Chapter 69 : Unfortunate Reunion.

1.4K 144 2
                                    

Dua hari kemudiannya.

Maka selepas penerbangan beberapa jam, akhirnya Davina dan Bernard tiba di situ Bersama-sama dengan Kaden dan Eden sebagai pengiring ke situ. Pada awalnya tak pelawa Kaden pun, tapi disebabkan Kaden berkeras hendak ikut, kerana itu lelaki itu Bersama dengan mereka.

Setelah itu Davina dan Bernard di bawa ke hospital tempat tersebut dengan Eden. Dan sepanjang perjalanan itu, Davina benar-benar pucat dan kelihatan tidak bertenaga. Cuma dia tak tunjukkan sangat yang dia tak sihat. Kerana dia tak nak rosakkan hari pertama dia temui ayahnya itu, Davina tahankan diri sepanjang masa dan kuatkan dirinya untuk tidak rebah di situ.

Semua orang tak perasan. Kecuali seorang tu.

Baru saja Eden hendak tolak pintu bilik rawatan tersebut, Davina lekas-lekas pegang tangan tu. menghalang Eden dari membukakannya untuk dia.

"Kenapa?"Eden jungkit kening sewaktu pandang hairan ke Davina.

Lalu Davina pandang ke Bernard pula sambil turunkan tangannya dari Declan lantas berkata pada masa yang sama. "Prof masuk la dulu..jumpa dengan ayah saya. Saya sediakan diri dulu."beritahu dia.

Bernard yang dengar mengangguk kepala faham. Dia tarik senyuman nipis di bibir sebelum tepuk belakang badan Davina beri semangat. "Kalau macam tu saya temui dia terlebih dahulu. Nanti bila kamu telah bersedia masuk la lekas.."pesannya.

Anggukan kecil di berikan oleh Davina.

Bernard pun berjalan masuk ke dalam ruangan itu meninggalkan Davina Bersama dua orang lelaki di luar bilik rawatan tu.

Untuk beberapa saat Davina hanya termenung memandang ke pintu di depannya. Dia cuba kumpul segala kudrat yang ada supaya masuk nanti dia takkan menangis atau breakdown di situ.

Eden dan Kaden fokus memandang belakang kepala Davina tanpa berkata apa-apa. Mereka mahu berikan ruang kepada Davina untuk lapangkan fikiran.

Dekat beberapa saat kemudian, setelah bersedia Davina pun pegang tombol pintu itu lalu bergerak masuk ke dalam ruangan tersebut tanpa berlengah. Dan sebaik saja dia masuk, matanya terarah pada katil dimana seseorang berkepala botak, kurus kering dan mengenakan alat pernafasan terlantar di situ lalu ternampak Bernard sudahpun melutut di tepi katil menangis sambil mencengkam tangan kering itu.

"Maafkan aku"rintih Bernard teresak-esak di situ. "Maafkan aku sebab lambat Rowan..."

Mulanya Davina hairan kenapa Bernard nangis dengan begitu sedih di situ, setelah dia berdiri di situ, baru la dia sedar kenapa Bernard menangis.

Malang sekali.

Dia sudahpun terlewat. Rupanya ayahnya sudah tiada lagi. Mesin yang membaca dekat jantung di situ mengeluarkan bunyi 'bip' yang panjang dan dada itu tidak lagi naik turun. Bagaikan roh di badannya keluar dari jasadnya, bahu Davina jatuh hilang semangat. Dia pandang kosong ke wajah itu.

"Dia dah pergi tinggalkan kita ke?"tanya Davina dengan perlahan sambil memegang bahu Bernard di sebelahnya. Diramas perlahan untuk beri semangat. .

Sambil teresak-esak, Bernard mengangguk kepala.. "Dia...dia pandang saya kemudian tersenyum sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir...maafkan saya Davina...tak sempat nak panggil kamu.."rintihnya dengan sebak sekali sampai tak boleh bernafas dengan betul akibat sebu yang dirasai. Dia tak sempat nak mintak maaf!Dia benar-benar minta maaf kepada Rowan kerana biarkan rakannya menderita selama bertahun lamanya.

Oleh kerana dia sudah terbiasa dengan kematian, rasa sakit tu dapat dia tangani. Namun hati dia tetap sedih dan terkilan kerana tak dapat dengar suara ayahnya buat kali terakhir. Sampai begini sekali mereka seksa ayahnya. Dia tak dapat cam wajah ayahnya, namun jauh di dalam sudut hati dia, ada ruang untuk lelaki ini.

Sambil tarik senyuman sedih di bibir, Davina pegang tangan kurus itu lalu tunduk memberi kucupan di dahi itu. "Anak ayah dah datang...maaf sebab lewat. Ina harap ayah tenang di sana."ucapnya di dalam hati sewaktu memejam mata memberi kucupan.. Dia tak nak menangis, Dia akan kuatkan dirinya supaya tidak menangis. Dapat lihat wajah ini sudahpun memadai untuk dia.

Maka sendu la satu ruang itu dengan suara esak tanggis Bernard dan Davina rehatkan pipinya ke dada itu dengan tangannya memeluk perlahan tubuh yang sudah kejung itu. Dia relakan pemergian ayahnya, Dan dia syukur sebab dapat temui ayah dia buat kali terakhir untuk pertama kalinya.

26. UNKNOWNUnde poveștirile trăiesc. Descoperă acum