Chapter 66 : Berita Mengejut.

1.5K 144 0
                                    

Masih dalam keadaan terpinga-pinga, Davina hanya lirik ke Eden yang tolong ibu Kaden hidangkan makanan, sementara dia yang sudah ambil tempat di kerusi seberang kanan meja Panjang itu sebelah Kaden, tempat biasa dia duduk kalau makan dekat situ singgul lengan Kaden dengan siku dia untuk Tarik perhatian Kaden yang sedang bercakap dengan Bernard. Sumpah dia tak faham apa yang tengah berlaku sekarang ni.

Kaden rasa akan singgulan itu tapi dia tak hiraukan Davina sebab sedang mendengar ayah dia sampaikan sesuatu kepadanya mengenai kertas kerja dan lawatan conference hospital.

Bila dirinya tidak dihiraukan, Davina kemudiannya hanya duduk tegak dengan menyilangkan tangannya di atas peha dia. Matanya merenung tajam ke Eden buat seketika.

Selesai saja bercakap, mata Bernard mengerling ke Davina yang sejak tadi lirik ke Eden, dia berdehem selesakan diri sebelum duduk tegak di situ. Lalu tidak cakap apa-apa lagi sehingga la semua di situ settle down.

"Maaf la...hari ni saya masuk ringkas sahaja, tak mengapa kan Davina?"tanya Ibu Kaden di seberang meja menghadap Kaden dan Davina. Eden duduk di kerusi bersebelahan dengannya.

Tersentak mendengar teguran itu, mata Davina terus gerak memandang Ibu Kaden lalu menggeleng kepala. "Tak mengapa puan. Semua ni pun kira cukup."balas dia dengan hormat.

Tersenyum senang, Ibu Kaden selesakan diri lalu memandang Bernard memberi isyarat semuanya sudah settle dan mereka semua boleh mula makan.

Bernard pun perasan. Dia mengangguk kepala perlahan lantas tepuk tangan satu kali sebelum berkata. "Baik la...kalau begitu mari la kita mula makan...saya rasa kamu semua pasti lapar."ajunya sesaat kemudian.

"Makan la kenyang-kenyang. Hari ni saya sediakan makan kegemaran kamu Davina..."beritahu Ibu Kaden setelah itu.

Bersama senyuman nipis sebagai penghargaan Davina mengangguk kepala dan mula capai garpu dan pisau di kanan kiri pinggan makan di situ. Dia pandang ke Bernard untuk tunggu lelaki itu makan terlebih dahulu. Namun lelaki itu memandang dia pulak.

Beras kekok bila mereka bertentang mata, Bernard beri anggukan kecil lalu menjuih dagu ke pinggang Davina sebagai isyarat menyuruh Davina makan. Dia nak bagi mereka makan dulu. Lepas makan nanti baru dia beritahu.

Tanpa berkata apa-apa lagi, Davina pun mengalah. Biar la situ, Eden dijemput sekali bersebab atau tidak, bukan masalah dia. Lantas dia mula gerak hendak makan.

Eden dekat seberang meja curi-curi pandang ke Davina. Dia pandang dengan renungan serba salahnya sebelum tunduk menikmati makan malam tersebut dengan perasaan separuh hati. Siapa ada selera makan kalau tahu apa tujuan pertemuan ini diadakan.

Setengah jam pun berlalu

Makanan pun sudahpun hampir habis di licinkan dari pinggan, gelas pula separuh sudah kosong di minum. Dan pada masa mereka nikmati dessert, ketika itu la Bernard ambil keputusan untuk sampaikan niat sebenarnya memanggil Davina ke situ.

"So...kamu pasti hairan kenapa Eden ada di sini Davina?"suara Bernard dengan tiba-tiba sewaktu mereka semua di situ menikmati dessert sambil berborak perlahan.

Sebaik dengar namanya di sebut, Davina alihkan perhatian dia dari Ibu Kaden ke Bernard. "Sorry?Apa dia tadi?"tanya dia.

