Chapter 9 : Perpindahan.

1.9K 198 1
                                    

Penyelidikan Rahsia Virus 202BA3.

Penyelidik : Rowan Callison

Tarikh : 25 April 1992.

Jam 2200 subjek kini masih dalam perkembangan. Dua tikus mati setelah di suntik dengan bahan yang sama. Tapi satu masih hidup dan tidak beri sebarang reaksi.

Mereka semakin mendesak supaya eksperimen di jalankan terhadap manusia sedangkan masih belum yakin yang antidot dapat di temui. Mungkin ini catatan terakhir yang ada. Sesiapa yang menemui sila simpan elok-elok untuk semakan di masa hadapan sekiranya mereka temui formula virus ni. Kalau ada tolong jaga dan jangan jatuh pada tangan yang tak sepatutnya.

Muka surat terakhir jurnal catatan itu di tutup olehnya sebaik selesai membaca tulisan tersebut buat kesekian kalinya. Hampir hafal dia dibuat isi maklumat yang ada di setiap muka surat jurnal ni. Tapi satu pun tak bantu dia untuk beritahu siapakah orang yang mahukan virus ni?

Davina sandar pada kerusinya dengan letih sebelum memejam mata untuk hilangkan rasa pening kepala yang bertandang di benak dia sekarang ni. Dia nak rehat dan tidur sebolehnya, tapi desakan kepala dia yang tidak mahu berhenti dari berfikir buatkan badannya tak dapat nak ikut apa yang hati dia mahukan, sebaliknya ikut apa yang otak dia arahkan.

Knock!

Knock!

Bunyi ketukan pintu kedengaran dengan tiba-tiba dari tepi bilik pejabat doctor.

Davina pun buka matanya perlahan-lahan sebab kelopak matanya sedang berat ketika itu.

"Sorry ganggu"ujar suara tu.

Bersama renungan dinginnya, Davina pandang ke kanannya sebelum memandang lelaki bersut dan bercermin mata berdiri di situ dengan tangan berada dalam poket seluar. "Tuan director..."sapanya dengan suara kecil.

Bernard Howard, a.k.a pengasas univerisiti dan hospital.

"Kalau tuan nak bebelkan saya untuk apa yang saya lakukan pada anak orang kaya siang tadi, mungkin hari lain. Bukan hari ni. Saya tak kuasa nak hadap semua tu."beritahu Davina yang sudah tahu apa tujuan director hospital menemui dia secara langsung begini.

"Jangan risau...kamu dah uruskannya dengan baik. Cik Lana takkan kenakan tindakan memandangkan ramai orang dah saksikan kejadian yang berlaku. Kalau dia nak saman hospital ni saya rasa Tuan James takkan sokong idea anak perempuannya itu."beritahu Bernard semasa dekati tepi meja kerja Davina.

"Dah tu kenapa tuan ke sini?"Davina jelling dengan tajam ke Bernard. Sebab lelaki ni la Kaden asyik nak susahkan hidup dia. Hanya kerana director lebih favorkan dia di bandingkan anak sendiri, Kaden bermusuhan dengan dia gara-gara hal bias ni!Haish!Dia ingat kerja jadi doctor ni senang. Rupanya banyak jugak dramanya.

Bernard tarik senyuman nipis di bibir sebelum keluarkan tangan dari poket lalu gerak menyelak sedikit kotnya untuk keluarkan sampul yang di semat pada poket bahagian dalam kot tersebut. "Saya ada tawaran yang ingin di berikan kepada kamu."

"No."jawab Davina serta merta. "Tawarkannya kepada orang lain. Jangan saya."

"Kamu tak tengok dulu apa tawarannya"ujar Bernard sambil meletakkan sampul surat berwarna putih itu di atas meja Davina.

Mata Davina gerak memandang sampul itu sebelum naik memandang Bernard semula. "Memangnya tak ada orang lain ke yang nak di calonkan selain saya?"jengkel betul la dia!Tak habis-habis nak suruh dia buat itu ini. Macam dah tak ada kaki dengan tangan sendiri nak lakukannya!

"Bukan sebab tiada calon lain, ada saja. Tapi mereka semua tak boleh di harap. Nak di bandingkan kamu yang lebih mahir dalam menangani suatu situasi, saya takkan datang ke kamu."beritahu Bernard.

Dengan kasar sampul itu pun di capai oleh Davina. Hish!Menyusahkan betul! "Tawaran apa ni?"tanya dia sambil keluarkan surat dari sampul tu.

"Perpindahan."

Sebaik saja Davina dengar jawapan itu, dia sudahpun membaca tajuk Utama yang berada di atas kertas itu. Jelas-jelas ia ditaip dengan bold font dan tulisan besar di atas garisan itu.

PERPINDAHAN TEMPAT TUGAS.

"Memandangkan kamu sentiasa timbulkan isu di sini sehingga ramai yang kecam supaya pecat kamu dari sini, saya ambil keputusan untuk letakkan kamu di sebuah camp base dimana para tentera berada. Mereka request untuk pasukan perubatan dari beberapa buah hospital di negara ini. Jadi saya senaraikan kamu sebahagian dari pasukan itu."sambung Bernard semasa dia perhatikan Davina membaca surat tersebut.

Berdengus kecil Davina setelah dia selesai membaca isi kandungan surat itu. Dia dongak memandang Bernard lalu menyilang tangan ke dada. "Kalau macam tu kenapa tak tending saja saya keluar dari hospital ni dari pindahkan saya ke sana."ujarnya dengan renungan judging ke direktornya.

Lantas Bernard rehatkan kedua-dua tangan di atas meja dan sondong sedikit ke depan Davina sambal tersengih sinis. "Obviously, saya perlukan perkhidmatan kamu dan tak boleh biarkan hospital lain memiliki doctor yang berbakat seperti kamu. Saya sanggup pindah dan berikan gaji besar kepada kamu dari biarkan hospital lain dapat nama kerana kamu."

Tak berkedip mata Davina taktala membalas renungan Bernard. Dasar orang tua tamakkan pengaruh! Kalau la dia ada kuasa, sudah lama dia turunkan lelaki ni dari jawatan director! Ugh!

26. UNKNOWNWhere stories live. Discover now