Chapter 64 : Declan VS Eden

1.5K 161 7
                                    

"Ya...ada apa Eden?"sapa Declan dengan nada perlahan.

"Woah...macam ni ke cara kau cakap dengan aku lepas kau Bersama dengan Davina?"seloroh Eden dengan sinis.

Komen itu membuatkan Declan menjuling mata menyampah. "Kau nak apa call aku ni??"soalnya dengan nada dingin tak suka.

"Aku dengar kau siasat satu kes ni..dan kes tu melibatkan seorang penyelidik?Betul ke?"

Haish!Siapa pulak mulut tempayan tak reti nak cover ni!Sampai ke Eden sekali tahu. "Asal dengan kes tu?Kau nak sailang jugak ke?"

"Macam tak ada kerja aku nak sailang kerja orang...banyak lagi bendak aku boleh buat dari berebutkan misi dengan team kau..."

"Habis tu kenapa kau tanya?"

"Well...disebabkan aku abang kepada Davina aku berhak ambil tahu apa saja yang melibatkan diri dia. Suka atau tak kau kena terima kenyataan tu. Even at the end kau berpisah dengan dia atau Bersama dengan dia, still...kau tak boleh nak nafikan aku adalah keluarga dia."beritahu Eden dengan nada yakinnya.

"Apa kaitan misi ni dengan kau?"kening Declan berkerut, dia buat muka tak faham.

"Beritahu aku...nama penyelidik tu Rowan Callison bukan?"soal Eden.

Declan terdiam buat seketika. Dia memang tak nak cakap, tapi dah Eden tanya. Terpaksa la. "Ya..betul."

"Great then. Serahkan dia dekat aku kalau macam tu...."

Declan yang mahu dekati keretanya berhenti beberapa meter sebelum tiba di situ lepas dengar "Kenapa pulak?"suka hati je!Eden sedar tak dengan siapa Eden bercakap sekarang.

"Kenapa kau tanya?Sebab penyelidik tu adalah ayah Davina yang hilang sejak 28 tahun yang lalu. Aku nak Davina temui ayah dia semula."

Terbuka luas mata Declan lepas dengar. Dia pandang kaku ke depan. Apa dia?Penyelidik itu adalah ayah Davina? Bukan ke ayah Davina sudah meninggal dunia?Apa yang tengah berlaku sebenarnya ni?"Kenapa aku kena serahkan dekat kau sedangkan aku boleh bawa dia jumpa sendiri kalau macam tu?"balasnya dengan nada hairan.

Bunyi Eden mengetik lidah seakan mengejek Declan kedengaran dalam panggilan itu kemudiannya.

"Sejujurnya la Declan..kalau kau nak tahu, aku tak pernah sukakan kau...bukan jelous bukan benci. Cuma tak suka dengan kewujudan kau. Apa saja yang kau dapat, aku cuba dapat. Okay?Dari pangkat, nama. populariti, kuasa, pengaruh termasuk misi. Tapi biar aku beritahu kau okay. jadi dengar elok-elok."luah Eden.

Declan kuatkan cengkaman pada telefon itu lepas dengar. Ya...dia tahu tentang hal ni dari awal pertemuan dia dengan Eden sewaktu hari pertama dia jejak kaki di pangkalan tersebut. Dan Eden adalah orang yang paling dia anggap sebagai pesaing nombor satunya. Sejak itu dia sentiasa cuba lakukan yang terbaik untuk mengalahkan Eden. Tak sangka pulak Eden rasa perkara yang sama.

"Aku tahu kau tu siapa. Aku tahu kau tu putera mahkota negara ni. Dan kau tahu...I don't give a damn f*ck about it. Sebab apa?Sebab tak kira siapapun kau...aku tahu kau takkan salah guna kuasa kau tu. Mungkin sebab itu sampai sekarang kau simpan identity kau dari orang lain. Apapun main point dekat sini adalah...aku nak kau serahkan ayah Davina dekat aku supaya Davina tengok aku sebagai hero bukan kau, aku nak dia bergantung pada aku. Bukan kau. Lepas aku tengok tindakan daring kau kiss Davina depan semua orang dekat sini...aku dah nekad. Mulai saat tu aku akan ambil balik Davina. Mana adil kan...Berpuluh tahun aku jaga dia dan tiba-tiba kau muncul rampas tempat aku...kau ingat aku nak biarkan je ke?Hell no! So aku nak kau serahkan Rowan Callison dekat aku dengan rela atau aku terpaksa buat cara kasar untuk dapatkannya?"beritahu Eden dengan nada bersahaja dan berlagaknya.

Oleh kerana terlalu tercengang dengan kenyataan itu, Declan pandang ke arah ambulans di depannya dengan mulut tercengang. Apa Eden baru cakap tadi?!

"Kau apa?"soal Declan tergagap-gagap sikit sebab terkejut sangat.

"Ya...kau tak salah dengar. Davina aku yang punya. Lekatkan kenyataan tu dekat tengkorak besi kau tu. So aku nak kau serahkan Doktor Rowan kepada aku."minta Eden lagi.

Berdengus tak percaya Declan di buatnya. Memang tak la!Ingat dia akan mengalah ke!"Dan apa yang kau akan buat kalau aku tak nak?"cabarnya.

"Okay fine kalau kau tak nak. Jangan sampai aku beritahu Davina sendiri hubungan masa 'lampau' kau dengan Juliet sepanjang masa kau bertugas dengan Juliet nanti sudah?Nak ke?"ugut Eden yang langsung tak kedengaran mengugut. Sebab Eden cakap dengan nada bersahaja seperti ajak bergurau.

Berketik rahang Declan lepas dengar. Keningnya berkerut. Sh*t!

"Tik...tok...waktu berdetik...aku tak ada masa selamanya untuk tunggu jawapan dari kau."agah Eden yang semakin membuatkan darah Declan menggelegak hendak marah di situ.

Berasa mengalah dan tak dapat nak buat apa, Declan ketap gigi dia sambol pandang bengang ke kanan dan kirinya sebelum berkata. "Fine.Aku akan serahkan doctor tu kepada kau."akurnya.

"Good...kalau macam tu rahsia kau selamat dekat tangan aku-"ucap Eden yang meleret sekejap. "..buat masa sekarang."sambungnya sebelum putuskan panggilan tersebut. ,

Berniat mahu menghempas telefonnya ke lantai, Declan pandang ke skrin telefonnya sambil mencengkam bengang akan telefon tu dan berharap ia patah dalam tangannya sekarang ini!

Keparat tak guna!

26. UNKNOWNWhere stories live. Discover now