Chapter 52 : Dikhianat!

1.6K 158 0
                                    

"Apa semua ni Mason!"bentak Vernon dengan keras. Mujur la biliknya jauh dan berada di tingkat atas. Kalau tidak mahunya ada yang dengar. Tak guna betul! Lain yang di suruh lain yang di buat!

"Maafkan saya prof."ucap Mason dengan muka kebingungannya. Dia sendiri tak tahu nak cakap apa. Dia langsung tak ingat apa yang dah berlaku semalam. Apa lagi mengenai pembedahan yang berlangsung. Sumpah!Apa dia tahu, bangun-bangun je dia ada dalam pejabat. Davina beritahu dia telah tertidur lepas selesai pembedahan. Tak fikir Panjang dia setujukan saja.

"Saya suruh kamu gagalkan pembedahan tu. Bukan jayakannya!Apa ke lembab sangat kamu ni!"Vernon pukul permukaan meja tu. "Sekarang lihat apa yang telah kamu lakukan!Rosak pelan kita!Davina dapat nama, Direktor Bernard diberikan anugerah oleh Raja Isaah. Dan sekarang berita ni tersebar ke serata tempat. Hal ni akan buatkan ramai orang menyokong Bernard..."beritahu dia dengan jengkel.

Mata Mason gerak kanan dan kiri seakan mencari sesuatu. Dia cuba fahamkan situasi yang sedang berlaku ketika ini. Kali terakhir yang dia ingat adalah dia ke bilik persalinan untuk bersedia. Sama-sama dengan Janice dan yang lain. Begitu juga dengan Sarah. Mereka berborak sekejap kemudian ditawarkan minuman dari Sarah. Setelah itu segalanya menjadi tidak jelas buat dia.

"Saya rasa ada sesuatu yang tak kena sedang berlaku sekarang ni."beritahu Mason selepas dia diam sejak tadi.

"Apa maksud kamu?"kening Vernon berkerut.

"Semasa pembedahan berlangsung...saya tak sedarkan diri"beritahu Mason setelah itu.

"Apa kamu merepekkan ni?Saya sendiri Nampak kamu di dalam bilik bedah tu Bersama dengan Davina!"ujar Vernon dengan berang kerana berasa seperti Mason cuba permainkan dia.

Mason menggeleng kepala sambil buat muka dan berkerut kening. "Tak..itu bukan saya...tapi orang lain. Saya yakin saya tak jalankan pembedahan tu dan tak pernah pun ingat apa-apa mengenai hal itu. Itu bermakna Davina yang rancang semua ni dan dia telah tahu siapa sebenarnya kita sekarang ni.."lafaz dia selepas menyedari sesuatu. Ya...hari tu Davina dengan aneh sekali datang kepada dia membincangkan soalan pembedahan Permaisuri Kaira selama beberapa jam. Dan selepas dia pulang ke pejabatnya, dia mengesan Udara bilik itu asing buat dia. Seakan ada orang lain yang mengenakan minyak wangi di situ. Minyak wangi yang asing buat dia. Disebabkan dia terlalu sibuk dan tiada masa nak fikir Panjang dia lupakan hal tu.

"Tak mungkin dia...macam mana dia boleh tahu.Kamu jangan macam-macam Mason."Vernon bangun dari kerusi di situ lalu jalan keluar dari meja kerjanya sebelum berdiri di sebelah meja itu dengan muka marah. "Beritahu saya Mason...apa yang sedang berlaku sebenarnya?"

Mason pandang ke Vernon dengan muka terkejut dan bingung pada masa yang sama. Kalau betul Davina dah tahu siapa mereka sebenarnya dan hal yang berlaku di antara Profesor Vernon dan ayah Davina, itu bermakna kedudukan mereka telah terdedah.

"Saya tak pasti...tapi apa yang saya boleh katakan sekarang ialah, Davina mungkin sudah tahu siapa kita. Dan dia pasti sedang rancangkan sesuatu."beritahu Mason dengan muka seriusnya.

"Ciss!"Vernon buat muka bengis tak Sukanya. "Kalau macam tu kita tak boleh berlengah lagi. Kita kena uruskan Davina terlebih dahulu sebelum dia yang uruskan kita. Soal Bernard kita boleh uruskan kemudian. Apa yang penting sekarang jurnal dan Davina. Kita dapatkan jurnal tu dan hapuskan Davina serta merta. Saya tak nak disebabkan Budak hingusan itu semua rancangan yang saya pelan bertahun lamanya di musnahkan!"Sama macam Rowan dan Hades buat..mereka dua orang itu bersungguh mahu hentikan rancangan dia untuk cipta virus itu lalu di jual kepada mereka yang mahu lakukan kejahatan di negara masing-masing. Oleh itu dia bunuh mereka dan gunakan alasan kemalangan untuk cover up perbuatan dia. Dan kali ni anak Rowan pula mahu masuk campur!

"Apa rancangan prof?"tanya Mason.

Bersama renungan jahatnya, Vernon termenung memandang jendela di depannya dengan mata terbeliak luas. "Panggil mereka dan arahkan mereka untuk selongkar rumah Davina dan culik perempuan tu. Bawa dia ke markas kita. Bila dia dah di bawa ke sana, hubungi saya."

"Baik!"tunduk Mason dengan patuh.

26. UNKNOWNWhere stories live. Discover now