Chapter 72 : New Journey.

1.6K 164 13
                                    

Sampai saja di kawasan lapangan terbang dimana helicopter sedia menunggu, Davina Nampak dari jauh kelibat Bernard sedang bercakap dengan Eden. Sementara Kaden yang bercermin mata hitam sedang tunduk memandang skrin telefon melihat sesuatu.

"Terima kasih untuk semuanya Eden.."ucap Bernard sambil berjabat tangan dengan Eden.

"Sama-sama tuan.."sambut Eden yang mengoncang jabat tangan mereka itu dua kali dengan senyuman nipis di bibir.

Kaden yang dengar angkat kepala dan turunkan tangannya ke bawah untuk pandang ayahnya, sekali tu dia ternampak Davina sedang mendekat ke arahnya pada masa yang sama. ,Jadi dia tak jadi nak pandang ayahnya sebaliknya Davina.

"Mana kau dah pergi hah?Jenuh aku try call?"tanya dia sebaik Davina tiba di depannya ketika itu.

Namun pertanyaan itu tidak di hiraukan oleh Davina. Dia hanya diam berdiri di depan Kaden sambil mata memandang kosong ke kaki. Tiada mood nak cakap atau pandang sesiapa.

"Baik la..kalau begitu kami minta diri dulu.."pamit Bernard sambil palingkan kepala untuk memandang Kaden, sekali tu dia ternampak Davina. Niat nak tanya dimana Davina terus terbatal lepas lihat anak itu sudahpun berada di situ Bersama mereka.

Eden kerling sekejap ke Davina sebelum pandang ke tempat lain sambil menyeluk tangan ke poket seluar. Tak dapat nak pandang Davina sebab terkilan dan kecewa memikirkan Davina pilih Declan dari dia sendiri.

Sementara Kaden ketika itu pegang belakang badan Davina lalu dorong Davina supaya gerak maju ke arah helicopter sama-sama Bernard di depan kemudiannya. Lintas saja di depan Eden, Kaden tidak mengerling ke Eden.

Termasuk la Davina, dia sikit pun tak pandang buat kali terakhir ke Eden sebab fikirannya sudah entah ke mana-mana.

Sewaktu naik ke dalam helicopter, Kaden biarkan Bernard masuk terlebih dahulu lalu diikuti Davina dan dia yang terakhir.

"Pakai seatbelt Davina."pesan Kaden semasa dia selesai mengenakan seatbelt di badannya.

Tidak dengar kerana bunyi deru kipas helicopter itu, Davina yang sedang termenung memandang keluar jendela helicopter tersebut. Matanya terarah pada Eden yang berdiri jauh dari situ memandang ke helicopter tersebut.

"Dengar tak?"tanya Kaden lagi sambil pandang ke Davina. Sekali tu dia Nampak Davina tengah termenung. Malas nak cakap banyak, dia tolong Davina kenakan seatbelt tu sendiri sebab helicopter mula gerak hendak terapung ke Udara.

Perasan ada tangan yang bergerak di kanan dan kirinya ketika itu, Davina dengan letih palingkan kepala ke sebelah sebelum bertemu muka Kaden yang kebetulan sedang sondong merapat ke dia."Awak buat apa?"tanya dia lepas tu.

"Pasang seatbelt la...kita nak berlepas ni.."beritahu Kaden tanpa memandang Davina.

Niatnya nak cakapkan sesuatu,tapi entah kenapa tiba-tiba dia mula rasa kepalanya jadi berat dan semuanya sedang berpusing-pusing di depan matanya. Tak tahu nak sandar dekat mana lagi, Davina tanpa sengaja terjatuhkan kepalanya tepi bahu tu lalu pengsan tidak sedarkan diri.

Kaden yang sedang pasang klip pada seatbelt itu pun terkejut. Dia ingatkan Davina sengaja ke apa, namun selepas dia terasa bahang dari dahi yang mengenai tepi pipinya ketika itu setelah Davina sandar kepadanya, reaksinya jatuh kepada tenang semula. Rebah jugak akhirnya. Ingatkan wanita depannya ini gagah hingga ke pennghujungnya.

"Kenapa Davina tu Kaden?"tanya Bernard bila dia perasan Davina sepertinya sudah tidak sedarkan diri di depannya.

Sambil membetulkan kedudukan Davina di situ Kaden palingkan kepala ke Bernard lalu beritahu. "Dia demam...rasanya kita patut hantar dia terus ke hospital nanti."beritahunya setelah selesakan Davina sandar di dada dia ketika itu.

Senyuman senang terukir di bibir Bernard sewaktu melihat dua orang anak muda di kerusi depannya ketika itu. "Kalau begitu jaga dia elok-elok sehingga kita sampai nanti.."pesannya ke Kaden.

Kaden tidak membalas. Dia hanya angguk kepala lalu lontarkan pandang keluar jendela sewaktu helikopter itu sudahpun berada di udara dan bergerak pergi dari pulau itu. Tangannya memeluk erat belakang bahu Davina sambil merehatkan pipinya ke atas kepala tu. Berehat la dengan lena sebab semuanya sudah pun selesai. Dia akan pastikannya!

Setelah itu pandangan Bernard jatuh ke wajah pucat tidak bertenaga milik Davina pula. Dia pandang muka tu dengan renungan redup. Kalau Davina sudah tiada lagi tempat berteduh...dia akan sediakan untuk Davina. Kalau Davina sudah tiada tempat bergantung dia akan berikan satu untuk Davina. Wajah Kaden pula yang di pandang oleh Bernard dengan renungan penuh maksudnya.

26. UNKNOWNTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang