Chapter 48 : Bad Plot.

1.5K 173 0
                                    

Apabila usia Davina mencapai had dewasa, semua harta pusaka keluarganya di serahkan kepada dia iaitu di usia 17 tahun. Maka dari situ semuanya telah dirancang oleh Davina. Dari siasatannya mengenai kejadian yang menimpa keluarganya dan sebab apa.

Pada usia 18 tahun semasa dia sekolah berasrama penuh, di situ la dia temui Sarah. Mereka berdua menjadi sahabat baik kerana Sarah sendiri anak Yatim piatu. Oleh kerana persamaan yang dimiliki oleh mereka, persahabatan mereka menjadi erat.

Davina telah ceritakan semuanya kepada Sarah dan meminta bantuan rakannya itu untuk sama-sama siasat apa yang telah terjadi terhadap keluarga Davina. Sarah yang sememangnya tidak kisah, bersetuju untuk sama-sama membantu Davina.

Sejak di asrama itu la mereka belajar bersungguh-sungguh dan sama-sama peroleh biasiswa untuk sambung belajar di Universiti Howard Bernard yang telah menjadi target mereka selepas menjalankan siasatan mendalam mengenai tempat lama ibubapa Davina pernah berkerja. Pada masa yang sama mereka berdua belajar seni pertahankan diri. Langkah berjaga-jaga sekiranya mereka perlu gunakannya.

Berhempas pulas selama bertahun lamanya, akhirnya Sarah dan Davina masing-masing dapat tempat ke dalam hospital tersebut dengan hasil kerja Howard Bernard sendiri yang kebetulan termasuk dalam laluan mereka. Sebaik mungkin Davina sembunyikan persahabatannya dengan Sarah supaya tidak kelihatan jelas.

Menggunakan peluang itu, Sarah dan Davina mulakan misi pengintipan mereka. Dari tahun pertama hingga la tahun kelima mereka di situ, Sarah dan Davina silih ganti geledah semua informasi yang tersimpan dalam hospital tersebut sampai ke lubang cacing. Tak ada satu pun yang mereka lepas pandang.

Maka ditemui la satu maklumat dan dokumen yang menceritakan kerjasama antara tiga orang pihak ini pada tahun kedua mereka berada dalam hospital tersebut. Sambil di bantu dengan kepakaran godam Sarah. Nama yang buatkan mereka yakin bahawa mereka di jalan yang betul.

Howard Bernard.

Vernon Howell.

Rowan Collison.

Antara tiga orang ini Davina dan Sarah telah peroleh suspek yang menjadi dalang kejadian dan kematian ibubapa Davina. Antara dua orang itu, bukti semua terarah pada seorang ni. Iaitu Vernon Howell.

Macam mana?

Semuanya bermula dari Hanna.

Ya...dari doctor itu Davina sudah syak awal-awal orang yang bertanggungjawab untuk kejadian yang hampir meragut nyawanya di kem bencana tempoh hari menjurus kepada Profesor Vernon. Davina sedar pun malam selepas dia sedar dari rawatannya. Jenuh dia berfikir sepanjang malam tu. Dia fikie kenapa Hanna serang dia, Dan kenapa Hanna boleh tahu dia ada jurnal itu. BOOM! Dia teringat akan dengan siapa Hanna berkerja. Yalah siapa lagi kalau bukan untuk Profesor Vernon.

Jadi pulang saja Davina ke hospital tersebut, Sarah dan Davina merangka idea mereka dan teruskan siasatan secara sembunyi selama sebulan ini.Mengumpul semua maklumat dan cebisan yang mereka boleh gunakan untuk jatuhkan Professor Vernon. Apa yang mereka perlukan sekarang hanya la bukit macam mana Profesor Vernon bunuh ibubapa Davina dan dekat mana. Selepas itu tinggal masa saja nak serahkan lelaki tua ini ke pihak berkuasa!

Jika mereka Berjaya, maka nama baik dan kematian ibubapa Davina dapat di tuntut keadilannya.

DING!

Pintu lif tiba di tingkat lima tak lama kemudian, dan sebaik saja pintu terbuka, berdirinya Davina di situ.

Sarah yang lihat beri senyuman nipis di bibir. Lalu mengangguk kepala kecil sebagai tanda hormat "Selamat siang doctor Davina."sapanya. "Dah tengok videonya?"

Dengan muka tiada perasaannya, Davina berjalan masuk ke dalam lif itu dan berdiri di sebelah Sarah pandang ke depan. Dah! Dua orang tu memang tak reti nak putus asa betul. Tak Hanna sekarang nyawa Permaisuri Kaira jadi taruhan mereka berdua. Memangnya nak sangat masalah ke mereka tu?"Good job."ucap dia sewaktu pintu lif di depan mereka tertutup.

26. UNKNOWNWhere stories live. Discover now