Chapter 74 : Page Baru Hidup Baru.

3.1K 200 28
                                    

Pada keesokan harinya, Davina hadirkan diri ke kediaman Bernard selepas dijemput oleh keluarga itu. Pada awalnya Davina dah tolak. Tapi isteri Bernard tak habis-habis mendesak, Davina tak boleh nak buat apa-apa.

Dia mahu tak mahu terpaksa jugak akur dengan pelawaan itu. Jadi dia drive ke kediaman keluarga itu dan tiba sebelum waktu makan malam bermula.

Setiba saja Davina di situ, Kaden yang segak berpakaian tolong susun atur meja makan sementara Bernard tolong isterinya sediakan makan malam. Keluarga itu kelihatan sangat harmoni. Buatkan hati Davina yang sedia terluka semakin di robek sakit seperti menabur garam di atas luka yang terbuka!

Dia ada jugak offer tangan nak tolong, tapi keluarga itu hanya minta dia duduk dan tunggu. Tanpa berkata apa-apa dia duduk je la dekat kerusi meja makan tu sambil perhatikan mereka.

"Maaf ya kamu tunggu lama?Biasanya saya masak sendiri cepat la siap...tapi bila dua orang ni dah menyibuk, habis semua kerja lambat dibuatnya.."beritahu Ibu Kaden kepada Davina semasa dia letakkan jug air di atas meja.

"Hei....menyibuk ibu kata?Untung-untung Kaden tolong.."rajuk Kaden sambil tarik kerusi di sebelah Davina lalu duduk di situ lepas tugasnya selesai.

Bernard ketawa mendengar kenyataan isterinya. Bukan selalu mereka anak beranak dapat tolong uruskan kerja rumah. Kalau bukan kesibukan kerja yang mendesak, dapat la merela luangkan masa bersama seperti ini dengan isteri di rumah. Sambil pandang ke Davina sambil tu dia ambil tempat di kerusi hujung meja dan selesakan diri di situ.

"Oh ya...sebelum kita mula makan, ada sesuatu yang saya mahu sampaikan kepada kamu Davina..."beritahu Bernard dengan nada teruja.

Davina pandang tidak teruja ke Bernard. Apa lagi orang tua ni nak buat. "Apa dia?"

"Saya merancang untuk pindah dari sini sama-sama dengan Kaden. Memandangkan direktor hospital telah bertukar tangan dengan ahli majlis doktor di situ, saya fikir mahu bawa kamu sekali bersama kami."beritahu Bernard.

Ibu Kaden angguk kepala dengan gembira. "Ya betul tu...kamu boleh sambung kerja di sana juga. Bersama-sama Kaden. Kami dah uruskan segalanya."

Kaden hanya diam bersahaja dekat sebelah Davina. Dia capai gelas berisi air kosong di situ sebelum di sisip sedikit. Ayah dia dah beritahu dia mengenai hal ni dari awal lagi. Jadi dia tiada soalan yang nak di persoalkan sebab dia ikutkan saja aturan ayahnya.

"Pindah?"tanya Davina dengan kening berkerut sedikit. Dah sampai masanya ke?"

"Nanti lepas wedding kamu berdua, boleh la menetap terus di situ..."sambung Bernard lagi.

Davina tak cakap apa-apa. Dia hanya pandang ke Bernard lalu ke Ibu Kaden dengan silih ganti. Buat beberapa ketika kemudian, dia angguk kepala akur. "Baik."

"Bagus la kalau begitu. Mari la kita mula makan."aju Bernard dengan girang lepas dengar jawapan dari Davina.

Ibu Kaden mula sajikan hidangan kepada Bernard.

Mata Davina gerak dari pasangan suami isteri itu lalu ke jari tangan kirinya. Ya....dah empat bulan dia bertunang dengan Kaden. Semua ini aturan Bernard sendiri. Dia tak boleh mengatakan tidak memandangkan Bernard dah banyak berjasa dalam hidup dia. Kaden sendiri tak tolak, jadi dia pun setuju la.

"Hey.."Kaden berbisik perlahan.

Perlahan-lahan, Davina gerakkan matanya ke Kaden. Sumpah! Dia tak kuasa nak buat apa-apa sekarang ni. Dia dah putus asa. Tak boleh ke kalau dia mati?

