Chapter 33 : Kalau dia tak dapat sesiapa takkan dapat.

1.7K 181 4
                                    

7 tahun yang lalu

Sewaktu Davina masih berada di university dalam bidang medicalnya. Di universiti Howard Bernard. Tempat dimana dia sambung belajar untuk menjadi seorang surgeon. Dan dari situ la dia dapat tahu bahawa bapanya adalah rakan baik kepada pensyarahnya sendiri iaitu Howard Bernard. Pengasas dan director univerisiti tersebut. Davina tahu pun sebab Bernard sendiri yang beritahu kepada Davina.

"Tesis kamu sangat cemerlang...sememangnya kamu adalah anak ayah kamu.."ujar Profesor Bernard sewaktu tunduk melihat kertas kerjanya.

"Terima kasih."ucap dia.

"Apa kata selepas kamu tamat belajar, pratikal sebagai doctor residen di hospital saya. Boleh la kamu tengok-tengokkan Kaden untuk saya sekali nanti."beritahu Professor Bernard lagi.

Dia yang dengar hanya diam memandang kosong akan wajah lelaki bermisai putih yang duduk di meja pensyarah depannya ketika ini. Memangnya profesornya serius ke?Atau saja nak bergurau dengan dia?

"Macam mana?Kau mahu kan?"Professor Bernard jungkit kening kepadanya.

"Bukan saya tak nak, kosnya saya tak mampu nak tanggung. Lagipula saya sedang bekerja part time pada masa yang sama. Rasanya saya tak dapat nak ikut jadual kalau berada di situ."jelas dia dengan mendatar.

Bernard ketawa kecil. Kalau anak lain mahunya mereka dengan teruja setuju dengan tawarannya ini. Tapi Davina malah tolak. Anak gadis di depannya ini memang bukan sebarangan orang. Sebab itu dia gemarkan Davina lebih dari pelajar lain.

"Kamu jangan risau...dengan rekod cemerlang dan GPA kamu ini, saya tak rasa ianya satu masalah. Saya akan tanggung sepenuhnya semua kos pembelajaran kamu sehingga tamat belajar nanti. Dan sebagai balasannya, bekerja la untuk hospital saya...dan saya yakin kamu pasti dapat berkawan baik dengan Kaden nanti."beritahu Bernard dengan ceria.

"Kenapa professor baik dengan saya?"tanya dia yang berasa curiga dengan semua ni;.Biasanya dalam drama, kalau orang buat baik pasti ada udang di sebalik batu. Jadi dari situ dia belajar untuk sentiasa berwaspada untuk tawaran yang orang berikan kepada dia. Lagi-lagi hal sebesar ni.

Senyuman serba salah terukir di bibir Bernard. "Sebagai balas budi. selama 20 tahun saya bersahabat dengan ayah kamu, Rowan Collison. Dia ada seorang sahabat dan abang yang baik. Banyak membantu dan mengajar saya sehingga Berjaya seperti ini. Dan bila dapat tahu bahawa kamu adalah anak beliau, saya rasa saya patut buat macam mana dia lakukan untuk saya masa muda dulu.."

Hela nafas panjang lepas dari bibirnya sewaktu Davina dongak memandang ke atas langit.

Suasana sunyi.

Langit pula gelap tak berbulan.

Hanya hamparan ribuan bintang saja yang menghiasi pemandangan pada tengah malam itu.

Tiada satupun kelibat manusia berkeliaran, di luar khemah atau dimana-mana. Semuanya lengang kerana sudah pun masuk jam 3 pagi. Kebanyakan orang yang ada di tapak pemulihan bencana alam itu sudahpun masuk tidur dan beristirahat.

Namun bukan semuanya.

Oleh kerana sudah menjadi kebiasaan buat dirinya, setiap jam 2 pagi Davina akan terjaga dari lena dan merayau nak ambil angin. Tak kira la semasa bertugas di hospital atau sejak dia berada di situ. Lagi-lagi kalau satu ruang tu di kongsi lebih dari dua orang. Memang tak lalu la dia nak tidur.

Itu yang dia duduk sendirian depan unggun api dengan jurnal ayahnya yang menjadi bahan bakar untuk pastikan kayu api di situ kekal menyala dan hangatkan badan dia sejak tadi. Yup!Dia bakar jurnal yang selama ini ayah dia mahu dia lindungi. Untuk beberapa hari ni, dia dah berfikir Panjang. Kenapa perlu simpan sesuatu yang membahayakan diri dia?Kan lebih baik kalau di hapuskan?Selesai masalah.

Kalau dia tak dapat nak jaga jurnal ni, maka tak ada sesiapa boleh miliki jurnal ni!

SRAP!

Sehelai muka surat jurnal itu di koyaknya dengan muka tanpa perasaan lalu di campak ke dalam api yang sedang marak menyala di hadapannya ketika ini. Bahang dari nyalaan itu telah menghangatkan wajah dan seluruh bahagian depan badannya yang bersila atas kotak lama menghadap pemandangan depan khemah pesakit.

Pssss!

Terbakar kertas tersebut sebaik ia bersentuhan dengan api di situ.

Mata Davina termenung melihat kertas itu. Terkilan tapi nak buat macam mana. Semua ni demi kebaikan dirinya serta semua orang!Kalau formula ni jatuh ke tangan yang salah. Boleh jadi bencana satu dunia kalau virus ni di cipta dan di sebarkan. Lagipun dia dah hafal sangat akan isi kandung jurnal ni. Yalah, 20 tahun dia baca benda yang sama berulang kali tanpa henti. Siapa tak hafal!

Sedang Davina termenung, masa itu la satu kelibat berdiri di belakangnya dengan senyap.

SRAP!

Koyak Davina lagi sebelum dia campak gumpalan kertas tu ke dalam api dan lihat ia terbakar seperti kertas-kertas yang lain. Sampai tipis dah jurnal tu.

"Kau buat apa tu?"tegur orang di belakang Davina dengan mengejut.

Tersentak Davina bila dengar. Dia terus dongakkan kepala ke atas sebelum bertemu muka dengan Kaden apabila kepala tu tunduk memandang dia.

26. UNKNOWNOpowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz