Chapter 35 : Balik Mati, Pergi Pun Mati.

1.7K 173 2
                                    

Keesokkan harinya...

"Saya tak boleh lakukannya"bisik Hanna dengan keras di balik batang pokok tempat dia bersembunyi untuk bercakap.

"Kenapa?"

Hanna telan air liur gemuruh. Matanya meninjau sekeliling dengan cemas. Tak ada sesiapa Nampak dia di situ. Yalah, sekarang orang tengah sibuk punggah barang, susun atur sekeliling tapak khemah, tentera dan petugas perubatan dapat di lihat keluar masuk khemah di situ lakukan sesuatu. Sementara dia, curi-curi untuk hubungi atasannya ini.

"tuan...saya merayu. Lepaskan saya. Saya janji saya takkan beritahu sesiapa mengenai hal ni. Tapi tolong la...saya tak boleh nak terukan misi ni;Davina...dia bukan orang sebarangan...saya tak boleh handle dia seorang"beritahu Hanna lagi bila sekumpulan kanak-kanak berlari melintasi pokok tempat dia bersembunyi dengan layang-layang di tangan mereka. Melihat mereka buatkan dia cepat-cepat sembunyikan diri di situ.

"Kalau itu mahu kamu...baik la. Kamu boleh berhenti. Tapi ada syaratnya.."beritahu suara tu dalam panggilan.

Tersenyum lega Hanna sebaik mendengarnya. "Apa syaratnya tuan?"tanya dia dengan tidak sabar. Sekarang ni dia tak kisah. Apa saja syaratnya itu dia akan lakukan, asal dia tak terlibat lagi dengan misi ni.

"Kamu bunuh diri kamu sendiri atau saya yang bunuh kamu sebaik kamu pulang ke mainland nanti. Itu syaratnya."

Nafasnya terus terhenti di dalam kerongkong. Matanya terbutang kaku, jantungnya mula mengepam darah dengan laju dek ucapan itu. "Apa tuan kata?"soal Hanna dari balik nafas tertahan-tahannya.

"Kalau kamu balik, kamu mati, kalau kamu pergi, kamu pun mati. Sama ada kamu jalankan misi kamu dengan betul, atau mati...pilihan kamu Hanna."

Perlahan-lahan Hanna menggeleng kepala. Air mata mula bertakung di kelopak matanya. Dia tak nak mati!Dan takkan mati seawall ni!Dia ada banyak perkara yang hendak di lakukan! "Tuan...tolong la jangan begini.."

"Ingat Hanna, kamu dah tahu terlalu banyak perkara...terlalu banyak. Saya tak boleh biarkan kamu terlepas begitu saja. Macam mana kalau kau tetangkap dan terlepas kata?Tak ke saya juga yang dalam bahaya?Jadi sebelum apa-apa terjadi...langkah berjaga-jaga perlu di ambil. Saya harap kamu faham prosedur ni sejak kali pertama kamu setuju untuk libatkan diri dengan saya.."

Terus terduduk Hanna dekat atas rumput tu sambil pegang batang pokok sebagai sokongan dari dia jatuh rebah kerana hendak pitam. "Macam mana kalau saya cakap yang Davina dah tahu saya dihantar seseorang untuk dapatkan jurnal ayahnya tu?Adakah tuan akan bunuh saya jugak?"balasnya dengan sisa keyakinan yang ada.

Buat beberapa saat panggilan itu senyap tidak bersuara.

Hanna yang dengar hampir hendak tersenyum puas. Ya!Itu dia!Dia yakin tuannya ini pasti sedang bingung dan terkejut mendengar berita ni! "Tuan?"

"Macam mana dia boleh tahu?"suara tu tiba-tiba jadi tegas dan garang. "Apa yang kamu dah buat sampai dia boleh tahu identity kamu!!"

Terkejut dengan suara lantang itu Hanna terus jauhkan telefon tu dari telinga dia. What the heck!Bukan ini reaksi yang dia mahukan! Takut-takut nak dengar, Hanna bawa semula telefonnya ke telinga. "Sa-saya tak pasti tuan macam mana dia tahu...tapi..semalam saya hampir di bunuh dengan dia lepas cubaan dia nak tolak saya jatuh dari cenuram di sini.."ceritanya. Harap-harap dapat tenang sikit tuannya yang sedang angin sekarang ni.

"Sh*T!Itu bermaksud dia akan hapuskan jurnal tu tak guna!Macam mana kau buat kerja!Kau tahu tak berapa lama aku tunggu untuk dapatkan jurnal tu!Dan sekarang kau dah rosakkan segalanya!"

Menikus Hanna dekat situ sendiri bila dengar suara yang biasanya kedengaran tenang menjadi berang begini sekali. Habis la dia!

"Aku nak kau balik sekarang jugak!SEKARANG!"jerkah suara tu selantangnya sebelum memutuskan panggilan tersebut.

Hanna yang dengar cepat-cepat jauhkan telefon tu dari telinga lalu pandang ke skrin dengan kening berkerut. Damn you!Macam mana la boleh jadi macam ni!Tak pasal-pasal dia jadi mangsanya! Semua ni salah Davina. Jadi dia bangun dari situ lalu genggam telelonnya dengan erat sebelum keluar dari tempat persembunyiannya.

Bersama dada berkobar-kobar dengan perasaan nekad berani matinya, Hanna pandang mencerlung ke arah jururawat Natasha yang sedang berborak dengan seorang kanak-kanak di depan khemah tak jauh darinya.

Fine...kalau dia perlu mati...dia takkan mati sendiri! Davina kena ikut mati Bersama dengan dia!

26. UNKNOWNWhere stories live. Discover now