Chapter 3 : Ibu Angkat.

2.3K 214 5
                                    

Setibanya dia di depan pintu wad, dengan perlahan pintu itu di tolak ke dalam sebelum kakinya di atur maju ke depan. Masuk saja dia ke situ, telinga di sapa bunyi mesin bantu hayat yang ada di kanan dan kiri katil itu sebelum mata dia terarah pada orang yang terlantar di atas katil pesakit itu pula.

Berjela-jela wayar terpasang di badan itu. Wayar yang membantu kelangsungan hidup ibunya. Ya. Sejak disahkan sakit barah servik setahun yang lepas, keadaan wanita ini semakin hari semakin tenat. Dan tahap kecerdasan turut merosot teruk. Sebagai anak dan jugak doctor dia sedaya upaya lakukan yang sebaik mungkin untuk bantu ibunya teruskan hidup.

Beep!

Beep!

Beep!

Beep!

Bunyi mesin bantuan pernafasan dan pembaca detak jantung kedengaran setiap kali dada itu naik dan turun mendapatkan oksigen yang terpasang pada hidung melalui tiub putih.

Berdiri saja Davina di tepi katil itu, dia tenung wajah pucat tidak berdaya milik ibu angkatnya dengan renungan kosong. Dulu, wanita ini yang telah letakkan dia dalam kesakitan dan hidup yang penuh penderitaan. Dan sekarang dia pula yang saksikan hayat wanita ini bergantung pada mesin dan ubat semata.

Lucu bukan?

Mungkin ini dikatakan oleh orang. Karma itu ada.

What you give, you get back.

Tapi itu la. Pelik, kenapa dia tak rasa apa-apa bila lihat ibu angkatnya sakit begini.

Bukan ke dia patut rasa happy sebab orang yang dera dan buatkan hidup dia penuh trauma menderita seperti ini?

Ini tidak, dia malah tak rasa apa-apa. Ibaratnya seperti kosong tiada apa-apa yang terjadi. Suka tidak. Sedih pun tidak. Hanya perasaan kosong saja yang bertandang dalam dirinya sekarang ni. Lantas Davina gerak mencapai papan carta kesihatan yang tergantung di tepi katil. Dia capai ia lantas di teliti. Rekod pengambilan ubat, makan, bacaan nadi, pemeriksaan xray dan sebagainya tercatat di situ di baca olehnya.

Tidak semena mata itu pun terbuka dengan perlahan-lahan sebelum terpandang akan Davina di situ. Tanpa berkata apa-apa, ibu angkat Davina merenung wajah serius itu. Dia tertanya-tanya sehingga sekarang kenapa anak angkatnya ini sikit pun tak pernah persoalkan dia atau cemuh dia atau biarkan dia mati tak terubat lepas apa yang dia lakukan pada anak ni.

Perasan melalui ekor matanya, Davina alihkan perhatian dia dari bacaan tersebut ke katil di sebelahnya sebelum bertentang mata dengan mata kuyu milik ibu angkatnya. Dah bangun pun. Ingatkan dah tak sedarkan diri terus tadi?Dua hari tak sedarkan diri sejak semalam. Apa yang dah berlaku? "Macam mana?Masih sakit lagi ke?"tanya dia dengan nada mendatar sebelum pandang ke papan carta semula.

Ibu angkat Davina hanya diam memandang Davina tanpa berkedip.

Berasa puas hati dengan bacaan laporan itu, Davina kemudiannya meletakkan papan carta tersebut ke tempatnya semula. Setelah itu tangannya naik mencapai stestokp1op yang tergantung di lehernya. Dia pasang alat pendengar detak jantung itu ke telinga sebelum tunduk untuk di tekup hujung alat itu ke jantung ibunya.

Pada masa Davina tunduk itu la baru ibu angkat dia bersuara. "Mana Eden?"tanya dia tentang anak lelaki sulungnya.

Elok Davina focus mendengar detak jantung itu, dia berhenti sekejap sebelum angkat matanya ke muka pucat dan cengkung ibunya. Anak tak guna tu?Entah. Dia sendiri tak pernah nak ambil tahu. Mungkin tengah sibuk berfoya dengan anak orang kaya dekat kelab agaknya. "Busy agaknya." jawab dia sebelum berdiri tegak semula.

Ibu Davina ikut perhatikan tingkah Davina sewaktu Davina tanggalkan stestokop dari telinga lalu di gantung ke sekeliling leher. "Call dia...aku nak jumpa dia..."beritahunya dengan suara serak orang sakitnya.

Eden.Eden.Eden.

Nama itu aje yang di sebut dekat mulut tu. Tak nampak ke sekarang ni siapa yang jaga siapa? Pergi lantak la lelaki tak guna tu. Kalau Eden sedar ada ibu tengah sakit sekarang, lama dah lelaki tu duduk dekat hospital dan luangkan masa!Bukannya biarkan ibunya ini terlantar sendirian di sini. "Tengok la kalau Ina sempat."beritahu dia.

"Sekarang...aku nak kau call dia sekarang..!" tegas ibu Davina lagi.

Hela nafas kasar keluar dari hidung Davina. Kalau bukan kerana kenangkan keadaan ibunya yang sedang nazak ini lama dia tak hiraukan permintaan tu. Sambil buat muka kesal, dia capai telefonnya di dalam poket seluar skinny jean dia lalu di sentuh itu dan ini pada skrin tersebut.

Selesai saja dia sentuh nama 'Eden' di skrin, telefonnya di tekap ke telinga. Buat seketika dia tunggu panggilan itu masuk. 10 saat kemudian, akhirnya panggilannya disambut. "Berapa kali aku beritahu kau hah! Jangan call aku lagi!"tempik suara tu dengan kasar sebelum panggilan itu putus sesaat kemudian.

Davina yang tidak menjangka situasi itu taken back sekejap sebelum dia pandang skrin telefonnya dengan perasaan tergamam. Melampau betul punya perangai!Mujur tak ada dekat depan mata, kalau tidak lama dah kena maki dengan dia.

"Dia tak jawab."tipu Davina sebelum lock skrin telefonnya dan pandang semula ke ibunya.

Ibu Davina dengar tempikkan suara tadi, tapi dia buat tak komen mengenainya. Sebab dia malu dengan diri dan anaknya sendiri. Dia malu pada Davina kerana anak angkat yang selama ini dia perlakukan seperti kain buruk adalah orang yang sama merawat dan menjaga dirinya ketika dia nazak begini. Sementara anak lelaki yang dia jaga bagaikan menatang minyak yang penuh pinggirkan dia seperti ini.

"Rehat la...jangan fikir banyak. Jururawat akan datang lagi untuk berikan ubat tahan sakit pada ibu. Saya ada kerja lain yang perlu di buat."pamit Davina tidak lama selepas perasan dirinya di tatap sebegitu dengan ibunya. Dia faham akan renungan itu. Tapi dia takkan hiraukannya. Bukan salah dia kalau ibu dia ada anak tak guna seperti Eden tu. Dan dia buat semua ini bukan sebab dia sayang atau peduli akan ibunya tetapi semua ini hanya sebagai bayaran untuk ibu angkat dia yang telah besarkan dia sewaktu dia kecil dulu.

Bersama mata bergenangan dengan air mata, Ibu Davina hanya perhatikan pemergian Davina dari ruangannya itu.

26. UNKNOWNWhere stories live. Discover now