Chapter 43 : Pertemuan semula.

1.6K 173 4
                                    

"Salah awak!Awak ayah dia!Awak patut peka tentang anak kita!Ini tidak sibuk memanjang. Bila hal dah jadi macam ni tahunya nak salahkan saya."

"Saya?Saya cari duit untuk keluarga kita!Awak yang berada di rumah patut ambil tahu soal sihat sakit anak kita!Bukan salahkan saya!"

"Ya...memang saya duduk di rumah. Dan dalam rumah tu bukan ada anak satu...tapi tujuh orang...dua kembar yang baru saja saya lahirkan...awak expect saya boleh jaga semuanya dalam masa yang sama?Tak ke awak consider sikit perasaan saya sekarang ni!"

Silih ganti pasangan suami isteri yang sedang berdiri di depan koridor itu di perhatikan oleh doctor dan jururawat yang bertugas di situ. Mereka sejak tadi dengar perbalahan laki bini ini selepas anak mereka di bawa masuk ke dalam bilik bedah. Dan sungguh!Mereka cuba hentikan mereka dari terus bertekak. Tapi mereka pulak yang kena bentak. Itu la pasal mereka masih bergaduh lagi ni.

"Sudah la tu puan..encik. Bawa bertenang jangan la bergaduh lagi."pujuk jururawat Bonnie.

"Ya betul tu..setiap masalah boleh di bincang dengan elok.."pujuk doctor Harley pula.

"Kau orang diam!"dengan serentak dua orang laki bini itu menempik pada mereka. Lantas kembali bertekak dan menyalahkan antara satu sama lain sesaat kemudian.

Harley dan Bonnie yang dimarahi itu pandang ke antara satu sama lain dengan muka tercengang. Tak pasal-pasal pulak! Dah mati akal nak pujuk mereka berdua ni.

Tidak semena pintu slidding kaca bilik bedah terbuka sewaktu seseorang berpakaian bedah keluar dari situ dan berjalan ke arah mereka berempat. Nampak saja doctor bedah itu tiba, pasangan suami isteri tersebut terus berhenti malah mereka cepat-cepat dapatkan doctor yang bertanggungjawab membedah anak mereka.

"Doktor...macam mana anak saya?"

"Pembedahan berjalan dengan lancar ke?"

Davina pandang dingin akan dua orang di depannya dengan letih. Bising betul la suara dia orang ni. Bingit tahu tak. Tak reti ke cakap tu guna nada yang perlahan. Inikan hospital bukannya pentas opera. "Ya...anak puan dan encik tak apa-apa. Pembedahan berjalan dengan baik. Saya berjaya buang tumor dari otaknya. Tapi buat masa sekarang saya komakan dia untuk beberapa hari bagi stabilkan keadaannya dulu."jelas dia dengan nada mendatar tidak berminat.

"Ohh..terima kasih doctor."si ibu gerak hendak memeluk Davina.

Secara instinct, Davina undur dua langkah ke belakang serta merta. Menjauhkan dirinya dari di peluk. "Apa-apa je la.."balas dia sebelum gerak meninggalkan mereka di situ. Serabut betul!Sudah la dia tiada mood langsung sekarang ni. Kena hadap lagi pasangan bingit ni. Makin tiada mood dia dibuatnya.

Semua ni salah Declan. Lelaki tak guna tu!Sampai sekarang dia tak boleh nak lupakan apa yang lelaki tu dah lakukan terhadap dia!Even hanya kiss sahaja!Semua itu cukup untuk buatkan kepala dia serabut dan fikirannya kacau bilau!Apa lelaki tu fikirkan hah!Kiss dia...kemudian?Diam macam tu je!Damn you Declan Alastair!

DING!

Pintu lif terbuka. Davina berjalan keluar dari situ dengan wajah segar lepas mandinya seusai pulang dari bilik bedah beberapa minit yang lepas. Bersama jubah doctor dan rambut panjangnya diikat satu ke belakang, dia gerak merentasi koridor tersebut dan melewati deretan wad di situ dengan langkah bersahajanya. Tidak lama berjalan, dia tiba di selekoh kanan koridor lalu membelok.

Baru sahaja dia belok dan mahu angkat kepala memandang ke depan, dia terdengar bunyi tapak Kasut berlari yang banyak di hujung koridor menghadapnya. Jadi Davina pun berhenti dari jalannya untuk pandang. Dan bila dia pandang, matanya terarah pada sekumpulan lelaki bersut hitam dan bertali leher sedang jalan mengiringi seseorang yang sedang di sorong atas stretcher. Menuju ke arahnya.

Melihatkan langkah lekas mereka, jelas-jelas beritahu bahawa situasi mereka sangat cemas.

Sedang Davina berdiri di situ, muncullah sekumpulan doctor veteran dari arah yang sama lantas mengejar kumpulan tersebut dengan muka gelabah dan cemas mereka.

Huh?Davina kedipkan mata tak faham menengok keadaan itu. Dah kenapa pulak tu?Dia sambung semula langkahnya untuk mencari tahu apa yang sedang berlaku. Sesampai saja dia di tepi sebelah kanan sebuah bilik VVIP, Davina berhenti dekati situ sebelum Nampak orang-orang bersut tadi keluar dari bilik tersebut dan mula berbaris sepanjang laluan tersebut dan menghadap koridor itu.

Disebabkan Davina berdiri di situ, dia berada betul-betul di tengah-tengah barisan pengawal itu. Buat beberapa saat Davina agak terpinga-pinga tak tahu nak buat apa. Kemudian lepas sedar yang dia patut pergi dari situ, dia pun atur langkahnya untuk beredar.

Tiga langkah saja dia ke depan, satu suara menyapa dari belakang dengan tiba-tiba. Yang mana buatkan langkah dia mati di situ tanpa sedar.

"Davina?"

Dengan laju kepala Davina berpaling ke belakang semula dan menghadap barisan lelaki-lelaki bersut di situ sebelum ternampak seorang lelaki mengenakan pakaian casual bukan combat perang sedang berdiri di depannya.

Macam tak percaya dengan apa yang baru di lihat, Davina kedipkan matanya beberapa kali hendak pastikan yang dia tidak bermimpi. Yalah...kebelakangan ni tiang lampu pun Nampak seperti Declan. Ini kan lagi manusia!Serius la!?

"Hai.."senyum Declan lepas yakin yang dia betul-betul Nampak Davina. Bukan khayalan dia.

Oh hell no!Davina tercengang dekat situ kerana terlampau terkejut!Dia berdiri kaku seperti patung kerana tak tahu hendak beri rekasi apa.

Declan yang bersemangat mahu mendekati Davina itu buka mulut mahu bersuara, namun baru sahaja kakinya hendak melangkah, tiba-tiba saja pintu terbuka, dan ketua keselamatan istana muncul di depan dia.

"Tuan putera...doctor panggil supaya masuk ke dalam."arah lelaki itu di depan Declan.

Davina yang dengar kedipkan mata beberapa kali kerana terkejut. Huh?Putera?Siapa?Declan?

Mata Declan gerak silih ganti ke Davina lalu ke ketua pengawal istana depannya. Tak tahu nak pilih yang mana!Mulutnya terbuka tutup hendak katakan sesuatu. tetapi tiada apapun yang keluar. Kening dia berkerut tak puas hati!Ada saja la halanganya!Geram dia dibuatnya!

Ah-ah...no way!Tidak mahu lama-lama di situ, Davina terus berpaling dan pergi dari situ meninggalkan tempat tersebut. Dia tak nak ada kaitan dengan Declan lagi!Cukup itu cukup!

26. UNKNOWNWhere stories live. Discover now