Chapter 57 : Tawanan

1.4K 150 0
                                    

Di dalam van....

Davina sedaya upaya bergelut dengan orang yang menindih dia dari atas di atas kerusi van tersebut. Kakinya sudah menendang bagai nak apa, namun lelaki di atasnya sikit pun tak berganjak!APa yang dah berlaku?Takkan la dia sedang diculik sekarang ni!

"Jangan melawan atau kau dalam masalah besar!"beritahu lelaki di atas Davina yang cuba menampal pita pelekat pada kedua-dua belah pergelangan tangannya.

Disebabkan mulutnya sudah siap-siap di tampal dengan pita pelekat, Davina tak dapat nak jerit atau bersuara. Mata dia saja yang bergerak dengan cemas memandang sekelilingnya ketika itu. Cuba cari tahu berapa ramai yang ada dalam van tu. Tapi disebabkan keadaan gelap, mata dia hanya terhad pada lelaki di atasnya dan pemandu yang berada di seat depan.

"Keluarkan telefon dia..."mintak suara dari seat belakang pula.

"Kau Nampak aku tengah buat apa sekarang ni?Kau orang yang duduk tu buat la something. Yang kena bayar bukan aku sorang!"bebel orang di atas Davina ketika itu. Setelah dia selesai ikat ketat tangan tu, dengan kasar, dia cekau kolat kot yang di pakai Davina untuk bangunkan Davina kepada kedudukan tegak.

Brit!

Brit!

Pada masa itu bunyi telefon bergetar kedengaran.Buatkan lelaki yang menawan Davina tadi tersentak. Dia pandang kanan dan kiri di kerusi itu dengan kalut sebelum ternampak handbag yang tergeletak di lantai van tersebut.

Bersama nafas naik turun takutnya Davina hanya perhatikan saja pergerakkan lelaki di tepinya itu. Kepalanya dia kosong dan perut dia memulas kecut sebab ketakutan. Masa dia dah tiba ke?Vernon dah mulakan rancangan untuk hapuskan dia!

"Ooh..tengok siapa call ni?Teman lelaki eh?"agah si penculik yang duduk di seat belakang lepas dapatkan telefon Davina dari handbag tadi.

Tersentak mendengar suara itu, dia palingkan kepala ke balik bahu sebelum nampak seorang lelaki berkepala botak dan bertopeng mulut pegang telefonnya. Itu mesti Declan!Lelaki tu mesti sedang mencari dia sekarang!

"Declan...."sebut si botak sebelum pandang ke Davina.

"Jangan cakap banyak...kau buang telefon tu sekarang atau kita akan terdedah!"marah lelaki yang ikat Davina tadi. Dia tunduk ke bawah untuk ikat kaki Davina pula lepas handbag tadi di rampas oleh si botak.

"Haihtanya je pun tak boleh.."getus si botak kemudiannya buka cermin tingkap van tersebut dan campak telefon Davina keluar dari situ.

Melihat telefonnya di campak dari situ, Davina diam-diam mengetap gigi menahan diri dari menangis dekat situ. Memang la dia tahu dirinya akan di culik. Tapi bukan secepat ni!Berasa begitu devastated sekali, dia palingkan kepala cermin di sebelahnya. Sambil tu tangan dia yang diikat secara ke belakang badan di pulas-pulas hendak longgarkan ikatan yang ketat lagi menyakitkan itu dari pergelangan tangannya.

"Hairan...cik adik kita ni senyap dan tak melawan la...Budak baik betul. Kan elok kalau setiap orang yang di culik bertenang macam cik adik nI"dengan tiba-tiba satu kepala muncul rapat di tepi kepala Davina dan tangan bersarung tangan hitam itu hinggap di leher itu dari belakang.

Terus kejung Davina dekat situ sambil menahan nafas terkejut lepas sentuhan tu hinggap di leher dan nafas hangat dari penculiknya menyapa tepi muka dia. Hanya Tuhan saja yang tahu betapa takutnya dia sekarang ni.

"Kau orang dekat belakang tu jangan macam-macam. "Bos kata nak dia hidup-hidup dan tak di apa-apakan...tak di bayar nanti baru tahu.."tegur si pemandu di depan yang bernada garau dan dalam itu.

Mata Davina menjeling ke pemandu di depannya itu dengan renungan jengkel!Ya...dia tahu siapa pemilik suara tu. Dah hafal sangat sebab dia sering berkerjasama dengan orang ini di hospital.

Siapa lagi kalau bukan orang suruhan Vernon sendiri.

John Mason.

"Alah ruginya...baru nak test dessert ni?"lelaki yang berada dekat dengan Davina itu rapatkan hidung yang ditutup dengan topeng mulut rapat ke rambut lalu ke leher itu untuk menghirup bau dari badan tu. "Mesti sedap.."bisik dia lepas berhenti dekat tepi telinga Davina.

Oleh kerana tak nak provoke mereka, Davina yang tak berdaya itu hanya diamkan diri dan biarkan saja tangan dan nafas lelaki tu menyapa kulitnya. Air mata mula bertakung di kelopak bila dia tak dapat nak lakukan apa-apa!

Kalau betul ini masanya!Dia harap mereka bunuh dia serta merta. Jangan biarkan dia mati terseksa! Air mata akhirnya jatuh menitis dengan perlahan dari kelopak tu Davina semasa dia pejam mata dia erat-erat.

26. UNKNOWNWhere stories live. Discover now