Chapter 61 : Royal Friendship.

1.5K 152 0
                                    

"Nah...phone kau.."serah Eden dekat sebelah Davina setelah kereta yang dipandu oleh rakan Eden berhenti di depan bangunan apartment tempat tinggalkan Davina.

Davina yang sedang termenung itu tundukkan mata ke telefonnya sebelum dicapai. "Macam mana kau jumpa?"tanya dia sambil tu.

"Kita orang kutip masa ikut van yang bawak kau tu.."beritahu Eden.

"Thanks."ucap Davina sebelum gerak membuka pintu kereta dan keluar dari situ kemudiannya. Sebaik saja dia tutup pintu kereta itu, kereta itu meluncur pergi dari situ begitu saja. Tanpa berlengah Davina atur langkah dia ke dalam apartmentnya Bersama perasaan devastated.

Walaupun dia telah selesaikan Vernon dan kes lelaki tu telah di handle oleh Declan nanti sebagai cover up. Fikirannya dan perasaan dia masih terkilan lepas tahu kenyataan bagaiman nasib ibubapanya teraniaya kerana ketamakan Vernon. Dan sekarang apa yang dia perlu adalah cari dimana ayahnya berada sekarang.

SIkit pun tak happy.

Malah makin sakit pun ada!

"Davina..."panggil suara lembut dari arah depan dengan tiba-tiba.

Tersentak mendengar suara itu, Davina alihkan matanya dari lantai naik ke depan lalu berhenti dari melangkah.

Disitu berdirinya Sarah, Kai dan Natasha dengan senyuman di bibir masing-masing menunggu kepulangan Davina depan lif apartment tersebut.

Bagaikan mahu menangis di situ, Davina hanya diam di situ memandang mereka. Berasa syukur sebab dia di kurniakan rakan dan teman baik yang selalu berada di sampingnya selama ini sewaktu dia susah dan senang.

"Macam mana?Dah selesai ke semuanya?"tanya Sarah sewaktu jalan mendekati Davina.

Lalu diikuti Kai dan Natasha di belakang.

"Dah."angguk Davina sambil perhatikan mereka mendekatinya. "Kau okay?Ada sesiapa perasan kau orang atau terdedah?"tanya dia.

"Hei..tengok la siapa yang buat kerja??"balas Kai setelah dia berdiri di depan Davina. "Kau cedera?Sakit dekat mana tak?"dia pegang tepi lengan Davina dengan perlahan.

Kepalanya hanya di geleng perlahan. "Tak. Aku okay...tapi ada sesuatu yang aku kena beritahu."kata Davina semasa pandang mereka dengan serius.

"Tentang apa?"tanya Natasha pula dengan kening terangkat.

"Ayah aku masih hidup...cuma tak tahu dekat mana."beritahu Davina sambil pandang ke Kai, Sarah dan Natasha silih ganti.

"Mana kau tahu?"tanya Sarah dengan kening terangkat tinggi.

"Vernon yang ceritakan dekat aku.."menung Davina ke lantai masa bercakap. Dia harap yang ayahnya tak apa-apa. Sebab dia nak sangat temui lelaki tu dan lihat wajah tu dekat-dekat.

Sarah buat muka simpatinya lepas Nampak reaksi mendung Davina. Dia tahu Davina mesti sedang bersedih ketika ini. Untuk itu dia takkan biarkan Davina tetap bersedih. Jadi dia rangkul lengan tu dan dipegang dengan erat. "Jangan risau...aku ada dengan kau. Cepat atau lambat kita akan cari dan temui ayah kau..."aju dia.

Davina pandang ke Sarah sebelum tersenyum nipis sebab nak kawal dirinya dari menangis. Dia tak nak jadi lemah jadi dia kena ajar dirinya supaya jangan banyak menangis. "Terima kasih"ucapnya.

"Apa yang kau nak berterima kasihkan...nama pun kawan. Apa gunanya ada kawan kalau tak saling membantu..kan?"kata Sarah sambil memandang Kai dan Natasha.

"Betul tu..."angguk Kai sebelum merangkul bahu Natasha.

Sambil tersenyum senang, Natasha sandarkan pipinya ke dada Kai lalu capai tangan Davina yang satu lagi dan di gengam erat jari jemari tu. "Kita cari ayah kau sampai jumpa...boleh la dia hadirkan diri sekali ke wedding aku dengan Kai nanti.."ajunya.

Davina balas cengkaman Natasha lalu mengangguk kepala. Sungguh!Dia berharap sangat yang kawan-kawannya ini tidak akan tinggalkan dia dan sentiasa selamat. Kalau sesuatu berlaku terhadap mereka, dia sanggup gantikan tempat mereka asalkan mereka tak apa-apa.

"Oh ya...macam mana kau nak cakap dengan Declan mengenai kehilangan kau hari ni?Tak ke dia curiga nanti?"sentak Sarah lepas dia teringatkan sesuatu. Dengan kening terangkat dan mata terbutang luas, dia pandang ke muka Davina.

"Aku tipu je la yang aku dapat emergency call nanti."

"Masuk akal ke?"soal Kai pula.

"Entah..masuk akal ke tidak...dia kena terima jugak."gerutu Davina yang berasa bingung tiba-tiba lepas teringat akan Declan. Apa la dia nak cakap nanti!Lelaki tu bukannya dungu!Mahu ke percaya apa dia cakapkan nanti.

26. UNKNOWNWhere stories live. Discover now