Chapter 41 : The Spy 2

1.7K 180 7
                                    

Berlepas saja helicopter itu, Eden berpaling ke arah bertentangan dan berjalan pergi dari lapangan berlepas itu dengan langkah bersahaja. Lalu tangannya di seluk ke dalam poket seluar tenteranya untuk keluarkan telefon dari situ.

Tanpa berhenti dari berjalan, tanganya menyentuh skrin telefon buat seketika sebelum bawa telefon ke telinganya. Setelah itu dia seluk sebelah lagi tangan ke dalam poket seluar lalu memandang ke depan. Menunggu panggilannya di jawab.

Setelah Eden berjalan di tiba di bangunan dimana tentera laut di tempatkan. Pintu kaca automatic di depannya terbuka dengan sendiri sewaktu dia tepat tiba di situ. Langkah yang luas dan berderap senyap itu pun memijak lantai berjubin sewaktu panggilan tersebut di jawab.

"Hello?"sapa si pemanggil.

"Maaf menganggu. Saya hanya ingin maklumkan yang Davina sudah pun bertolak sebentar tadi."beritahu Eden semasa dia mula mendaki anak tangga berpusar untuk naik ke tingkat atas.

"Bagaimana siasatan kamu?"

"Masih sama. Tiada perubahan. Apa yang saya dapat tahu, kedudukan Davina sudahpun terdedah sejak awal tahun lepas...selepas dia disiarkan di televisyen untuk kertas tesis mengenai tumor entah apa-apa tu rasanya.."beritahu Eden lagi sambil daki anak tangga itu.

"Bukan ke saya minta kamu untuk cover identity dia?"

"Buat tu memang buat...masalahnya musuh dia ni bukannya seorang dua tuan. At least saya cuba."keluh Eden apabila dua orang staf jalan melewatinya lalu beri tabik hormat seperti biasa. Dia yang lihat hanya buat muka berlagak tak kisah. Sebab yang patut hormat dia adalah orang bawahan, bukan dia orang atasan hormat orang bawahan pula.

"Kalau begitu saya minta kamu untuk lengahkan mereka seboleh yang mungkin...selagi jurnal tu tiada pada tangan saya. Selagi tu kamu perlu lindungi Davina dari mereka.."

Eden menjuling mata menyampah. Hampir hendak mengerang kejengkelan sebaik mendengar permintaan itu. Dari dulu sampai sekarang entah apa nasib dia ya?Kena lindungi Davina sepanjang masa. Menyusahkan betul la perempuan tu. "Saya tak janji. Saya buat mana yang mampu."beritahu dia.

"Eden...saya tak percayakan sesiapa kecuali kamu sekarang ni...kalua bukan kamu siapa lagi. Apapun pastikan semuanya ikut rancangan yang telah di tetapkan. Sehingga jurnal itu jatuh ke tangan saya, setelah itu tugas kamu selesai."

Sampai saja dia puncak tingkat tiga, Eden berhenti dari mendaki, dia berasa pelik lepas memikirkan balik semua yang berlaku sejak ke belakangan ni. "Tunggu sekejap...Tuan Bernard...saya bukan nak bersikap kurang ajar atau apa okay...tapi boleh saya tahu...sekarang ni Kaden ke Davina anak tuan sebenarnya ni?Kenapa tuan lebih protective pada Budak menyusahkan tu dari anak sendiri?"

Suara orang ketawa kedengaran dalam panggilan tu.

Edensambil buat muka jauhkan telefonnya itu dari telinga. Dia pandang pelik ke skrin telefon dengan kening berkerut. Apahal pulak dengan orang tua ni?Dia cakap sesuatu yang lucu ke?Telefonnya di bawa ke telingan semula.

"Kenapa tuan ketawa?"tanya Eden lepas tu.

"Mereka berdua anak saya, ayah Davina banyak berjasa pada saya. Kalau tidak mananya saya mintak keluarga kamu ambil dia sebagai anak angkat untuk di jaga. Saya tahu saya banyak berhutang budi dengan keluarga kamu kerana tolong besarkan Davina selama ni, tapi kamu kena ingat banyak lagi hutang kamu terhadap saya...saya yang tolong support kos perbelanjaan sakit ayah kamu...ibu kamu, pembelajaran kamu sehingga kamu Berjaya menjadi seorang pegawai tinggi..takkan la tengokkan Davina pun jadi masalah?"cerita Bernard dalam panggilan.

Yalah!Semuanya Davina...balik-balik Davina. Sampai ke sudah Davina. "Memangnya penting ke jurnal tu?Kalau tuan dah jaga dia selama ni, kenapa tuan tak mintak aje dengan dia terushabis cerita."tanya Eden yang kembali menyambung perjalanannya untuk ke tingkat atas semula.

"Ianya tak semudah tu...sekalipun saya dapat jurnal tu, saya masih perlukan Davina untuk tu. Sebab virus tu perlu dicipta Bersama dengan antidotnya sekali.."ujar Bernard dalam paggilan.

Kening Eden berkerut lepas dengar. Dia perlahankan langkahnya dari mendaki tangga sebelum berhenti sepenuhnya di situ. "Apa maksud tuan?"

"Dalam jurnal tu ada formula rahsia untuk cipta satu virus yang boleh di gunakan sebagai senjata dan juga penyelamat. Dalam masa yang sama, dalam darah Davina terdapatnya antidot untuk virus tu. Jadi saya perlukan kedua-duanya sekali...kerana itu memastikan keselamatan Davina adalah keutamaan saya."jelas Bernard lagi. "Kamu faham sekarang?"

Berdengus tak percaya Eden mendengarnya. "Kalau dah tahu berbahaya kenapa di cipta,.Pelik-pelik betul la manusia zaman sekarang.."komenya yang kembali mendaki tangga.

"Awalnya ayah Davina dan saya sama-sama cipta virus ni untuk bantu system perubatan. Tapi ada orang jahat yang mahu gunakan ia sebagai senjata berbahaya. Dan gara-gara mahu lindungi formula itu, ibabapa Davina korbankan nyawa mereka...sepatutnya semua itu terjadi pada saya, tapi ayah Davina jadikan dirinya sebagai umpan untuk selamatkan saya. Mahu tak mahu saya berhutang nyawa pada Davina untuk semua ni. Apapun jurnal dan formula tu tak penting buat saya Apa yang penting sekarang adalah memastikan keselamatan Davina. Itu saja yang saya mahukan. Boleh kamu lakukan hal tu?"

Kalau dia tak nak mahu ke orang tua ni dengar!?"Ya-ya...saya faham. Saya buat sedaya mampu saya untuk alihkan perhatian saya...tapi biar saya beritahu tuan awal-awal...siapa pun manusia bergelar 'Unknown' ni...dia bukan sebarangan...saya dapat rasakannya jauh dari dalam hati saya ni. Jadi hati-hati la dekat sana tu.."pesan Eden dengan ikhlas.

"Ahahaha..kelakar la kamu ni...cakap macam nak cari gaduh...tapi dengar macam ambil berat. Mana satu sebenarnya?"ketawa Bernard.

"Ya itu je dari saya. Nanti ada apa-apa saya call tuan, tak pun tuan call saya." pamit Eden setelah dia tiba di depan pintu pejabatnya.

"Terima kasih Eden.."ucap Bernard sebelum panggilan itu di putuskan oleh beliau.

Eden pun tolak pintu pejabatnya ke dalam dan masuk ke situ.

26. UNKNOWNDove le storie prendono vita. Scoprilo ora