"Semuanya akan baik-baik...trust me okay?"ucap Kaden lepas Davina pandang ke dia. Tangannya naik memegang belakang kepala tu memberi semangat.

"Macam mana awak tahu?"tanya Davina dengan mendatar.

Tersengih Kaden. "Aku tahu la...apa yang penting sekarang ni, kita teruskan hidup dan mula dari awal. Lupakan yang lepas, buka muka surat baru..."ajunya.

Buat beberapa saat Davina terpana sekejap lepas dengar kata-kata Kaden. Kalau macam tu dapat ke dia lupakan semua ni?

Dengan kasih, Kaden ramas tangan bercincin Davina memberi semangat. Lalu gunakan tangan sebelah lagi untuk makan.

"Kaden kamu nak yang mana?Ibu hulurkan?"tanya Ibu Kaden tak lama kemudian.

"Yang itu kalau boleh..."tunjuk Kaden serta merta.

Bernard dekat hujung meja itu nampak tangan Kaden pegang tangan Davina tarik senyum senang lalu dengan berselera menjamu makanan di situ. Pada masa ini la fikirannya menerawang pada perbualan yang berlangsung antaranya dengan Eden beberapa bulan yang lepas sebelum Davina dan Kaden di tunangkan. Dia hubungi Eden untuk menjemput lelaki itu hadirkan diri sekali ke majlis pertunangan Davina memandangkan Eden adalah ahli keluarga Davina juga.

Namun begitu, Eden menolak pelawaan itu dengan alasan yang Eden sibuk dengan perpindahan lelaki itu dari pangkalan diraja bagi menghadirkan diri ke sebuah akademi latihan tentera laut pada hari yang sama. Oleh itu Eden tak dapat nak hadirkan diri. Tetapi Eden sempat memberi pesan kepada Bernard.

"Saya rasa Davina akan lebih baik tanpa kehadiran saya di situ. Tuan sendiri tahu macam-macam telah berlaku kepada Davina sepanjang masa ni. Saya tak nak setiap kali dia lihat wajah saya. Ianya akan buatkan dia teringat pada memori tidak menyenangkannya. Jadi tuan...giliran saya pula yang minta pada tuan"beritahu Eden dalam panggilan.

"Apa yang kamu mahukan?"soal Bernard.

"Jagakan Davina....saya yakin tuan serta keluarga tuan dapat berikan kebahagian kepada dia. Sampai di sini saja la tugas saya sebagai penjaga dan keluarga Davina. Selepas ini semuanya adalah tanggungjawab tuan."jelas-jelas dalam nada itu kedengaran seperti terkilan dan kecewa. "Saya relakan semuanya."

"Kamu pasti?Tidak mahu temui Davina buat kali terakhir??"

"Saya tak apa-apa. Terima kasih kerana ingat pada saya dan mahu menjemput saya. Sampaikan salam taniah saya kepada Kaden dan Davina. Saya doakan mereka bahagia hingga ke cucu cicit kelak.Bertemu dengan tuan dan mereka semua adalah satu kebesaran buat saya. Akan saya ingat jasa tuan sampai ke hujung hayat saya."

"Baik la kalua begitu. Sekiranya ini keputusan kamu, saya hormatinya. Saya juga berterima kasih kepada kamu untuk semua jasa kamu.Saya harap dapat bertemu dengan kamu suatu hari nanti."

"Saya pun begitu. Sekiranya tiada apa-apa lagi, saya ucapkan selamat tinggal tuan."

"Bernard?Awak tak makan?"tegur isterinya di sisi tiba-tiba buatkan Bernard tersentak.

Dengan senyuman nipis, Bernard mengangguk kepala. "Ya, saya makan...awak pun makan la sekali."balas dia setelah itu.

Dengan harmoni dan ceria, di meja makan itu, Kaden berborak dengan Davina akan sesuatu mengenai pesakit yang dia handle, ister Bernard berborak sampai ketawa bila dengar akan balasan kata dari suaminya itu.

Dari luar jendela ruang makan, dapat di lihat salji turun dengan indah di balik malam tersebut sambil di temani dengan angina lalu yang bertiup di sekitar kawasan rumah banglo mewah itu.

-TAMAT-




Buku Dua : Love Without Faith.

26. UNKNOWNDove le storie prendono vita. Scoprilo ora