Chapter 5 : Pasukan Khas

2.3K 194 10
                                    

Jari telunjuk bercincin besar yang mengetuk permukaan meja berkaca itu di pandang. Entah kali ke berapa dia lepaskan keluhannya sejak tiba di istana beberapa jam lepas. Dan dia hanya disambut dengan ketegangan yang buatkan dia panas punggung duduk lama-lama dekat sini.

"Ayahanda bekalkan kamu pasukan khas bukan untuk digunakan sebagai pasukan action kamu Declan. Berapa kali ayahanda perlu ingatkan kamu. Kamu adalah putera mahkota. Bakal raja negara ini. Sekiranya sesuatu terjadi pada kamu nanti bagaimana?Kamu bukan saja dengan mudah menjadi sasaran para musuh malah kamu bakal meletakkan nyawa bonda kamu dalam bahaya."ujar Raja Isaah.

Declan pandang kesal ke ayahandanya sambil mengetap gigi menahan sabar. Dia pun sama sekarang ni. Berapa kali dia nak beritahu dia perlu lakukan semua ni sendiri. Dia adalah ketua komander pasukan perang, tapi kalau bukan kerana sikap overprotective ayahandanya tak adanya dia perlu selinap keluar dari istana semata hendak menjalankan misi!

Kepala penumbuk digengam kuat dengan Declan. "Ayahanda"panggilnya dengan hormat namun bernada tegang.

Raja Isaah pandang Declan dengan renungan seriusnya. "Ya."

"Anakanda tahu ayahanda risau akan anakanda. Tapi anakanda juga sebahagian dari rakyat negara ni. Anakanda juga berhak untuk lakukan sesuatu demi menjaga keselamatan rakyat dan negara ini juga. Mana mungkin la anakanda hendak biarkan saja orang lain berkorban sementara anakanda di sini bersuka ria seperti tiada masalah"beritahu Declan dengan nada autoriti.

Raja Isaah melepaskan hela nafas Panjang lepas dengar, Tersandar terus dia ke kerusi sejurus itu. Ini la susahnya kalau bercakap dengan orang yang mempunyai sikap dan juga keperibadian yang sama dengannya. Kalau dia api, anak depannya ini juga api. Kalau dia nekad. apa lagi anak depannya ini.

"Ayahanda tahu itu tapi-"

"Kalau Ayahanda tahu, ayahanda takkan pertikaikan keputusan anakanda."bidasnya serta merta. Tidak benarkan ayahandanya memanjangkan ucapan.

Raja Isaah pukul permukaan meja dengan merah sampai buatkan bingkai gambar kecil yang ada dekat meja tu terbalik ke belakang.

"Declan Alastair!"bentak Raja Isaah dengan berang. "Berani kamu tinggikan suara pada ayahanda kamu. Raja negara ni!"

Rahang Declan terketik. Dia buat muka bengang sewaktu memandang ayahandanya. Ingat ayahandanya seorang saja yang marah. Dia pun marah. Apa isunya! Kenapa susah sangat hendak berikan dia keizinan berjuang sama dengan prajurit yang lain.

"Ayahanda beritahu kamu semua ini kerana ayahanda menerima laporan dari Menteri pertahanan sendiri mengenai misi-misi yang jalankan itu. Ianya bukan sekadar bahaya, kamu hanya mengundang para penjenayah yang lain target kan kamu menjadi mangsa mereka. Bagaimana jika kamu tertanyakap.Diseksa dengan mereka. jadikan kamu sebagai bahan tebusan untuk claim yang bukan-bukan dari negara ni?Kamu nak jawab apa sekiranya hal itu terjadi?"Raja Isaah tunding jari ke permukaan meja kaca tu dengan marah sambil tu.

"Anakanda akan tumpaskan mereka dengan tangan anakanda sendiri."Selama 10 tahun lebih dia telah menerima latihan ketenteraan.Dari yang biasa hingga la tahap komando. Semuanya telah dia jalani hingga Berjaya peroleh pangkat elit dari ketenteraan sendiri. Dia telah jalankan misi sejak umurnya masih muda sehingga la sudah masuk 29 tahun. Tiada apa yang dia gentarkan.

Menggeleng kepala Raja Isaah dibuat dengan perbicangan mereka berdua ini. Kalau macam ni la cerita sampai ke sudah la tiada kata sepakat yang mereka capai. Kalau seorang ke timur, seorang ke barat. Sedangkan hala tujunya ke selatan.

"Bonda kamu minta kamu melawatnya kalau begitu."dalih Raja Isaah yang tidak mahu melanjutkan perbualan ini. Dia penat nak bertekak dengan puteranya yang seorang ni. Anak seorang je. Sebab itu dia treasure teruk Declan ni. Tapi itu la...anak tak sedar di untung ni tahunya melawan dan membantah saja kerjanya.Ingat dia ni muda lagi apa nak buat anak dan besarkan lagi seorang. Menguruskan Declan seorang saja sudah cukup memeningkan kepalanya.

"Busy."jawab Declan dengan nada menggerutu tak puas hatinya.

"Lawat bonda kamu...ayahanda tidak mahu berbalah mengenai hal ini dengan kamu. Suka atau tidak. Lawat bonda kamu sebelum kamu berangkat jalankan apa saja misi kamu tu.."minta Raja Isaah dengan nada mengalahnya sebelum mula membuka fail di atas meja kerjanya itu lalu melihat-lihat isi dokumen di dalam fail tersebut.

Tanpa berkata apa-apa, dengan kasar Declan capai jaketnya dari kerusi di sebelahnya lalu bangun dan keluar dari pejabat itu Bersama langkah marahnya.

BAM!

Dihempas pintu tu!

Terperanjat Raja Isaah dibuatnya. Lelaki tu pandang terkejut ke pintu pejabatnya dengan mata terbutang luas. Bertuah punya anak! Mujur dia sihat. Kalau tidak, mahunya dia kena heart attack jugak di sini!

Haih!

26. UNKNOWNWhere stories live. Discover now