritahu aku SEKARANG!"jerkah Vernon di ayat terakhirnya.

Baru la Davina Tarik sengih sinis dia. Mengejek akan reaksi Vernon. DIa tahu Vernon hanya berpura-pura baik depannya tadi. Dan memandangkan sikap sebenar lelaki ni dah muncul, baiknya dia tuang lagi minyak atas api yang tengah menyala sekarang ni.Dengan kasar dia gerakkan kepala dia supaya dagunya di lepaskan.

Dan setelah tangan Vernon jatuh dari dagu itu, Davina pun berkata dengan nada dinginnya

"Dah bakar."

"Apa?"kening Vernon berkerut marah. "Dah bakar?"

"Uh."angguk Davina. "Nak buat macam mana?"cabar dia.

"Kau!Kau memang nak sangat mati ya?"tanya Vernon sebelum palingkan kepala ke sisi dengan muka tak percayanya. Lalu dia kepal penumbuk di tangan kanannya dengan erat sebelum pandang semula ke Davina. "Beritahu aku betul-betul!Jangan nak gurau dekat sinI!"bentaknya semula.

"Saya cakap betul la ni...jurnal tu saya dah bakar."beritahu Davina.

Berketik rahang Vernon selepas itu. "PEREMPUAN TAK GUNA!!"Dia dengan berang angkat kakinya lalu menendang dada Davina hingga buatkan tubuh itu jatuh ke belakang Bersama-sama dengan kerusi yang terikat di badan tu.

BANG!

Terhentak kuat kerusi kayu tu di atas lantai tersebut. Sementara Davina hanya mengaduh kesakitan dalam diam kerana sebu dek tendangan tadi. "Uhuk!"batuknya setelah itu.

Bersama nafas naik turun yang kencang, Vernon pandang ke lantai dimana Davina berada. Orang dah bayar dia untuk formula tu!Dan sekarang perempuan ni kata apa?Dah di bakar!Memang cari pasal betul! "Kau tahu tak betapa susahnya nak hasilkan formula tu dan kau kata apa?BAKAR!Berpuluh tahun aku tunggu semata untuk nI!"

Davina ngiringkan badan dan kerusi Bersama ke tepi untuk kurangkan rasa sakit yang ada di dadanya ketika itu sebelum ternampak Vernon berdiri di situ dengan pistol dekat tangan. Harap-harap orang tua ni takkan tembak dia!

Bersama langkah marahnya, Vernon dapatkan Davina. Dia tunduk mengenggam rambut tu lalu di Tarik untuk bangunkan Davina yang terikat pada kerusi tu dari lantai. Tegak saja kerusi itu di situ, Vernon rentap kepala tu supaya dongak ke atas dan memandangnya. Lalu dia pandang ke muka tu dan berkata.

"Kau tahu!Sebab kau aku tak dapat nak teruskan rancangan aku untuk musnahkan Bernard...sebab kau aku kena ubah pelan untuk dapatkan kau dulu...dan sekarang kau beritahu usaha aku hapuskan Rowan dan Hades demi dapatkan formula ni sia-sia?HAH!Kau fikir ni gurauan?Aku dah terima bayaran untuk formula ni!!"luah Vernon dengan berang.

Dengan nafas tertahan-tahan, Davina pandang ke ke Vernon tanpa berkedip sedangkan suara lelaki tu begitu kuat dan dekat dengan muka dia.

"Memandangkan kau dah main kasar macam ni, apa kata kalau aku proceed ke rancangan seterusnya iaitu hapuskan keluarga Bernard dan legasinya sekali?"ujar Vernon sebelum tarik sengih jahat di bibir.

26. UNKNOWNWhere stories live. Discover now