Kaden hanya buat muka grumpy tak puas hati dia. Malas nak ikut join perbualan tu. Jadi dia hanya sandarkan badan dengan tiada mood di kerusi sambil bermain dengan makanannya.

"Sebenarnya ada sesuatu yang saya perlu sampaikan kepada kamu Davina. Dan ianya sangat penting. Sebab itu saya panggil kamu dan Eden ke sini"tambah Bernard lagi.

Eden dan Ibu Kaden yang tahu apa yang Bernard hendak sampaikan apa hanya perhatikan reaksi Davina dan Bernard silih ganti. Sementara Kaden hanya buat tak peduli dengan apa yang di dengarnya.

"Tentang apa?"tanya Davina lepas tu.

Bernard diamkan diri untuk kumpul semangat dan ketabahannya buat beberapa saat lalu berkata. "Sebenarnya begini ceritanya."dia mula ceritakan segalanya kepada Davina dari awal hingga akhir. Dari kejadian yang menimpa Davina, siapa pelakunya, rancangan dia menyuruh keluarga Eden ambil Davina sebagai anak angkat dan di jaga, idea dia tempatkan Davina di hospitalnya hingga la kejadian yang menimpa Vernon dan siapa lelaki tu sebenarnya.

Disebabkan separuh dari cerita tu sudah di ketahui Davina, dia tak ambil pusing mengenainya. Apa yang buatkan Davina hendak pitam adalah apa yang diberitahu oleh Bernard pertengahan cerita dan pada hujung ayat tu. Ianya benar-benar buatkan dia terkejut yang amat.

"Dan saya dapat tahu bahawa ayah kamu masih hidup. Kami telah menemui beliau dan kini beliau di bawah rawatan penjagaan rapi kerana keadaan tidak mengizinkannya."beritahu Bernard buat akhir katanya.

Kaden dekat sebelum dah ternganga macam baru Nampak orang mati hidup semula.

Manakala Davina dengan mata kemerahnya pandang ke Eden. Jadi selama ni Maksudnya selama ni Eden jaga dia sebab mereka telah di bayar. Bukan sebab benar-benar ambil berat mengenai dia?Kenapa dia kecewa lepas dengar semua ni?Kenyataan dimana ayahnya masih hidup bukan yang mengejutkan dia sebab dia memang dah tahu. Apa yang buat dia terkejut adalah kisah keluarga Eden dan segala kegiatan Eden di belakangnya selama ini.

Tanpa tunjuk sebarang emosi di wajahnya, Eden hanya termenung memandang pinggang di depannya denagn kedua-dua tangan atas peha. Dia tak berani nak pandang Davina sebab dia tahu Davina mesti marah dan bencikan dia sekarang ni!

"Dekat mana ayah saya sekarang ni?"tanya Davina sambil gerak memandang Bernard. Wajahnya dibiarkan tenang dan tidak tunjukkan sebarang reaksi. Walaupun dia benar-benar kecewa dan patah hati, Beria dia fikirkan Eden lakukan semua ni sebab memang pedulikan dirinya.

Kaden pandang ke tepi muka Davina di sebelahnya iitu dengan perasaan berkecamuk. Dia tak sangka selama ni dia beri layan buruk dekat Davina sedangkan Davina dah tanggung pelbagai keadaan yang buruk dan situasi yang berat seawal bayi lagi. Tiba-tiba saja hatinya di hambat pilu.

"Kita akan lawat ayah kamu Bersama...jangan risau mengenainya."beritahu Bernard dengan renungan redup seorang ayah kepada anaknya.

Ibu Kaden pandang sedih ke Davina. Akhirnya penderitaan anak di depannya selesai jugak dan berakhir. "Saya tumpeng senang dengan berita ayah kamu itu Davina."beritahunya sambil cengkam tangan suaminya di depannya ketika itu.

"Terima kasih puan...terima kasih prof.."ucap Davina kepada dua orang yang selama ini sebenarnya telah besarkan dia dan jaga dia lebih dari sesiapa dekat dunia ini. "Jasa kalian amat saya hargai."katanya.

26. UNKNOWNWhere stories live. Discover now