Chapter 19 : Santapan Mata.

1.8K 198 7
                                    

Seperti berada di dalam majalah sukan yang penuh dengan abang handsome lagikan sasa, pasukan perubatan dan Davina sendiri yang diarahkan untuk jalankan pemeriksaan mingguan untuk semua ahli tentera yang ada di situ dapat cuci mata mereka bila kesemua lelaki-lelaki dekat situ tidak berbaju. Masing-masing tunjuk body berotot dan six pack mereka.

Empat orang staf wanita di situ terpinga-pinga sendiri dan merah padam sebab tak pernah berada dalam situasi yang seperti ini. Memang la mereka pernah rawat pesakit lelaki tidak berbaju. Tapi tidak la seramai seperti ini.

Dan Davina yang sememangnya jenis tak mudah terkesan sama sekali tidak beri reaksi apa-apa. Dia malah lakukan tugasnya dengan bersahaja. Bila seorang tentera berdiri melangit di depannya, dia arahkan mereka ukur tinggi, kemudian berat badan setelah itu dia check tekanan darah dan di akhiri dengan pengambilan darah. Seorang demi seorang diperlakukan cara yang sama.

"Doktor ni single ke?"

Davina diam. Dia hanya tekun membaca digit pada alat tekanan darah di tepinya sebelum tunduk mencatat sesuatu pada rekod kesihatan tentera itu.

"Boleh saya mintak nombor.."

Selesai saja dia buat catatan. Davina capai picagari berjarumnya yang kosong lalu di talakan ke lengan kiri tentera itu. Sebelum itu dia awal-awal dah sapukan antispetik pada bekas suntikannya. Setelah dia di cucuk jarum tu ke kulit dengan urat belirat yang timbul di lengan tersebut.

"Kau jangan la tanya dia macam tu...malu la.."sakat tentera yang beratur di belakang pula.

"What...aku try je..."balas tentera tu yang sedang di ambil darah dengan Davina.

Tidak mempedulikan komen itu, Davina tarik keluar darah dari lengan tersebut menggunakan picagari itu tanpa berkata apa-apa. Malah dia tak pandang pun muka mereka sepanjang masa dia bekerja.

"Next!"arah Davina setelah selesai ambil darah. Dia simpan sample itu dalam bikar lantas di labelkan. Namun baru saja dia hendak letakkan bikar itu di dalam bekas, hidungnya terhidu bau minyak wangi yang tak asing buat dia sejak dia tiba di sini.

"Dah datang dah.."bisik mereka di situ masa toleh ke satu arah dimana pintu sedang terbuka dan sekumpulan lelaki berjalan masuk dalam barisan ke dalam ruangan rawatan itu.

Davina ikut berpaling, dia pandang ke arah yang mana semua orang sedang perhatikan termasuklah, rakan sepasukannya yang lain.

Pada masa yang sama seorang tentera berbadan buffy ambil tempat di depan meja Davina lalu meletakkan kad rekod kesihatannya ke atas meja tersebut.

"Timbang berat badan.."arah Davina yang capai kad tersebut dan pandang ke arah dimana Declan dan beberapa orang lelaki berjalan masuk ke situ dengan lagak mereka. Lepas mereka berdua saling bertentang mata, baru la Davina pandang ke kad kesihatan yang ada di tangannya. Setelah itu dia bangun untuk check bacaan timbang tentera tadi.

Sebaik saja Davina berdiri di situ, tentera tersebut berkata. "Katanya seorang dari mereka adalah putera mahkota."beritahu dia sewaktu pandang kepala Davina yang sedang tunduk membaca bacaan timbangannya.

Davina tak cakap apa-apa. Dia hanya catitkan bacaan itu ke kad tersebut sebelum tunjuk ke tentera itu dengan pen supaya ukur ketinggian pula.

"Sebab itu la mereka dapat layanan dan perkhidmatan yang lebih baik dari kita orang tentera yang biasa ni.." sambung tentera tu lagi sebaik berdiri di meter pengukur ketinggian tersebut.

"Kalau macam tu tunjuklah effort. Jangan tahu nak merungut bila diri tu tak di hargai. Nak rasa perasaan yang sama, lakukan hal yang lagi baik dari apa yang mereka tunjukkan. Simple." beritahu Davina sewaktu dia letakkan besi pengukur di atas kepala tentera tu dan catit ketinggian lelaki tu.

Tentera tu kerling ke Davina. Terkejut dengar suara lembut yang keluar dari bibir itu. Yalah bukan seorang dua tentera cuba nak bercakap dengan doctor cantik yang seorang ni, dan tiba giliran dia boleh pulak doctor ni membalas.

"Jangan cakap effort je kita orang dah tunjukkan, malah separuh mati kami berkorban, still layanan yang diberikan tu tetap sama macam kami tak buat apa-apa.."beritahu tentera itu sewaktu jalan sama dengan Davina untuk ke meja pula bagi menjalankan test yang seterusnya.

Sambil balut tangan tu dengan alas pengukur tekanan darah, Davina pandang ke tentera itu, baru saja dia hendak bercakap, tidak semena ada yang berdiri di depan meja kerjanya di situ. Hairan kenapa, dia pun palingkan kepala.

"Next turn kami."beritahu Garvien seperti bos besar di situ.

"Beratur."jawab Davina dengan mendatar.

"Apa?"tanya Garvien dengan sengih tak berpercaya. "Kami tak beratur okay."

"Then it not my problem. Semua orang dekat sini beratur dan tunggu giliran masing-masing. Apa yang buatkan awak rasa awak special di sini sehingga perlu terima layanan istimewa...?"balas Davina yang kembali memandang alat pembaca tekanan darah sambil pam angin.

Berketik rahang Garvien sebaik mendengar komen dari Davina. tercabar pulak. Berani betul doctor ni melawan kata-kata dia.

"Tak mengapa...biar saya yang ambil.." aju Jururawat Natasha di tepi meja dimana doctor Kai berada.

Sambil melepaskan dengusan kasar tak puas hatinya, Garvien gerak ke meja Doktor Kai dan jalankan test di situ sementara rakan-rakanya yang lain diuruskan oleh doctor dan jururawat yang lain di situ.

Baki tentera yang ada dekat barisan menghadap meja Davina pandang kagum ke doctor mereka kerana tak pernah-pernah orang dalam pangkalan ni berani nak menidakkan apa lagi membantah kata-kata pasukan Royal Guard ini.

"Next!"laung Davina tak lama kemudian setelah dia selesai dengan tentera tadi.

Dari jauh, Declan yang sedang menerima test dari jururawat Harry perhatikan dari jauh akan Davina. Dia tak nak, tapi mata dia ni tak nak ikut apa yang hati dia suruh!

26. UNKNOWNTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang