Chapter 21 : Terperangkap...!

1.7K 180 1
                                    

Beep!

Beep!

Beep!

Lampu merah mula memenuhi ruangan tidur dimana Davina masih berada apabila mentol yang melekat pada penjuru siling bilik tersebut bercahaya sejak tadi. Bunyi bising tersebut diselang selikan dengan bunyi deru angina dan hempasan ombak yang sangat jelas di dengar melalui tingkap kaca yang ada di bilik tersebut, betul-betul menghadap ke laut.

Tangan Davina yang terjuntai keluar dari katil itu bergerak-gerak setelah lenanya terkutik. Oleh kerana terganggu dengan bunyi bising tersebut, akhirnya dia terjaga dari lenanya yang nyenyak gara-gara ubat yang diambil sebelum hendak tidur tadi.

Dengan mamai, eye mask yang menutupi mata itu di tarik jauh dari mata oleh Davina sebelum dia terkedip-kedip hendak soberkan diri. Jelas saja pemandangannya, cahaya lampu berkelip-kelip rancak perkara pertama yang dia tengok.

BEEP!

BEEP!

BEEP!

Tanpa henti bunyi tersebut terus menerus memenuhi bilik itu.

Dengan cemas, Davina pandang kanan dan kirinya ingin cari tahu apa yang berlaku. Namun tiada apa-apa. Jadi dia gerak turun dari katilnya sambil tertanya-tanya sendiri. Apa yang dah berlaku?Rambut panjang yang jatuh menutupi sebahagian mukanya di kuak ke belakang dengan kening berkerut. Sebaik saja dia berdiri tegak dan menghadap betul-betul jendela di depannya, tergamam Davina dekat situ. Di luar jendela itu dia boleh Nampak pemandangan dimana air laut begitu hamper dengan bangunannya itu.

Terasa seperti dia sedang bermimpi, Davina dekat ke jendelanya nak pastikan apa yang dia Nampak itu adalah benar. Sekali mendekat saja dia di situ, satu hempasan air laut yang sangat kuat dan deras mengenai cermin kaca tersebut.

Oh my god!

Tsunami ke ni!

"Argh!"menjerit terkejut Davina setelah itu. Berasa takut tiba-tiba, dia terus berlari ke arah seberang katilnya. Dia capai beg sandang yang selalu dia bawa setiap kali dia kemana-mana itu lalu di sandang ke badannya dan lari ke arah pintu bilik berkaki ayam. Dan tak dapat nak fikir apa-apa lagi.

Berdiri saja Davina di koridor, suasana gelap tidak berlampu menyambut dirinya di situ.Kejung jugak dia dekat situ lepas sedar yang tiada siapa-siapa lagi di situ. Oleh kerana dia cuma terfikir hendak larikan diri, dia lari ke arah kanan dimana tangga berada. Kakinya di atur sepantas mungkin sewaktu merentasi koridor di situ. Beberapa meter dia hendak sampai ke anak tangga, satu percikan air kelihatan dari hujung koridor tersebut sebelum satu aliran air yang deras mula mengalir sepanjang koridor tersebut dan mula membasahi kaki tidak beralasnya.

Perut Davina memulas takut.Nafasnya mula naik turun ketakutan bila sedar yang kini dia terperangkap dalam bencana ni! Oleh kerana sudah tiada jalan lagi, dia teruskan jugak langkahnya untuk ke arah hujung koridor itu. Sampai saja di anak tangga, Davina daki anak tangga untuk naik ke tingkat atas 3 di atasnya ketika itu. Berharap yang air laut takkan naik sampai ke situ, sebab dia tak pandai berenang!

Oleh kerana keadaan di situ basah dan licin, kaki Davina asyik tergelincir sewaktu daki anak tangga itu. tepat semasa dia sudah tiba di puncak anak tangga tingkat tiga, air mencurah-curah deras ke tingkat dua dan masuk melalui cermin kaca yang ada di tepi dinding anak tangga seperti air terjun.

Melihat keadaan semakin memberbahayakan, Davina cepat-cepat larikan diri naik untuk daki ke tingkat atas namun tiada jalan lagi kerana bangunan dia berada hanya ada tiga tingkat saja. Maka terperangkap dia dekat tingkat tiga itu di depan cermin kaca menghadap bangunan Utama lima tingkat.

Dapat dia lihat orang-orang di tingkat empat dan lima berkumpul berhampiran dengan balkoni dan jendela di situ. Bersungguh-sungguh la Davina pukul permukaan cermin di situ hendak tarik perhatian mereka.

Sesiapa!Tolong la datang!Dia tak boleh berenang!

Dengan terdesak Davina pun menjerit sambil memukul permukaan cermin kaca itu yang dia tahu tak ada gunanya sebab mereka takkan dengar melainkan ada yang Nampak dia sedang berdiri di sini!

Kenapa la dia setuju untuk ke sini sejak awal lagi!

Lagi satu!Macam mana boleh berlaku tsunami ni!

Dia tak nak mati lagi!Banyak perkara yang dia belum settlekan ni!

"TOLONGG!!!!!!!!"teriak Davina yang berusaha memukul cermin kaca di situ.

26. UNKNOWNWhere stories live. Discover now