Chapter 22 : Savior.

1.7K 169 1
                                    

Di bangunan tentera laut..

Eden dan yang lain semua di situ hanya diam menyaksi kejadian yang sememangnya perkara biasa buat mereka di sini kerana bencana alam sering terjadi sejak mereka dirikan pangkalan di pulau ini. Oleh itu pelbagai persiapan telah mereka lengkapkan sebagai langkah berjaga-jaga. Jadi tiada apa yang mereka perlu risaukan.

Dan ketika Eden sedang termenung melihat air laut mula memenuhi tingkat dua dan tiga bangun di bawah mereka ketika itu berdiri di depan dinding kaca sambil menyeluk tangan ke dalam poket. Fikirannya entah ke mana-mana. Sekali sedang dia pandang ke pemandang di bangunan di sebelahnya, matanya ternampak kelibat seseorang dari balik dinding kaca di situ.

Tersentak Eden di buat apa yang dia lihat. Keningnya berkerut bingung tak pasti lepas Nampak. Orang ke tu?

Agak terkejut dengan apa yang di lihatnya,Eden cepat-cepat gerak ke arah meja dimana teropong inframerah berada lalu dicapai dengan lekas. Lantas kembali berdiri di tempat dia Nampak tadi dan teropong ke arah yang sama.

Melalui teropong inframerahnya dia boleh Nampak satu susuk manusia bersuhu badan panas sejuk sedang kalut memukul permukaan dinding kaca di bangunan yang setinggi tiga tingkat depanya itu. Sh*t!Siapa pulak yang tak pergi ke tempat berkumpul ni!Dengan muka tergamamnya, teropong itu di turunkan dari mukanya.

"Rudy! Bawakan tali Panjang 25 meter dengan abah-abahnya sekali. Jacob!Sediakan panah bertali sekarang!"jerit Eden dengan lantang sebelum campak teropong tu ke tepi.

Tersentak dua lelaki yang sedang duduk di sofa dekat ruang tu lepas namanya di panggil. "Ada apa ni Eden?"tanya mereka.

Sambil capai kerusi kayu yang berada di meja sidang yang terletak di penjuru bilik dia melaung. "Ada orang terperangkap dekat bangunan sebelah!"kata dia setelah berdiri di depan cermin kaca yang betul-betul menghadap bangunan dimana orang terperangkap itu berada.

"Hah!"seru mereka yang ada di situ dengan terkejut sebelum perhatikan Eden hempas kerusi kayu tersebut ke cermin di situ.

Tanpa berlengah Jacob dan Rudy pun berlari keluar dari situ untuk dapatkan apa yang diminta oleh kapten pasukan mereka sepantas kilat.

SPRANG!

Berderai saja cermin tersebut, deru angin yang kuat dan hempasan ombak memenuhi bilik sidang tersebut. Para staf dan ahli tentera yang berkumpul di situ pergi ke tempat dimana Eden sedang berdiri.

"Siapa?"tanya mereka yang kecilkan mata masing-masing hendak lihat.

Eden tunduk mendapatkan teropong yang di campaknya dekat lantai lalu di teropong semula ke arah bangunan dimana dia nampak kelibat orang itu tadi. Dia alihkan fungsi inframerah kepada fungsi zoom in pada teropong tersebut. Selepas itu baru la dia dapat visual yang jelas siapakah orang yang terperangkap dalam bangunan tu.

"Seriously?"lafaz Eden dengan nada tak percaya. Perempuan ni kan!Dari dulu sampai sekarang kan tak pernah la nak susahkan dia!

"Kenapa kapten?"tanya mereka di situ dengan hairan lepas dengan Eden mengeluh Panjang macam tu.

Pada masa yang sama Jacob dan Rudy pun tiba bersama tali dan alat yang mempunyai anak panah dan tali terikat bersamanya.

"Ini barangnya.."mereka berdua berdiri di samping kanan dan kiri Eden dalam keadaan tercungap-cungap sebab berlari.

Deru angin menghembus wajah Eden hingga menerbangkan anak rambut yang menutupi dahinya ketika itu. Lantas mendedahkan dahi yang mempunyai parut jahitan di sebelah kiri kepala itu. "Kau tembak tepat dekat atas dinding tu."arahnya pada Rudy.

Tanpa berkata apa-apa lagi, Rudy bercakung sebelah kaki di situ, dia letakkan alat sebesar batang paip itu dan bidik ke dinding dimana kelibat orang di dalam bangunan itu berada.Menggunakan kemahiran menembaknya yang sememangnya tepat, Tanpa ragu-ragu dia lepaskan tembakan tersebut.

Maka berdesup padu anak panah sebesar lengan manusia itu ke Udara menuju tepat ke arah dinding bangunan tersebut. Tali yang terikat pada anak panah itu di pegang oleh mereka yang ada di dalam bilik itu.

Sementara itu itu, Eden pasang abah-abah pada badannya sambil di bantu oleh Jacob. Setelah yakin semuanya ketat dan selamat, dia gantungkan dirinya pada tali yang di sambungkan dengan anak panah tadi.

"Pegang kuat-kuat!"arah Eden sebelum dia lompat keluar dari situ sambil keluarkan pistol di tangan dia untuk menembak pecah cermin kaca tempat dia berlanggar nanti!

26. UNKNOWNDove le storie prendono vita. Scoprilo ora