Chapter 7 : Serang Hendap!

2K 171 1
                                    

Di atas sebuah gunungan, di kawasan hutan yang lebat dengan pokok, tersembunyinya sebuah markas rahsia yang terlarang dimana penjenayah dari kumpulan kongsi gelap bertapak. Tempat dimana mereka tawan mangsa dan kerah mereka menjadi sumber tenaga kerja mereka untuk cipta sesuatu yang tak sepatutnya mereka cipta atau libatkan diri dengan.

Di dalam gelap itu, dengan tiba-tiba muncul satu susuk hitam berdiri dari rimbunan rumput di situ. Lalu dua lagi susuk muncul sebelum lebih kurang 20 susuk mula berdiri tegak di hamparan rumput di situ menghadap bangunan tersebut.

"20 minit masa di berikan...lewat dari tu bertanggungjawab atas nyawa sendiri."beritahu dia melalui alat komunikasi yang melekat pada topeng mulutnya ketika itu.

"BAIK!"dengan serentak suara kedengaran melalui ear in yang terpasang pada telinga.

Lalu dia tunduk memandang ke bawahnya dimana rakan berlaptopnya sedang bersila menggodam sistem dalam bangunan tu.

"Macam mana?Dah masuk dalam sistem dia orang belum?"soalnya setelah itu.

Buat beberapa saat orang itu hanya diam mengetik jari ke atas papan keyboard laptop tersebut. "Okay clear.."beritahunya sewaktu angkat kepala dan pandang ke bangunan di depannya sementara jarinya menekan butang 'ENTER'

Habis dalam masa sesaat sahaja seluruh bangunan itu menjadi gelap gelita dan tidak bercahaya. Pada masa itu la kesemua yang ada di situ mula menghidupkan gogel inframerah mereka. Membuatkan berpasang-pasang bintik merah muncul dalam kegelapan di situ.

"Gerak semua dengan serentak!"arah Declan sebelum dia berlari lekas menuju ke arah pintu masuk sambil keluarkan dua pucuk pistol pada kedua-dua tangan dengan serentak.

Apabila pengawal yang bertugas mengawal pintu masuk banguna tersebut nampak akan kelibat hitam yang berlari menuju ke arah mereka, cepat-cepat mereka acukan senjata dan capai alat komunikasi walkie-talkie hendak sampaikan percerobohan itu.

Namun belum sempat dia hendak berbuat begitu, berdesup laju peluru mengenai tengah dahinya hingga bersepai darah menembusi belakang kepala dalam sekelip mata. Maka tumbang la tubuhnya ke atas tanah dengan walkie talkie di dalam tangannya.

Bila rakan penjenayah yang lain mahu lepaskan tembakan, tak semena senapang yang mereka pegang itu di sepak oleh ahli kumpulan Declan dan Declan sendiri lantas mereka berikan highkick ke dada dan tepi muka tu sepantas kilat hingga buatkan tubuh penjahat itu tercampak ke belakang sebelum di tembak mati tepat di kepala dan jantung mereka.

Setelah semua pengawal di situ Berjaya di tumpaskan, mereka yang bertanggungjawab untuk bahan letupan maju ke hadapan lalu pasang bahan letupan pada pintu besi di situ. Bila ia telah di pasang dengan kemas. satu letupan kecil meledakkan pintu tersebut.

Maka tanpa membuang masa, Declan masuk terlebih dahulu lalu diikuti ahli kumpulannya yang lain di belakang dan mula menjarah tempat itu dengan tembakan dan letupan di sana sini dengan cekap dan seliciknya.

Para musuh yang masih dalam kebingungan ekori kegelapan menyelubungi tempat tersebut tidak dapat pertahankan diri mereka dan menyerang secara membuta tuli apabila diri mereka di serang orang orang bermata merah yang muncul entah dari mana dan siapa itu.

Habis riuh rendah kawasan bangunan itu dengan bunyi deruan tembakan machine gun dan tembakan pistol biasa sambil di selangi dengan suara jeritan orang meraung mahu menyerang dan mengerang!

Jadi pada malam itu, Declan dan beberapa ahli pasukan yang lain bakal menyerbu markas tersebut bagi menebus semula tahanan yang di culik lalu di tahan oleh penjenayah di dalam tempat tersebut. Oleh kerana orang yang di culik itu adalah seorang penyelidik yang bertanggungjawab dalam penghasilan bahan nuclear dan virus berbahaya, Declan perlu selamatkan lelaki itu supaya kepakaran lelaki itu tidak di salah gunakan untuk perkara yang tidak sepatutnya.

Oleh kerana pasukan tentera lain tak berani masuk campur urusan yang melibatkan ahli kongsi gelap terlindung, maka Royal Guard atau pasukan pertahanan diraja yang akan mengambil alih tugas mereka agar segala masalah dan salah boleh di tanggung oleh Raja dan pasukan di raja tanpa susahkan Menteri atau presiden negara sendiri.

Kerana itu, mereka adalah pasukan pembanteras jenayah yang paling digeruni oleh seluruh penjenayah yang ada termasuk la pasukan ketenteraan yang lain. Bukan setakat terkenal dengan strategi dan pelan serangan mereka yang berkesan, malah semua ahli pasukan kumpulan ini telah di latih dengan rejim latihan yang sangat ketat dan berdisplin. Kerana itu mereka adalah pembunuh dan ahli kombat paling berbahaya di bandingkan kepakaran ketenteraan yang ada.

26. UNKNOWNWhere stories live. Discover now