Chapter 26 : Pasukan Bantuan dan Penyelamat.

1.8K 178 2
                                    

Selepas berita mengenai kejadian yang berlaku di pangkalan, pihak kerajaan dan tentera diraja dari mainland datang menghantar pesawat dan helicopter bantuan untuk pindahkan semua yang tersadai dekat pangkalan itu untuk ke mainland. Ada yang di hantar terus ke pusat-pusat bencana alam untuk turut bantu hulurkan tangan bagi membantu mangsa-mangsa gempa dan tsunami. Sementara menunggu air surut dari pangkalan tersebut dan kerja-kerja baik pulih di jalankan di situ.

Davina dan lapan orang lagi ahli pasukan perubatan dipindahkan ke pusat bencana yang mempunyai mangsa yang ramai dan terhad bantuan kaki tangan perubatan. Terutama sekali di kawasan kampung. Maka dengan bantuan tentera di raja dan kerajaan. mereka diberi penempatan dan bekalan perubatan untuk membantu mereka yang tidak berdaya di situ terutama sekali orang-orang tua dan ibu mengandung.

Sampai saja di pusat bencana, Davina dan lapan orang yang ada di situ terus sibuk. Sebab ramai orang yang cedera dan sakit akibat gempa tersebut. Hospital sekitar tempat tu pun dah penuh. Pegawai perubatan pula tidak ramai disebabkan tempat itu tidak la membangun seperti bandar.

Dan saban hari ada saja mangsa yang tertimbus dari balik runtuhan di temui. Kalau tak cedera tak jugak, ini ada yang patah tulang la, ada yang hilang darah banyak, ada yang tertusuk benda tajam dan beberapa lagi kes.

Memandangkan hanya empat orang saja doctor yang ada, Dua darinya doctor ER dan dua orang doctor bedah, isu nak selamatkan orang sangat la sukar. Sebab tempat yang terhad dan masa yang sangat mendesak buatkan dua orang doctor ini terpaksa buat keputusan yang kejam. Ramainya mangsa yang cedera kalau memang dah teruk sangat mereka takkan selamatkan. Kalau 50-50 baru la mereka cuba. Kalau yang cedera ringan seperti patah atau luka perlu jahitan mereka terpaksa tolak ke tepi sekejap untuk handle kes yang berat.

Seminggu mereka di situ, seminggu itu la mereka bertungkus lumus bagai nak apa.

Mata dari balik gogle plastic itu mencerun tajam sewaktu focus menjahit luka yang terkoyak pada organ penting di badan pesakit. Sampaikan peluh yang merintik di dahi dan sekitar leher tidak di hiraukan untuk di kesat. Takut kalau dialihkan tangan tu, nyawa pesakit akan dalam bahaya.

"Scapel.."minta Davina pada Natasha dari balik topeng bedahnya.

Natasha serahkan scapel ke tangan Davina. Lalu dia pegang kain kasa untuk kesat darah yang mengalir keluar dari daging yang di belah tadi. Selesai itu dia capai tuala lap peluh yang ada di tepi troli lantas mengesat peluh yang membasahi dahi dan tepi pipi Davina.

"Gauze."minta Davina yang menyerahkan pisau bedah yang kotor dengan kesan darah.

Natasha ambil pisau bedah itu lalu serahkan segumpal kain kasa ke tangan bersarung tangan getah itu pula.

Hendak pastikan darah tidak lagi mengalir dari arteri yang dia baru saja sambungkan tadi, Davina tekap kain kasa pada permukaan organ dan daging di situ. Nak keringkan area tersebut dari darah supaya dapat di lihat dengan jelas. Untuk beberapa saat dia tidak bergerak untuk lihat luka tersebut. Dan bila tempat itu tidak basah dengan darah dan berdenyut seperti sedia kala, baru la Davina serahkan kain kasa yang berdarah itu kepada Natasha. "Jahit.."mintanya sambil tu.

"Baik.."sambut Natasha yang kemudiannya capai jarum dan benang dari dulang di situ lantas di serahkan kepada Davina.

Luka pada kaki kanan itu pun di jahit dengan kemas dan teliti oleh Davina. Dekat lima belas minit berlalu, kerja menjahit itu pun selesai. Dia potong benang terakhir lalu serahkan baki yang lain pada jururawat di situ untuk habiskannya.

Bersama langkah yang penat, Davina keluar dari bilik bedah itu iaitu sebuah khemah yang berlangsirkan plastik kedap Udara. Dia tanggalkan sarung tangan getah berdarah dari tangan lantas di campak ke dalam tong sampah khas di depan laluan masuk tu. Lalu diikuti topi, kemudian baju alas bedahnya, topeng mulut, gogle sehingga yang tinggal hanya baju bedah warna hijau di badan saja.

"Doktor Davina...ada pesakit perlukan pemeriksaan.."tak semena muncul Jururawat Harry dengan muka cemas dia dekat situ.

Tanpa berkata apa-apa Davina mengangguk kepala. Dia penat dan nak sangat duduk, tapi ada tugas lagi penting, nak tak nak terpaksa la dia diamkan saja.

Jururawat Harry bawa Davina ke salah satu khemah yang ada di situ. Masuk saja dalam khemah tu, suara berteriak kedengaran. Seorang lelaki berbadan gempal sedang naik angin di atas katil di situ.

Sementara pesakit yang ada di situ hanya perhatikan kekecohan tersebut dengan muka takut dan tidak senang masing-masing.

"APa yang nantinya!AKu dah sakit nI!Kau nak aku mati dekat sini jugak ke!Mana doctor!Hah!Mana doctor!!!"teriak lelaki tu dengan bengang di depan seorang sukarelawan wanita yang sepertinya remaja lagi.

Davina yang Nampak buat muka jengkelnya lalu gerak ke arah katil tersebut dengan langkah yang bersahaja. Pernah jugak terlintas dalam fikiran dia sepanjang masa dia jadi seorang doctor. Memang dia selalu berniat nak selamatkan orang, tapi ada satu masa tu dia pernah jugak terfikir nak bunuh orang!Sebab apa?Sebab manusia ni bukan semuanya reti bersyukur dan berterima kasih.

Contohnya macam lelaki gemuk ni la!

26. UNKNOWNWhere stories live. Discover now