Chapter 45 : Dia?

1.6K 166 3
                                    

Dua jam kemudian, persidangan pun berakhir.

Ianya mengenai kes tumor yang dihidapi oleh Permaisuri Kaira.

Mujur la tak serius mana. Ianya hanya ketumbuhan biasa yang menyebabkan berlakunya migraine yang kerap pada pesakit tu. Jalan penyelesaiannya ialah bedah dan buang tumor yang ada di otak sebelah kanan permaisuri.

Para doctor yang buat perbincangan mengenai pembedahan otak mula bergerak keluar dari situ Bersama keluhan tak puas hati masing-masing apabila pakar bedah yang bertanggungjawab di umumkan seusai perbincangan tamat. Mana la mereka tak puas hati, yalah ramai-ramai doctor veteran di situ, baliknya yang muda lagikan separuh jagung dalam bidang ni yang jalankan pembedahan!

"Kenapa dia?"

"Ha'ah..kenapa saya?"

Profesor Vernon kedipkan mata ke Davina dan Kaden. "Sebab mereka yang mahukan kamu jalankan pembedahan ni.."beritahunya.

"Saya?"Davina buat muka tak percaya lepas dengar. Ramai lagi kot doctor yang pakar dengan pembedahan otak ni?

"Yalah kamu...lagipun ini bukan kes besar pertama kamu kan...tahun lepas kamu bedah anak Menteri pertahanan bukan?Sampai sekarang dia boleh main piano...takkan la bedah tumor sebesar ibu jari kamu tak boleh?"ujar Profesor Vernon sambil memandang judging ke Davina.

Kaden buat muka menyampah dia. "Bukan sebab tu Davina di pilih...tapi sebab putera mahkota tu dia-"

Cepat-cepat Davina peluk bahu Kaden dan tekup mulut erat-erat sebelum si mulut lancang ni terlpas cakap! "Awak diam!"arahnya.

Profesor Vernon buat muka tak faham bila temgok Davina perlakukan Kaden begitu. "Pelik-pelik sajala kamu berdua ni. Sudah saya pergi dulu. Dan kamu Davina. Lakukan yang terbaik. Nama baik hospital ni ada dalam tangan kamu."pesannya sebelum gerak keluar dari bilik sidang itu dan tinggalkan dua orang itu di situ.

Tanpa membalas pesanan tersebut, Davina hanya pandang ke langkah lelaki tua itu dengan kening berkerut. Ugh!Masalah betul!Pelik la dia dengan Vernon ni. Tak habis-habis nak bagi kes besar macam ni.

Keluar saja Profesor Vernon dari situ, Davina terus tolak Kaden jauh darinya. "Awak ni dah kenapa!Jangan nak mengada bukak mulut ya!"beritahunya dengan geram.

"Apa?Betul kan cakap aku?Kau terpilih sebab putera mahkota a.k.a kapten Declan tu ada hati dengan kau...bukan sebab kau tu pakar ke apa..."cebik Kaden dengan muka tak suka dia. Ugh!Bertuah betul Davina ni la!Hairan dia!

"Dah kenapa awak cakap macam tu..ada bukti ke!"Davina tunjal bahu tu dengan jari telunjuk dia. Suka hati je cakap macam tu!

"Buktinya?Fine..biar aku beritahu kau okay...ingat lagi masa aku ke sana?Well basically memang ayah yang minta aku ke sana untuk tolong tapi alasan sebenarnya raja beri arahan pada ayah supaya hantarkan doctor ke tempat bencana tu...kau rasa raja bagi arahan tu sebab siapa?Sebab kapten Declan yang suruh, kemudian masa kau duduk sendiri malam-malam hari tu...dia jugak yang suruh aku temankan kau...masa kau kena serang hari tu?Kau hilang banyak darah, Declan jugak yang dermakan darah dia dekat kau...tak cukup dengan tu...dia selalu perhatikan kau senyap-senyap...apa kau nak cakap sekaramg ni?" beritahu Kaden akhirnya. Davina ni hah..bendul sangat!Geram je dia perhatikan.

Keningnya terangkat tinggi. Hah!Apa?Davina pandang tak berkedip ke Kaden sepanjang masa lelaki tu bercakap. Dia rasa macam dia salah dengar dan tak yakin. Tapi mengenangkan Kaden ni memang tak pandai cakap bohong, dia yakin semuanya itu benar. "Awak serius ke ni?"

Kaden menjuling mata menyampah. Memangnya dia tengah main pondok-pondok ke!? "Lantak situ kalau kau nak percaya atau tak!Aku malas nak ulang."renggus dia sebelum berjalan keluar dari situ dengan muka tak puas hati!

Oleh kerana terlalu terkejut, Davina berdiri dekat situ sendirian lepas bilik sidang tu kosong tiada orang. Otaknya cuba mencerna semula setiap bait kata-kata yang di sampaikan oleh Kaden sebentar tadi. Jadi selama ni Declan...lelaki tu!?

Sambil termenung skrin LCD di depanya itu, Davina kemudiannya tarik muncung tak puas hati. Declan ni sengaja ke apa?Lelaki tu buat dia berhutang budi dengannya lalu buatkan dia tak dapat tolak akan cadangan idea supaya membedah permaisuri Kaira nanti?

Ciss!

Tak boleh jadi ni! Dia kena jumpa Declan sendiri dan beritahu pada lelaki tu supaya cari orang lain untuk bedah permaisuri. Bukan dia!Davina atur langkahnya ke arah pintu bilik sidang itu dengan dada bersemangat mahu bersemuka dengan Declan. Soal lain dia ketepikan dulu. Sekarang soal kerja. Jadi kerja yang di set dalam mindanya sekarang ini!

KLIK!

Tak sempat Davina pegang tombol pintu tu, dengan sendiri daun pintu di depan dia terbuka lalu di tolak ke dalam. Tak nak di langgar dengan pintu itu, Davina pun terpaksa undur ke belakang hendak beri laluan. Sekali lepas orang yang buka pintu itu melangkah masuk, Davina hampir nak menjerit sebab terkejut.

"Jumpa pun.."sapa Declan dekat situ.

Oh my god!

Panjang betul umur Declan ni!Baru terfikir dah muncul!? Davina berdiri dekat situ tak bergerak.

26. UNKNOWNWhere stories live. Discover now