Chapter 51 : Gratitude

1.5K 185 0
                                    

"Terima kasih Doktor Davina."ucap Raja Isaah sambil hulur tangan mahu berjabat dengannya.

Tanpa membuang masa dia sambut tangan itu lalu digengam perlahan. "Tugas saya. Patutnya saya yang berterima kasih kerana berikan kepercayaan kepada saya untuk merawat tuanku permaisuri."beritahu Davina sambil memandang tepat ke mata Raja Isaah.

Declan dekat sebelah Raja Isaah hanya tersenyum bangga.

"Sekiranya doctor tidak kisah, marilah makan malam Bersama kami sebagai tanda terima kasih.dan bila Permaisuri Kaira telah sembuh sepenuhnya boleh kita makan sama sekali lagi."ujar Raja Isaah sambil Tarik tangannya dari genggaman Davina.

Setelah itu Davina seluk tangan ke dalam poket jubah doktornya sebelum mengerling ke cermin kaca bilik ICU di sebelahnya dimana Permaisuri Kaira di tempatkan. Wanita itu telah di tidurkan buat sementara waktu untuk rehat. Pada masa itu la Raja Isaah minta Davina menghadap baginda. Bersama Declan menemani, itu yang dia sedang berdiri di depan lelaki ini.

"Terima kasih untuk tawarannya. Saya sangat berbesar hati untuk menerima pelawaan itu. Mungkin lain kali. Bukan sekarang.."beritahu Davina dengan tertib.

Raja Isaah tersenyum nipis. "Iya...tak mengapa. Saya faham. Doktor sendiri pasti ada urusan yang perlu di lakukan...mungkin lain kali. Kalau kelapangan boleh la maklumkan."ujarnya.

"Baik tuanku."tunduk Davina sambil berkata.

Raja Isaah palingkan kepala ke sinsi. Dia nak cakap sesuatu pada Declan, sekali tu dia ternampak puteranya sedang memandang Davina dengan renungan lovey dovey. Sampaikan dia terpaksa pandang semula ke Davina. Cuba fahamkan situasi yang berlaku di antara dua orang anak muda di depannya.

"Anakanda?"panggil Raja Isaah dengan nada kehairanan sewaktu pandang semula ke Declan.

Sementara Davina yang dengar ikut memandang Declan, tapi lelaki tu sedang menatap dia dengan senyuman di bibir seperti orang sedang mabuk cinta. Berasa malu sendiri bila di tatap begitu, dia terus tunduk membawa kepalan penumbuk di depan mulut dan berdehem.

Declan tidak menyahut, kerana tidak sedar.

"Anakanda.."sergah Raja Isaah selepas itu. Dia tepuk belakang badan tu sedikit hendak sedarkan anak lelakinya yag kelihatan seperti orang buang tebiat memandang doctor Davina dengan lama begitu sekali.

Tersentak terus Declan dibuat tepukan tersebut. Sambil mengangkat kening tinggi, dia palingkan mukanya ke kanan memandang ayahandanya. "Ya?"

Raja Isaah menggeleng kepala tak percaya. Jadi sebab ini la Declan beria sungguh mahukan Doktor Davina yang membedah isterinya. Kekasih anaknya rupana. Bertuah betul! "Ayahanda perlu pulang ke kediaman. Ada urusan negara yang perlu di uruskan. Boleh kamu berjaga di hospital sementara waktu itu?"

"Baik."angguk Declan serta merta sambil menggaru belakang kepalanya kerana malu sendiri.

"Kenalkan dia nanti pada kami berdua selepas bonda kamu sembuh. Ingat tu."bisik Raja Isaah sambil berpaling membelakangkan Davina dan bergerak pergi dari situ. Beberapa orang pengawal kemudian ikut mengekori langkah Raja Isaah kemudiannya.

Declan yang di tinggalkan itu pusingkan kepalanya dari Raja Isaah ke Davina semula. Setelah mereka berdua saling berpandangan, dia tiba-tiba jadi bingung tak tahu nak cakap apa.

Davina yang sentiasa bersikap tenang dan dingin itupun jalan mendekati Declan lalu berdiri di depan lelaki itu tanpa berkata apa-apa.

Kaku sekejap Declan semasa memandang Davina di depannya itu. Dia tunduk sedikit supaya dapat bertentang mata dengan mata itu sebelum berkata. "Kenapa?"bisiknya.

"kalua awak nak sangat semua orang tahu kita ada hubungan kenapa tak maklumkannya terus..dari buat perangao obvious di depan ayahanda awak tadi?"tanya Davina dengan mendatar. Buat malu je!

Tersengih kambing Declan lepas dengar. "Obvious sangat ya?"

Davina mengecilkan mata dia kerana menyampah dengan sikap Declan. "Memangnya ini first time ke awak jatuh cinta sampai angau sangat reaction awak ni?Stay low sudahlah..kita bukan Budak-Budak sekolah lagi.."

Tak nak jawab soalan itu, Declan hantukkan perlahan dahinya ke dahi Davina sebelum kucup laju ke dahi itu. "Terima kasih.."ucapnya setelah itu.

Davina tak beri reaksi. Dia kemudiannya palingkan kepala ke cermin bilik ICU semula. Melihat Sarah sedang mengawasi perkembangan Permaisuri Kaira di dalam. Memandangkan dia telah rosakkan rancangan Vernon, orang tua itu pasti berasa curiga. Lambat laun Mason akan terdedah jugak. Sebelum hal jadi lebih rumit, dia kena cepatkan rancangan seterusnya.

Declan berdiri di sebelah Davina dan ikut menghadap dinding kaca itu. Melihat bondannya yang berbalut di bahagian kepala dan mengenakan bantuan alat pernafasan di muka itu. "Selepas bonda sedar, saya perlu balik semula ke pangkalan untuk bertugas"beritahu dia dengan nada perlahan.

Mata Davina serta merta bergerak ke tepi. Tapi kepalanya tidak. "Bila?"soalnya sewaktu pandang semula ke depan.

"Dua hari dari sekarang...jadi saya harap awak boleh tunggu saya sehingga saya pulang ke sini semula."tangan Declan naik memegang belakang badan Davina. Tidak peduli kalau pengawal yang ada di situ atau staf hospital Nampak mereka berdua.

Baru la Davina palingkan kepala ke sisi. Dia pandang temuka Declan dengan renungan kosong. Dia tak janji kalau masa Declan berada di sini dia hidup lagi atau tidak. "Balik cepat kalau macam tu..."pesannya dengan mendatar.

Declan pandang ke Davina sebelum tersenyum. "I will."dia janji dia akan uruskan tugasnya secepat mungkin dan pulang ke sini. Setelah itu dia akan ajak Davina berkahwin dengan dia. Belakang kepala tu di usapnya dengan perlahan.

Tanpa di suruh, Davina gerak memeluk badan Declan dan rehatkan kepalanya di ceruk leher tu.Dia tak tahu kenapa dia rasa sedih dan terkilan macam ni. Kalau ikutkan hati mahu saja dia mintak tolong Declan untuk bantu dia selesaikan kes ayahnya ini. Tapi tak. Dia tahu ini masalah dia, jadi dia akan uruskannya sebaik mungkin tanpa libatkan sesiapa lagi.

Sambil tersenyum senang Declan balas pelukan itu sambil rehatkan pipinya ke dahi Davina. Dia harap semuanya akan baik-baik saja semasa ketiadaannya nanti.

26. UNKNOWNWhere stories live. Discover now