Chapter 50 : Operation Day.

1.6K 185 7
                                    

Setelah membuat beberapa persiapan selama tiga hari, akhirnya Permaisuri Kaira bakal di bedah. Davina sebagai doctor yang bertanggunjawab untuk kesnya telah pun memberi briefing selama setengah jam kepada ahli keluarga itu cara dan proses pembedahan yang bakal di lakukan ke atas permaisuri Kaira.

Sepakar dan seprofesional yang mungkin, Davina kekalkan postur tenang dia sewaktu menyampaikan syarahannya kepada pasangan di raja itu walaupun sepanjang masa itu Declan perhatikan dirinya tanpa segan silu dan terang-terangan.

Sebaik saja tamat proses briefing, Davina berikan masa kepada Permaisuri Kaira untuk ambil angin dan tenangkan diri sebelum masuk ke dalam dewan bedah. Yang mana bakal di saksikan oleh beberapa orang doctor bedah veteran dan doctor residen yang lain serta Raja Isaah dan dan Declan sendiri.

Di dalam bilik persalinan pembedahan.

Tiga orang yang tidak sedarkan diri di atas lantai sudah pengsan dengan pakaian bilik bedah masing-masing. Duduk bertiga atas kerusi saling bersandar antara satu sama lain selepas tertidur gara-gara minum jus oren yang di bekalkan oleh Sarah tadi.

Empat orang bertopeng dan berpakaian bedah itu menghadap tiga orang tersebut dengan renungan dingin masing-masing. Selesai satu masalah, sekarang tinggal satu lagi masalah!Iaitu pembedahan yang bakal di langsungkan sebentar tadi.

"Berapa lama dia orang akan sedar dari ubat ni?"tanya Davina yang berdiri di hadapan sekali antara empat orang di situ.

"Dua jam."beritahu Sarah yang ketika itu tolong Davina ikat tali apron bedan di pinggang tu.

"Good, Natasha kau jaga mesin, Kai jadi pembantu aku Sarah kau uruskan semuanya sendiri."beritahu Davina sambil memandang Mason yang tidak sedarkan diri di sebelah Janice.

"Baik!"sambut mereka bertiga dengan serentak.

Setelah yakin semuanya lengkap dan tersusun. Keempat-empat mereka keluar dari pintu lalu tembus terus ke dalam bilik bedah. Bersama pegawai annesthia yang Davina minta awal untuk pengsankan separuh badan Permaisuri Kaira mereka ambil tempat masing-masing dan berkelakuan seperti biasa.

Berdiri saja Davina di atas kepala Permaisuri Kaira yang sudah di botakkan sebahagian itu dia dongak memandang ke atas bilik bedah itu.

Di dalam bilik tingkat atas berdinding kaca bedah, duduknya semua orang yang saksikan pembedahan besar itu. Bersama skrin monitor di depan mereka.

Profesor Vernon dan Kaden duduk bersebelahan dengan Direktor Bernard di pandang Davina. "Selamat siang tuan-tuan semua. Pembedahan akan berjalan mulai sekarang."beritahu dia yang dapat di dengar melalui monitor yang tersedia dalam bilik pemerhatian tu.

Declan dan Raja Isaah yang sememangnya kelihatan majestic tak kira apa mereka buat itu beri anggukan setuju pada Davina sebaik dengar makluman itu.

Profesor Vernon yang begitu yakin itu Tarik sengih meleretnya. Kali ni dia yakin, hidup Davina dan Bernard akan musnah!Dan dia yakin sebab Mason pasti dapat lakukan hal yang diminta olehnya dengan cekap!Anak buah tujuh tahunya itu telah berkerja di bawah dia dengan lama. Tak seperti Hanna yang lembab tu. Buat kerja sikit pun tak reti!Kalau dia tahu sudah lama dia arahkan Mason saja yang uruskan semua ni.

Maka bermula la pembedahan itu. perhatikan skrin monitor itu dengan tekun. Mereka yang ada di dalam bilik pemerhatian pula melihat ke skrin monitor sewaktu peralatan dan tangan Davina dengan cekap, mengendali dan membelah kepala Permaisuri Kaira.

Kai dekat sebelah Davina beri focus dia sepenuhnya. Sebolehnya membantu Davina jalankan pembedahan itu tanpa sebarang masalah.

Sarah seperti biasa bantu beri dan serahkan apa saja yang Davina mahukan.

Natasha yang sudah biasa, turut jalankan tugasnya dengan memerhati mesin dan prestasi pembedahan itu sebaik mungkin.

Dan semuanya itu berlangsung dengan tanpa masalah atau sebarang kecurigaan. Dekat satu jam setengah kemudian, pembedahan pun berakhir dengan jayanya. Dan Permaisuri Kaira selamat di bawa keluar dari bilik bedah tersebut dalam keadaan sedar seperti tiada apa-apa yang berlaku.

Kejayaan itu di sambut senang dengan semua orang di situ, kecuali Profesor Vernon. Lelaki itu terlalu dumfounded dengan keadaan yang terjadi di situ sampai tak tahu nak bagi reaksi yang macam mana.

Setelah itu Natasha dan Kai keluar dari bilik bedah itu dengan bersahaja. Seperti mana mereka datang seperti itu la mereka pergi. Senyap sembunyi tanpa meninggalkan kesan. Sambil mereka keluar dari situ, sambil tu mereka bawa Mason keluar dari situ.

Mereka set up scene seperti Mason tertidur dekat dalam pejabat. Dan tinggalkan lelaki di situ. Davina akan duduk di pejabat itu. Dan berpura-pura tak tahu apa-apa. Dan bila Mason sedar dia beritahu yang Mason tertidur lepas selesai jalani pembedahan Permaisui Kaira.

Sementara Sarah uruskan dua orang lagi yang dipengsankan. Menggunakan idea yang sama, Sarah akan gunakan alasan yang mereka sudah jalankan pembedahan. Tapi dua orang itu tertidur sebab kepenatan.

Pada awalnya mereka tak percaya, namun setelah di brainwash banyak kali akhirnya mereka bertiga akur dan mengalah lalu mengakui mereka memang sudah jalani pembedahan itu.

Dengan itu satu Davina dan tiga orang rakannya Berjaya laksanakan satu daripada pelan mereka itu.

26. UNKNOWNWhere stories live. Discover now