Chapter 73 : Life Goes On

1.7K 151 0
                                    

6 bulan kemudian.

Hamparan salji menyelimuti seluruh kawasan bandar.

Mana-mana boleh Nampak.

Atas pokok, tepi jalan, atas bangku, tembok batu, bangunan, jalan raya, laluan pejalan kaki, tingkap mahupun pada kenderaan.

Memandangkan musim sejuk telah tiba, pelbagai hiasan dan lampu berwarna warni menghiasi pintu dan sekitar jendela rumah serta bangunan yang ada di situ.

Di atas jalan kelihatan dua orang itu jalan saling bergandingan dengan bge kertas di peluk dekat dada, beg kain di pegang dengan tangan satu lagi.

"Kau nak masak apa nanti?"tanya Sarah dengan muka merah padam sebab kesejukan.

Davina dekat sebelah hanya erat merangkul lengan Sarah sebab dia sendiri sedamg kesejukan. Tapi tak bagi apa-apa reaksi dekat muka.

Oleh kerana rakannya tidak memberi respon terhadap pertanyaannya itu, Sarah pun palingkan kepala. Dia pandang tepi muka Davina dengan kening berkerut.

Sejak 6 bulan lepas perangai Davina makin menjadi-jadi. Davina banyak diamkan diri tak banyak jalankan aktiviti. Selain dari pergi kerja balik rumah. Itu saja la rutinnya. Selain tu tiada keluar rumah untuk berhibur atau shopping. Banyaknya Sarah yang lakukan hal itu. Ni...keluar beli barang dapur pun bersama kerana dipaksa oleh Sarah. Kalau tak dipaksa mahunya 'zombie' yang seorang ni nak keluar rumah.

"Haih..."hela Sarah dengan panjang.

Davina tersentak dari lamunannya apabila suara keluhan itu menyapa telinganya. Dia palingkan kepala ke sebelah kiri lalu terpandang Sarah yang buat muka kepadanya. "Kenapa kau mengeluh?"

"Kau tu hah...sampai bila nak macam ni? Kau tahu aku risau tengok kau murung sepanjang masa. Ada apa-apa yang aku boleh buat untuk bantu kau ke?"tanya Sarah dengan jujur. Memang dia nak tolong Davina. Dia nak tengok kawannya ini tersenyum.

Masa di majlis wedding Kai dan Natasha pun Davina tak nak senyum apa lagi enjoy dekat wedding tu. Hal tu buatkan Kai dan Natasha sendiri susah hati sebab tak dapat nak buatkan Davina rasa di temani atau di gembirakan. Last-last Davina balik lepas hadirkan diri di majlis tu setengah jam kemudian.

"Kalau aku tahu kau akan macam ni, aku takka beria untuk tukar hospital...sekarang macam mana?Nak aku tolak balik application tu supaya tak pindah dari sini dan menetap dengan kau ke?"soal Sarah bernada tak percaya.

Tiga bulan lepas Sarah ada beritrahu yang dia akan pindah tukar ke hospital lain memandangkan tugasnya di situ sudahpun selesai dan masalah Davina sudah pun Berjaya di selesaikan. Beria dia fikir semuanya dah kembali pulih. Tapi tak tahu pulak ada lagi.

"Jangan nak mengada. Tawaran kau dah diterima kan. Jadi ikutkan je. Jangan nak susahkan diri kau untuk perempuan bermasalah macam aku ni.."bidas Davina dengan nada mendatar, Dia kembali memandang ke depan dan jalan dengan perlahan memijak salji di bawah kakinya itu.

"Kalau macam tu...jangan la buat aku risau. Aku susah hati bila fikirkan balik nanti lepas aku pergi dari sini...menjauh dari kau..."luah Sarah dengan kesal. "Aku tak nak apa-apa berlaku dekat kau...sebab tu aku tanya...ada apa-apa yang aku boleh tolong untuk bantu kau atau tak.."keluhnya. Susah betul la nak berurusan dengan kawan hati batu seperti Davina ni.

Untuk seketika, Davina termenung memandang kedepan. Dia ingatkan lepas semuanya selesai dia boleh happy, tapi tak. Rasanya Tuhan rancang yang sebaliknya untuk dia. Sedih betul. Dia rasa, tiada lagi gunanya dia hidup sekarang ni. Ayahnya sudah tiada. Ibu angkatnya sudah tiada. Eden sudah tiada. Orang yang dia suka pun sudah tiada. Tugas dia untuk selesaikan isu ayahnya sudahpun dilaksanakan. Jadi tiada gunanya dia di sini. Declan pulak sudah dia lupakan. Lelaki tak guna tu!Ugh!Buat rosak mood je bila fikir!"There's nothing you can do anymore....kau tak boleh nak cantumkan kaca yang pecah kepada bentuk yang asal." beritahunya dengan nada termenung.

Sarah buat muka mencebik sedih. Dia terus rehatkan kepalanya ke bahu Davina kerana susah hati dengan kata-kata murung Davina. Dia tak cakap apa-apa lagi.

Mereka berdua kemudiannya teruskan perjalanan untuk pulang ke apartment untuk nikmati cuti tahun baru musim sejuk mereka itu sama-sama.

Pada masa itu lah salji mula turun dari langit dan melayah di serata tempeh sebelum hingga mendarat di permukaan yang ada dengan indah. Memberitahu bahawa tahun baru akan tiba tidak lama lagi.

26. UNKNOWNWhere stories live. Discover now