Chapter 62 : The Truth Beneath The Lies.

1.5K 150 0
                                    

Tersusun.

Teratur.

Kemas.

Detail.

Paling penting bersih tak ada jejak.

Itu yang dia Nampak sepanjang pemerhatian dia ke tempat kejadian dan lokasi jenayah. Tiada satu pun yang dia rasa kurang dari pandangan mata dia. Sesiapa boleh anggap bahawa kejadian yang berlaku di sini adalah neutral.

Lepas dapat panggilan dari Dritan mengenai kes yang melibatkan misinya dia terus hadirkan diri untuk lihat apa yang telah berlaku. Belum dia sempat lakukan apa-apa penjenayah sendiri dedahkan perbuatan kepada pihak berkuasa dan buatkan diri tertangkap?

Logik ke semua ni?

"Tiada yang selamat...semuanya mati di tembak tepat di jantung dan kepala mereka."beritahu pegawai polis yang berada di dalam ruangan dimana sekumpulan penyangak mati Bersama ketua mereka dalam ruang tu.

Declan pegang bawah dagunya dan buat muka berfikir. Dia rasa pelik, memang la yang mati semuanya orang jahat dan tak ada yang salah dekat sini. Tapi semuanya terlalu sempurna. Seakan telah di rancang dengan rapi dan terlalu detail. Sampai tiada ada satu petunjuk pun beritahu ada pihak kedua atau ketiga di sini.

Tiada saksi.

Tiada jejak.

Tempat terjadinya kejadian pula terbiar.

Tiada rakaman CCTV.

Kesan tayar terlalu banyak untuk kesan di tempat kejadian ni.

Cap jari jangan cakap la..tempat ini adalah bangunan terbiar. Apa-apa saja boleh terjadi di sini. Dan sesiapa saja boleh keluar masuk ke tempat ni.

"Identiti mangsa dah kenal pasti?"tanya Declan sewaktu pandang ke arah mayat yang di hurung keluar dari situ satu persatu dengan pasukan perubatan di situ.

"Ya...semuanya berlatar belakangkan ahli kongsi gelap. Manakala yang seorang ini...ketua mereka merupakan seorang professor di sebuah hospital terkemuka...Vernon Howell."

"Hospital mana?"tanya Declan lagi.

"Hospital Univeriti Howard Bernard. Menurut laporan dia gunakan identitinya sebagai professor untuk tutup semua kegiatan jenayahnya. Sama sekali tiada kaitan dengan hospital tersebut. Segalanya atas dirinya.."

Declan pun mengangguk kepala faham. "terima kasih untuk kerjanya...semua hasil laporan dan kes ini akan di kendalikan oleh pasukan khas kami. "

"Baik.."angguk polis itu sebelum berpaling dari situ dan mula memberi arahan pada petugas yang lain supaya tidak tinggalkan mana-mana bukti di situ.

Hela nafas Panjang lepas dari bibir Declan masa dia berpaling keluar dari situ. Telefonnya di Tarik semula dari poket seluar. Masih tak berputus asa untuk cuba hubungi Davina dan pastikan wanita itu tak apa-apa. Sambil berjalan, ketika itu Declan sentuh skrin telefon dan sentuh nama Davina di skrin sebelum bawa telefon ke telinganya.

Tut~

Tut~

Tut~

"Hello?"

Bagai hendak terduduk di situ, Declan berhenti dari berjalan dan pandang terkejut ke depan. "Davina.."sebutnya dengan nafas tertahan kerana lega. "You okay?Mana awak?Kenapa awak hilang tiba-tiba?Kenapa baru jawab call saya?Awak tahu tak betapa risaunya saya sekarang ni."

Untuk beberapa saat, Davina diam tidak bersuara, namun setelah itu dia berkata. "Maafkan saya sebab pergi tak beritahu awak...sesuatu telah terjadi semasa awak pergi ambil kereta."beritahunya.

"Apa yang berlaku?"Declan telan air liur.

"Saya dapat panggilan kecemasan dari hospital. Mengenai pesakit saya. Oleh kerana saya tengah bercakap melalui telefon dan betul-betul dalam kecemasan saya terlupa untuk hubungi awak dari awal...dan beritahu apa yang berlaku. Sampai saja di hospital saya gegas untuk rawat pesakit dan kemudian sibuk dengan operation lepas tu...sebab tu saya tak dapat nak jawab panggilan.."cerita Davina dengan nada mendatar dalam panggilan tu.

"Iya ke?Dah tu macam mana awak balik ke hospital...tak mungkin secepat tu awak pergi dan menghilang?Awak tahu saya cari awak selama dua jam dekat situ sambil cuba hubungi awak.."beritahu Declan dengan nada kecewanya.

"Sorry...bukan saya sengaja. Harap awak tak marah...lain kali ianya takkan berulang."beritahu Davina lagi.

Bersandar letih Declan dekat dinding lepas tu. Ringan terus kepala dan bahu dia yang tegang sejak tadi. "It okay...apa yang penting awak tak apa-apa...so macam mana dengan pesakit awak tu?Dia dah okay?"tanya dia selepas itu.

"Uhm..dia dah okay...mujur saya sempat. Awak dekat mana?Dah balik ke?"

Declan kerling ke sekelilingnya dimana orang sibuk ke hulu dan hilir lakukan kerja dan hurung mayat keluar dari situ. "Ha'ah...saya dekat rumah.Lepas cari awak tak dapat, saya balik rumah dahulu untuk tunggu awak jawab panggilan saya."tipu dia yang terpaksa.

"Okay..rehat la baik-baik. Kita borak lagi siang nanti."beritahu Davina dalam panggilan itu kedengaran senyap dan dingin.

Buat beberapa saat ada satu perasaan aneh terlintas di dalam hatinya. Namun dia tidak hiraukannya."Okay. Bye.."ucap Declan dengan senyuman nipis di bibir.

Panggilan itu kemudiannya di putuskan oleh Davina terlebih dahulu.

Namun baru sahaja Declan hendak sambung jalannya, telefon dia berdering semula. Dan kini pemanggil lain pula. Lepas tengok nama di skrin tersebut, kening Declan berkerut dan dia teragak-agak hendak menjawabnya. Namun beberapa saat kemudian, dia jawab panggilan itu.

26. UNKNOWNWhere stories live. Discover now