Chapter 47 : The Unknown.

1.6K 183 6
                                    

Kelihatan dua orang berjubah doctor sedang berdiri di depan sebuah dinding kaca berborak sesame mereka dengan wajah bersahaja. Tidak mahu kelihatan mencurigakan di situ. Seorang sedang hirup air kopi melalui cawan kertas, seorang lagi hanya seluk tangan ke dalam poket jubah doktornya. Dan kedua-duanya berdiri menghadap dinding kaca yang menunjukkan pemandangan luar bangunan hospital tersebut.

"Davina akan jadi doctor bedah Utama untuk ke Permaisuri Kaira nanti."

"Siapa yang cadangkan dia?"

"Putera Mahkota sendiri"

"Apa yang prof nak saya buat?"

"Kamu assistance Davina bukan setiap kali dia jalankan pembedahan?Kali ni saya nak kamu gagalkan dia...buat kes ini berpunca dari dia..."

"Tak berbahaya ke?Macam mana kalua nyawa Permaisuri Kaira dalam bahaya?"

"Dalam permainan kita kena berani ambil risiko. Lagipun Bernard dah sandang terlalu lama untuk jawatan dia...saya rasa dah tiba masanya untuk dia lepaskan jawatan sebagai director hospital ini dah serahkan kepada saya. Lagipula tuah kamu jugak nanti kalau saya Berjaya rampas hospital ini"

"Apa yang prof nak saya lakukan dalam pembedahan tu nanti?"

"Lakukan apa saja yang kamu boleh lakukan. Buat Davina tersalah guna atau berlaku komplikasi sewaktu pembedahan itu di jalankan atau sebagainya...lakukan apa saja yang kamu rasa patut. Selebihnya akan saya uruskan.."

"Macam mana dengan Davina pula?Prof tak jadi nak rampas jurnal dan formula rahsia Profesor Rowan ke?"

"Mesti la jadi...terlebih dahulu kita rosakkan dulu nama baik Bernard dan Davina. Kemudian kita rampas formula tu dari dia. Step by step. Jangan gelojoh...sebab situasi sekarang berpihak pada kita.."

"Baik...prof kena janji dengan saya..kalau hal ni tak jadi seperti yang di rancang, prof tak boleh libatkan nama saya atau dengan prof sekali saya jatuhkan.."

"Woah...hold you horses!Belum apa-apa lagi dah terfikir nak tikam saya dari belakang?Lucu kamu ya?"

"Saya beritahu je. Mana la tahu prof nak hapuskan saya lepas semua yang prof hendakkan telah di peroleh. Bukannya saya tak kenal prof. Semua rahsia professor ada di tangan saya. Kalau prof cuba apa-apakan saya, rahsia professor akan segera di dedahkan."

"Ya-ya...tahu la saya."

Sedang dua orang itu berborak, seseorang sedang berdiri di tepi dinding depan selekoh tempat dimana dua orang itu berada telah mendengar semua perbualan itu. Dari awal hingga akhir. Malah sempat lagi merakam perbualan tersebut melalui telefon bimbit yang di pegang.

Lepas yakin yang dua orang itu selesai berborak, dia gerak pergi dari situ tanpa di kesan bersama hasil rakamannya itu. Dengan derap langkah bersahaja, dia tunduk memandang skrin dan menyentuh itu dan ini pada skrin. Menaip dengan laju.

Video tersebut telah dihantar melalui pesanan ringkas whatsappnya. Selesai menghantar video itu, dia taip beberapa pesanan dan ayat di bawah video tersebut. Dan ayat itu melibatkan dua nama yang tidak asing di situ.

Ya. Dua orang ini adalah dalang Utama untuk kejadian yang menimpa ke atas Davina selama ini. The Unknown. Orang yang selama ini di percayai oleh Davina sendiri. Profesor yang selama ini bantu Davina libatkan diri dalam kes besar yang bertujuan hendak gagalkan Davina dan rosakkan imej baik hospital. Doktor yang selama ini menjadi mata dan telinga untuk beritahu segala tindak tanduk Davina bagi mengetahui dimana jurnal formula rahsia di simpan!

John Mason.

Vernon Howell.

Seusai dia jalankan tugasnya, telefonnya di masukkan ke dalam poket uniform jururawatnya dan jalan merentasi koridor tersebut dengan muka bersahaja dan senyuman nipis di bibir bila ada pesakit lalu melewatinya.

"Oh..selamat siang Jururawat Sarah."ucap pesakit itu.

Dia yang dengar beri anggukan kecil dengan sapaan itu. "Selamat siang puan.."balas Sarah dengan mesra. Setelah itu dia berdiri di depan pintu lif. Tak lama lepas itu lif itu terbuka dan dia berjalan masuk ke dalam. Butang lima di tekan sambil tu sebelum dia berdiri tegak di situ.

Perkenalkan,pembantu dan juga mata-mata Davina yang telah sama-sama di samping Davina sejak awal lagi. Sarah Hansol. Orang yang bertanggunjawab memasang rakaman kamera tersembunyi pada hari Davina pergi dari hospital. Orang yang tolong perhatikan pergerakkan dan rancangan Profesor Vernon. Sebab itu dari awal lagi Davina tolak idea untuk bedah pesakit, sebab Sarah sendiri yang beritahu pembedahan itu bertujuan untuk rosakkan nama baik hospital dan susahkan Davina saja.

Semuanya bermula dari sini..

26. UNKNOWNWhere stories live. Discover now