Chapter 27 : Orang sakit kena la makan ubat.

1.8K 185 2
                                    

"Hah!Itu pun kau!Hei doctor!Apa kau buat hah!Tahu tak ada pesakit perlukan rawatan sekarang ni!"marah lelaki berbadan gempal kepada Davina selepas dia Nampak Davina berdiri dekat depan katilnya.

Sukarelawan muda tadi pandang serba salah ke Davina kerana gagal jalankan tugasnya dengan baik hingga tak dapat nak kawal mangsa bencana di depannya ini.

Tanpa berkata apa-apa, Davina gerak ke arah troli peralatan perubatan yang ada di tepi katil tu. Dia capai cecair trapezium, iaitu cecair yang buatkan seseorang itu pengsan sekira di suntik dengannya. Disebabkan dia tiada masa nak hadap kepala angin pesakit tak menyabar ini, cara ni je la yang terbaik, untuk dia, untuk pesakit ni dan jugak semua yang ada dalam khemah itu.

Lelaki gempal dekat atas katil tu pandang belakang Davina dengan kening berkerut tak puas hati. "Hei!Pekak ke!Aku tengah cakap dengan kau ni!Check aku sekarang!Kalau aku mati sebab kelalaian kau macam mana!"marahnya lagi.

Pada waktu itu, Davina sudah pun siap masukkan cecair tadi ke dalam picagari. Lantas dia pun berpaling menghadap lelaki gempal tersebut. Nak sangat dia rawatkan?Rasakan ni. "Kalau macam tu mati"beritahunya sebelum tikam picagari tu atas peha tersebut tanpa tunjuk sebarang reaksi di wajah.

Lelaki gempal tu terus membutang mata terkejut bila Nampak picagari tersebut tertusuk pada kakinya ketika itu. Namun tak sempat dia nak berkata, kepalanya tiba-tiba rasa berat dan sesaat kemudian semuanya jadi gelap.

Semua orang yang saksikan kejadian itu menahan nafas terkejut, ada yang tekup mulut nak elak diri dari menjerit. Namun ada jugak yang Tarik sengih mengejek di bibir kerana puas hati dengan tindakan doctor mereka. Elok la...biar senyap sikit!

Bila cecair dalam picagari itu habis di suntik masuk ke dalam badan itu, Davina Tarik ia jauh dari peha tersebut lalu berdiri memandang muka lelaki gempal tu dengan letih. Senyap pun!

"Maafkan saya Doktor Davina...saya cuba jelaskan dia keadaan kita dekat sini. tapi dia tak nak beri kerjsama.."jelas sukarelawan yang berdiri di sebelah Davina ketika itu.

"Dia cedera ke?"tanya Davina sambil mencampak sisa picagari yang di gunakan tadi ke dalam tong sampah bawah troli. Ada-ada je la!

"Tak...dia hanya alami hidrasi dan selain itu semuanya baik-baik saja."beritahu sukarelawan tu.

Kepala Davina tersentak ke sukarelawan tu dengan perasaan terkejut dan jengkel.Apa dia?Tak cedera? "Dah tu yang dia terpekik-pekik macam ayam nak kena sembelih kenapa?"soalnya dengan kening berkerut.

Sukarelawan tu pandang ke lelaki gempal yang telah pengsan sekejap lalu ke Davina semula dengan muka serba tak kenanya. "Sebenarnya, dia adalah orang kaya dekat kawasan ni...anak kepada datuk bandar ni."beritahunya.

Patut la!Davina buat muka menyampah tak kuasanya sebelum bergerak keluar dari situ. Drama king betul. Langkahnya di atur ke arah sebuah tembok batu yang berada jauh dari khemah-khemah di situ. Betul-betul menghadap kawasan kampung yang masih dalam keadaan banjir dan tenggelam. Terduduk saja dia di situ, hela nafas lega yang Panjang akhirnya lepas dari dia. Entah bila kali terakhir dia dapat duduk dan baring sejak tiba di sini.

Dari atas kawasan bukit itu, dapat di lihat pemandangan jarak jauh dimana hamparan kawasan bandar dan kampung di situ. Menunjukkan betapa teruknya situasi sekarang ni. Kelibat jentera dan para penyelamat dapat di lihat dimana-mana. Ambulans dan mereka yang mengenakan topi keselamatan bersepah-sepah di kawasan runtuhan membuat pemeriksaan bagi memastikan tiada sesiapa yang terperangkap dari balik runtuhan yang ada.

Tidak lama selepas Davina duduk di situ, secara automatic mata dia pun terpejam. Keletihan melampau buatkan dia tertidur di situ tanpa sedarnya. Taktala Davina mula hanyut dalam lena, badan dia perlahan-lahan hendak terjatuh tumbang ke tepi.

Namun begitu, seseorang muncul tepat pada masanya dan pegang kepala Davina sebelum dia jatuh ke tepi. Tak terkutik sama sekali, mata Davina masih terpejam rapat sewaktu dirinya di cempung bangun dari batu tersebut dan di bawa pergi ke arah khemah berdekatan.

26. UNKNOWNWhere stories live. Discover now